Setiap tahun trend fesyen terus berkembang. Ini tidak terkecuali dengan pakaian dalam. Salah satu helah untuk menjadikan aset anda kelihatan sempurna adalah dengan memakai helaian pakaian dalam yang sesuai dengan bentuk badan.
Sempena musim bunga ini, peneraju pakaian dalam terkenal Triumph memperkenalkan koleksi Fit Smart bra. Koleksi Fit Smart Bra ini hadir dengan rekaan inovatif bagi memenuhi gaya hidup wanita hari ini yang sentiasa diburu dengan kesibukan.
Dengan lebih 130 tahun pengalaman mencipta pakaian dalam yang sempurna, inovasi terbaru dari Triumph
ini telah direka khas untuk kehidupan wanita moden. Rekaan moden dengan sistem sokongan pintar yang direka bentuk untuk menyerlahkan sisi unik lekuk tubuh seorang wanita, ia sangat sesuai dengan keperluan wanita untuk kegunaan sepanjang hari serta apa jua acara tanpa meninggalkan ciri-ciri feminin.Menawarkan sokongan yang terbaik sepanjang hari, setiap helaian bra ini menawarkan pelbagai saiz yang hadir dengan suntikan renda regangan 4D dengan cup yang menampung payudara agar kelihatan sempurna.
Rekaannya yang sempurna menjadikan koleksi ini selesa dan fleksibel. Bra yang tidak berwayar juga mempunyai tali sokongan yang elastik dengan tambahan empat cangkuk dan mudah untuk diselaraskan mengikut keselesaan si pemakai.
Menawarkan keselesaan dan sokongan yang sempurna, fabrik yang digunakan mampu mengangkat dan menyokong dada untuk bentuk yang rata. Pad regangan 4D yang selesa mampu disesuaikan dengan saiz dan bentuk payudara untuk sokongan tambahan dan keseimbangan. Kemasan yang sempurna pula memberikan keselesaan tambahan, menjadikannya ia bra harian yang ideal untuk si pemakai.
Koleksi pakaian dalam Fit Smart daripada Triumph ini hadir dengan pilihan Beige Nude, Black, Sweet Green, Terracotta dan Wedgewood Blue yang dipadankan dengan hipster brief.
Jadi tunggu apa lagi! Segera dapatkan koleksi istimewa ini sekarang! Klik sahaja laman web triumph.com
untuk pembelian secara online atau terus ke butik Triumph yang terletak di serata Malaysia. Bagi memudahkan pencarian anda, semak sahaja lokasi Triumph terdekat di sini https://bit.ly/2m02XFlSo what are you waiting for? Let’s shopping!