Mencuba Penampilan Baru Labuh Dan Syariah Compliance! Ramai Doa Erynne Erynna Kekal Istiqamah

Share

Penampilan seseorang itu terselah dengan pelbagai aspek seperti pemakaian, kelakuan, serta lain-lain perkara yang membantu untuk menunjukkan keperibadian mereka. Apa yang lebih jelas ternampak adalah dari aspek pemakaian seseorang itu.

Penampilan baru yang dimuat naik oleh pelakon tanah air, Ernne Erynna, menunjukkan gaya yang baharu tidak seperti kebiasaannya. Ramai juga yang memuji usahanya untuk lebih sopan dan ayu.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit orang kata

Sumber dari Instagram ErynneErynna

Perkongsian terkini oleh Syazlynne Erynne Abdullah atau lebih gemar dikenali sebagai Erynne Erynna itu telah mengejutkan ramai dengan gaya terbaharunya. Dia kelihatan sopan dan gembira dengan gaya yang di bawa itu.

Erynne memuat naik pautan video yang menunjukkan dia menggayakan pakaian jaket, dipadan bersama seluar baggy dan tudung hitam yang menutupi dadanya. Gaya yang simple dan minimalis itu sangat sesuai untuknya kerana gaya ini kelihatan sesuai untuk bergerak serta sempoi.

Just trying out for now. Slowly but surely, InsyaAllah.

Itulah serangkap dua ayat yang ditulis olehnya pada ruangan kapsyen pautan video yang di muat naik pada laman media sosial Instagram. Manis dan sopan, dia juga kelihatan sangat merendah diri untuk memadankan gaya menutupi aurat ini.

Semoga kekal istiqamah, InsyaAllah

Sokongang dari pengikutnya di media sosial sangat menggalakkan dan positif supaya dia kekal istiqamah dalam perubahan pemakaiannya. Ada juga yang kata dia kelihatan seperti gadis yang masih lagi bersekolah dan kelihatan sangat comel.

Sumber dari Instagram ErynneErynna

“Aw, maintain please, sumpah lawa sangat dan syariah compliance too! Don’t be afraid. You are on the right track girl! May Allah SWT bless you,

“MasyaAllah…semoga dipermudahkan segalanya dear, always doa for you,

“MasyaAllah, tabarakallah, Semoga terus istiqamah. Love you Erynne since you kid.” itulah antara komen yang di tulis pada posting yang dikongsinya.

Dia juga meluahkan rasa terharunya pada Instagram Story apabila ramai yang mulai beri kata-kata semangat dan menyokong perubahannya. Syukur katanya kerana tidak sangka ramai yang ada bersamanya ketika ini.

“Ya Allah, ramai sungguh yang mendoakan baik-baik untuk Erynne. Not only in this post but all of my post,

Just to clarify mungkin ada yang ingat Erynne dah start pakai tudung fully through this post, but actually I was just trying out and yes dengan niat cuba dan cuba untuk sentiasa istiqamah,

May Allah SWT bless each and every one of you dunia akhirat, amin. I am blessed and forever grateful, Alhamdulillah. Erynne sayang pada semua. Terima kasih beribu-ribu kasih.” katanya.

Erynne Erynna, 25, telah mula bergiat dalam industri seni tanah air sejak kecil lagi pada tahun 2004. Dia juga pernah memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.

Perjalanan buat Erynne masih panjang dalam proses penghijrahannya untuk menutup aurat sepenuhnya. Namun, kami dari Hijabista mendoakan semoga Erynne tetap cekal dan istiqamah dalam perubahan ini!

Sumber: Instagram Erynne Erynna

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee