Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
@xxmeeraxx9 Menantu dan ibu mertua 🤲🏽 . Ya allah Perlihara lah mereka berdua , rahmati lah mereka selalu 🤲🏽❤️ amin #suami #syurga #ibu ♬ original sound – Putri Fieyna
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
Artikel Berkaitan: Gagal Sediakan ‘Mas Kahwin’ Bernilai RM 21,000 Ikut Adat! Pihak Lelaki Dihalau Keluar Dari Rumah, Batalkan Majlis Kahwin
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
@xxmeeraxx9 dulu kawan , kaple dan skrg selepas 7tahun kini kita bergelar suami&isteri syg ❤️alhamdulillah #kahwin #fyp #foryoupage #foryou ♬ suara asli – siskajp
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Sumber: Tik Tok @xxmeeraxx & Harian Metro
Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi ‘Rahsia’ Kulit Licin Bak Telur! Cuma Perlu Dua Bahan Je – “Pakai Hari Ini Esok Confirm Jerawat Kecut!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.