Memang mendebarkan! Itulah perasaan yang dirasai penulis sewaktu menonton tayangan perdana filem Scream semalam. Setiap detik membuatkan penonton tak senang duduk kerana aksinya yang padu dan membuatkan rasa nak menjerit selalu. Seram!
Langsung tidak membosankan, anda tidak akan berasa ketinggalan walaupun anda tidak pernah tengok francais filem ini sebelumnya.
Dua puluh lima tahun selepas Billy Loomis dan Stu Macher mengganas bandar Woodsboro, pelajar sekolah menengah Tara Carpenter berada di rumah sendirian apabila Ghostface menceroboh masuk dan menyerangnya.
Kini diburu pembunuh baru yang bertopengkan Ghostface, penonton pastinya tertanya-tanya siapakah pembunuh kejam di dalam kisah ini dan apa motif disebaliknya.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, filem ini semestinya untuk anda yang meminati genre thriller. Tak rugi ditonton, anda bolehlah mengajak sama rakan-rakan untuk menonton sekali pada hujung minggu ini. Selamat menonton!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Seorang Wanita Yang Tak Mudah Mengalah” SYED SADDIQ Kenang Pengorbanan Ibu
Pemimpin muda berjiwa rakyat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat sering menyantuni ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan dianggap antara anak yang paling rapat.
Terserlah ciri-ciri ‘anak ibu’ dalam diri Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) yang juga Ahli Parlimen Muar ini.
Tidak hairanlah pemimpin berusia 29 tahun ini seorang yang berjiwa rakyat kerana acuan didikan ibu bapanya yang sangat baik.
Mendengar suara anak muda, serta golongan terpinggir dan tidak berkemampuan menjadi perjuangan utama bekas Menteri Belia dan Sukan ini.
Saddiq sentiasa mengutamakan ibu bapa dalam segala hal kerana mereka inilah yang telah banyak berkorban dalam perjuangan politiknya.
“Kami bukanlah datang dari keluarga yang berkemampuan atau dikenali ramai. Ibu saya seorang pesara guru, ayah pula buat banyak kerja.
“Ibu tetap menjadi sumber kekuatan keluarga kami. Saya masih ingat semasa negara dilanda kegawatan ekonomi, ayah tiada kerja. Tetapi ibu tidak pernah mengeluh.
“Ibu berusaha mencari jalan untuk memulihkan semula keluarga ke posisi yang lebih baik. Ibu seorang yang tidak mudah mengalah, tidak mudah untuk kibarkan bendera putih walau apa pun rintangan.”
PENGORBANAN IBU
“Kalau nak diceritakan satu persatu pengorbanan ibu memang agak panjang tetapi saya tidak akan lupa apabila saya melalui pelbagai cabaran, ibu sentiasa berada di sisi.
“Beliaulah superwoman. Kalau cakap budaya berkhidmat itu memang sudah tersemat di hatinya kerana beliau dah mengajar lebih 30 tahun sampailah saat bersara.
“Kalau ada anak-anak muridnya yang datang dari keluarga susah, ibu akan usahakan untuk ajar tuisyen secara percuma kepada mereka pada setiap minggu. Kesimpulannya, ibu akan sentiasa mencari jalan untuk berkhidmat.”
Hijabista kagum dengan semangat kental ibu kepada empat anak ini kerana tabah mengharungi ujian sebagai seorang pejuang kanser payudara.
Semoga terus kuat mendepani hari-hari mendatang. Kecekalannya berjuang menentang kanser payudara pastinya memberi inspirasi kepada seluruh wanita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Mitos ‘Scaling’ Gigi Yang Takutkan Orang, Tapi Doktor Ini Jelaskan Semuanya Tidak Benar Sama Sekali
Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai yang mementingkan penjagaan kesihatan tubuh dan kulit wajah, tetapi ramai yang tidak begitu menitik beratkan soal kebersihan gigi. Padahal senyuman yang manis itu terbit dari penjagaan gigi yang bersih dan teratur. Namun ramai yang tidak tidak gemar untuk membuat pembersihan atau scaling gigi. Ramai yang menyangka scaling akan menyebabkan masalah lain pada gigi. Perkongsian dari seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali menolak beberapa mitos yang sering kali menakutkan orang untuk membuatkan perkhidmatan scaling ini.
Menerusi perkongsian di laman sosial twitter, doktor ini menerangkan beberapa mitos tidak benar mengenai scaling gigi.
1. Scaling tidak akan menyebabkan gigi jarang.
2. Juga tidak akan menyebabkan gigi jadi nipis.
3. Scaling juga tidak akan menjadikan gigi sensitif.
4. Tidak juga akan menyebabkan gigi bergoyang.
5. Bukan juga untuk putihkan gigi, tetapi boleh hilangkan stain.
6. Sudah berus gigi tak bermakan tidak perlu scaling lagi. Apa yang penting periksa gigi dulu.
Scaling rawatan terbaik untuk merawat karang gigi dan perlu dilakukan pemeriksaan gigi setiap enam bulan.
Scaling sedikit ngilu sahaja.
Kena buat supaya tidak menyesal nanti.
Rawatan scaling di klinik kerajaan hanya RM2 sahaja.
Scaling kadang-kadang keluar sekali dengan darah dan ini adalah kerana gusi berdarah kerana dalam keadaan keradangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Chef Wan ‘Cik Ani’ Meninggal Dunia, Pulang Ke Pangkuan Ilahi Pada Usia 93 Tahun!
Pagi ini seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita duka pemergian ibu kepada chef selebriti tersohor negara, Datuk Redzuan Ismail atau lebuh mesra disapa Chef Wan.
Khabar duka berkenaan diumumkan sendiri oleh Chef Wan untuk berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani kira-kira pada jam 5 pagi tadi.
Mesej Diterima Kenalan Rapat Menerusi Aplikasi Whatsapp
Berikut merupakan hantaran mesej yang diterima kenalan rapat daripada Chef Wan menerusi aplikasi Whatsapp.
“Ibu sudah meninggal dunia, pada pukul 5 pagi tadi,” katanya.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya, setelah 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur di usia 93 tahun.
Sebelum ini, Chef Wan, 64, memaklumkan di laman Instagram bahawa belia telah versepakat bersama ahli keluarga yang lain untuk membawa pulang ibunya ke rumah atas selepas mendengar penjelasan dan nasihat doktor berhubung kondisi ibunya.
Bagaimanapun, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital.
Artikel berkaitan: “Duit Boleh Di Cari, Ibu Tiada Ganti” – Chef Wan Tolak Tawaran Travelog Luar Negara, Fokus Jaga Kesihatan Cik Ani
“Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya.
“Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik,” ujarnya.
Malah, pada 4 Januari lalu, Chef Wan juga telah berkongsikan perancangan mahu mengebumikan jenazah ibunya di Cyberjaya, apabila insan tersayang itu sudah kembali ke rahmatullah.
Keputusan itu menerima kata sepakat dan persetujuan bersama ahli keluarga, bertujuan memudahkan urusan pengurusan jenazah kelak.
Untuk rekod terdahulu, Chef Wan memaklumkan bahawa ibunya merupakan penghidap kanser payudara tahap empat dan beberapa komplikasi penyakit lain.
Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti Alzheimer dan Dementia.
Artikel berkaitan: ‘Saya Mahu Buat Dia Ketawa Siang & Malam’-Ibu Hidap Kanser, Chef Wan Nekad Jaganya Hingga Nafas Akhir
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI