Ramai di antara kita tidak menitikberatkan kecantikan apabila menghadap Allah s.w.t, remeh untuk mempersiapkan diri. Kenapa apabila menghadiri sesuatu majlis anda perlu berhias lebih sedangkan beribadah anda tidak ambil peduli.
Berlainan pula dari sisi Hajah Aliza bertemu dalam satu majlis yang cukup indah, mengeluarkan koleksi MUNAWWAREEN 2020 untuk menarik minat anak-anak muda terutama hijabi. Menzahirkan rasa cantik itu bukan kerana paras rupa anda tetapi akhlak itu akan cantik apabila segalanya anda ikuti dengan mengikut syariat.
Di majlis pelancaran koleksi MUNAWWAREEN 2020 ini merupakan koleksi terkini dan kehadiran MUNAWWAREEN di pasaran adalah untuk menyemarakkkan lagi industri fesyen muslimah di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan lagi bakat dan rangkaian perniagaan di kalangan wanita moden Malaysia.
Munawwareen Holdings Sdn Bhd diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar selaku Pengarah Urusan mengadakan kerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dan bakat-bakat baharu dalam melahirkan koleksi terbaharu MUNAWWAREEN 2020.
Idea terinspirasi apabila ibu mertua tercinta yang berusia 70 tahun sering culas meninggalkan barang peribadi merata-rata ketika beribadah. Ciri-ciri tudung pula mempunyai poket zip sembunyi dibahagian tengah tudung yang boleh digunakan untuk menyimpan buku doa kecil, barang perhiasan ketika mengambil wuduk dan juga telefon pintar. Inovasi ini mampu mengelakkan kita dari tercicir barangan berharga ketika menunaikan solat.
Material yang digunakan pula ialah Soft Italian Cotton di mana kainnya tidak panas malah sangat selesa digunakan untuk menunaikan solat. Dibahagian muka direka untuk memudahkan pemakaian telekung tanpa perlu penggunaan anak tudung.
Pelbagai lagi rekaan khas busana dari MUNAWWAREEN 2020 yang memudahkan muslimin untuk terus beribadah dan tetap bergaya. Salah satunya Arbaya yang membolehkan hijabi memakainya untuk terus solat. Pemilihan warna koleksi abaya Munawwareen amat memikat hati pelanggan. Selain dari warna putih dan hitam terdapat juga beberapa warna lain.
Rekaan abaya pula sangat ekslusif dan mampu menampilkan ciri-ciri muslimah yang patuh syariah. Koleksi abaya MUNAWWAREEN 2020 didatangkan dengan satu set baju dan tudung yang sepadan.
Menurut Hajah Aliza, beliau memang gemar menyarung kaftan apatah lagi arbaya pakaian sehariannya. Apabila tidak banyak pilihan yang berada di pasaran yang meenpati citarasanya, Hajah Aliza sendiri mencetuskan idea rekaan untuk memberi keselesaan dan menepati syariat islam.
Apa yang beliau boleh janjikan rekaan busana dari MUNAWWAREEN 2020 memberi keselesaan pada pengguna seperti mana yang beliau inginkan.
Melihat figura pengasas MUNAWWAREEN ini, admin terkesima susuk tubuh yang tidak makan usia, wajah yang jelita dan pemakaian yang sopan.
“Mencantikan diri sebaik mungkin untuk beribadah, saya hendak yang terbaik untuk menghadap Allah. Riak itu biarlah dalam hati kerana niat yang sebenarnya adalah antara saya dan tuhan.”
Hajah Aliza menepis baik sangkaan yang bahawa rekaan arbaya dengan hiasan batu berkilat menambahkan riak si pemakai apabila mengayakannya di tanah suci mahupun majlis-majlis ilmu. Menurut Hajah Aliza rekaan arbaya MUNAWWAREEN 2020 di reka khas untuk menarik minat hijabi untuk berpakaian menurut syariat dan pada masa yang sama tetap bergaya dan tampak stailo.
“Wanita sukakan kecantikan, riak itu biar dalam hati individu itu sendiri untuk menampakkan kecantikan itu dan menunjuk-nunjuk. Bagi Hajah Aliza untuk beribadah perlulah memsiapkan diri secantik yang baik. Kenapa apabila anda menghadiri majlis tertentu kita perlu bersiap dari hijab hingga ke kasut?”
Tetapi bagi Hajah Aliza, Dia telah mendidik diri apabila namanya hendak beribadah, dia akan bersiap ekstra apabila pergi ke tanah suci.
Niatnya hannya satu “ Ya Allah kau bagi aku niatMu, untuk merasinya di dunia dan aku pakai di tanah haramMU sebagai tanda syukur aku yang aku layak terima sebegini di hadapanMu. Hajah Haliza memanjatkan segala kesyukuran atas segala kecantikan dan kenikmatan yang diberi olehNYA.
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai yang akan menyambut bulan Ramadan di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah. Set telekung, beg, sarung tangan menjadikan set ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Menarik tentang set ini ialah kain untuk telekung dijahit menjadi palazzo bagi memudahkan pergerakan semasa tawaf dan saie.