Niat untuk menasihati atau menegur seseorang sudah baik, tapi cara pula tidak kena dengan gaya. Bahkan, ia berubah menjadi satu perselisihan faham dan bertengkar dengan rakan anda.
Perkara ini sering terjadi jika ingin menegur seseorang tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang kita juga sering lupa untuk ‘cermin’ dahulu diri sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Artikel berkaitan: Pekin Ibrahim Syukur Isteri Rela Bertudung, Nasihat Tidak Perlu Umum Di Media Sosial
Nasihat ikut pada gaya…bukan menggesa
Perselisihan atau perbalahan mungkin akan terjadi jika seseorang itu tidak faham erti ‘nasihat’ dan cara melakukannya. Ada yang suka memberi hujah tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Masalah yang terjadi juga akan berlarutan dari kecil sehinggalah buat sekian lamanya. Baginda pernah bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (Muslim No: 2668 – Status Hadis Sahih)
Dijelaskan lagi oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dalam Syarh Sahih Muslim, perkataan الْأَلَدُّ (Al’alad) pada penghujung ayat membawa maksud dengan permusuhan yang keras. Manakala perkataan الْخَصِمُ (Al-khosim) adalah permusuhan atau penentangan yang salah meski pun tujuannya untuk menegakkan kebenaran.
Artikel berkaitan: Dr Malar Tampil Nasihat Wanita Muslimah, Jangan Salah Mengayakan Pakaian Bollywood. Ada Bezanya..!
Ini membawa maksud bahawa Allah SWT turut membenci golongan yang suka menegakkan kebenaran mengikut cara yang salah. Contoh yang sering kita nampak adalah seperti menegur dengan menengking dan menggunakan perkataan yang mengguris hati seseorang.
Kebanyakan dari kita lupa prinsip asas dalam menyebarkan kebaikan adalah dengan menyantuni dengan cara yang baik. Agama Islam juga menekankan ihsan tentang melakukan sesuatu perkara dengan cara yang baik.
Ingat! Untuk menasihati orang itu tidak salah jika pada cara yang betul dan mempunyai isi yang bermanfaat. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya kerana anda ingin dilihat baik dan mempermainkan agama.
Sumber: TZKRH.com
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI