Solat perlu tumpuan yang sepenuhnya kerana solat pengantaraan kita dengan Allah. Kadangkala kita terlepas pandang banyak perkara yang membatalkan solat. Bermula tempat solat adalah apa yang disentuh ketika mengerjakan solat. (sujud, rukuk, berdiri), jika solat di tempat lapang letaklah sesuatu dihadapan sebagai tanda had tempat solat kita supaya org tidak melintas semasa kita solat.
Terdapat sebelas (11) perkara yang membatalkan solat. Oleh itu, perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai sebelas perkara ini tidak dikira membatalkan solat. Sekiranya solat itu batal maka wajib anda mengulangi semula solat tersebut.
Apakah perkara-perkara tersebut? Antara perkara yang membatalkan solat adalah seperti:
1. Berkata-kata dengan sengaja.
Berkata-kata dengan sengaja yang selain daripada al-quran, zikir atau doa dua huruf dan ke atas walau tidak difahami, atau satu huruf yang difahami maknanya.
2. Menambah atau mengurangkan perbuatan rukun solat.
Membuat beberapa perbuatan yang pada urufnya (adatnya) tidak disuruh melakukannya dalam solat.
3. Kedatangan hadas.
Sama ada hadas kecil atau hadas besar.
4. Najis yang tidak dapat dimaafkan.
Kedatangan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan dan pakaian. Sekiranya jatuh najis yang kering pada pakaian dan boleh dibuang pada masa itu juga, maka tidaklah batal solat. Tetapi najis itu tidak boleh disentuh dengan tangan.
5. Terbuka aurat.
Terbuka aurat walaupun tidak dengan sengaja seperti ditiup angin tetapi sekiranya boleh ditutup sekejap itu juga, maka tidaklah terbatal.
6. Membelakangkan kiblat dengan dadanya.
Perbuatan mernbelakanginya akan membatalkan solat sama ada disengajakan atau dia dipusing oleh orang lain secara paksa. Dalam keadaaan sengaja, solat akan batal sena merta.
7. Mengubat niat
Umpamanya ia solat fardu zohor kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat zohor maka batal solatnya. Tetapi kalau berniat sunat mutlak tidaklah batal.
8. Makan walaupun sedikit
Seperti menelan sebiji nasi di dalam mulutnya kecuali dia terlupa.
9. Minum
Seperti menelan air liur yang masih lagi terasa manisnya.
10. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat.
Seperti ketawa sehingga terkeluar suara yang mengandungi dua huruf, begitu juga menangis.
11. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam
Antara Perkara Peringatan Dalam Solat:
- Melangkah dua langkah yang berturut-turut dalam solat, tidak batal solat, tetapi sekiranya melangkah tiga langkah berturut-turut maka solat itu batal.
- Menambah rukun fi’li seperti sujud atau rukuk yang berlebihan makan batal solatnya.
- Sesiapa yang solat menghala ke arah dinding, tiang atau apa-apa yang dibuat sebagai sekatan maka disunatkan dia menolak orang yang melintas di hadapanya jika jarak di antaranya dengan sekatan yang tersebut tidak lebih daripada tiga hasta yang sederhana.
- Melintas ke hadapan orang yang sedang solat itu hukumnya haram.
- Mengangkat muka ke langit hukumnya makruh.
- Makruh menahan buang air kecil atau besar atau angin (kentut)
- Makruh solat sekiranya makanan sudah dihidangkan dan perut terasa lapar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI