Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
Ads
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Bersyukur Dijodohkan Dengan Lelaki Ikhlas Seperti Suami
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
Ads
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Beg tangan dan wanita tidak boleh dipisahkan! Beg tangan umpama ‘rakan karib’ untuk setiap wanita. Maka tidak hairanlah di dalam almari pakaian wanita mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan warna beg tangan yang kadang-kala tidak mampu untuk dikira!
Namun, pastinya ramai yang mengalami masalah beg tangan mudah rosak biarpun kosnya melambung tinggi! Ha! Apa yang silapnya di situ? Team Hijabista akan kongsikan kepada anda langkah-langkah bijak yang boleh anda lakukan untuk menjaga beg tangan kesayangan anda!
Pastikan anda simpan dengan cermat
Kadang-kala, oleh disebabkan terlalu banyak koleksi beg tangan, pasti anda tidak menyimpannya dengan cermat! Mana tidaknya, disebabkan ruang yang sempit dan kecil menjadikan anda sukar untuk menyusun aturnya. Ha sis! Pandai beli kenalah pandai jaga…
Langkah bijak:
Asingkan dahulu beg tangan yang selalu dipakai dan yang jarang dipakai kemudian tempatkan dalam satu tempat yang berbeza.
Cari atau beli kotak tambahan untuk menyimpan beg tangan anda sekiranya ruang almari anda sempit dan juga kecil.
Pastikan anda menyusun mengikut saiz (dari kecil hingga besar) supaya boleh menjimatkan ruang.
Jika ingin nampak kemas dan anda terlebih rajin, susun ikut warna, barulah sedap mata memandang!
Terutamanya bagi anda yang suka bersolek, pastinya anda memiliki banyak alatan solekan yang anda bawa kemana-mana sahaja. Maskara, lipstik, bedak asas, lip gloss, pembayang mata, penggaris mata, pemerah pipi dan juga losyen semuanya anda masukkan ke dalam beg tangan anda dan….akhirnya! Ada yang tertumpah, tertekan tanpa sengaja dan paling teruk, ada yang tercicir tanpa anda sedari. Haish.. sis macammana tu?
Langkah bijak:
Pastikan anda memiliki beg kecil atau small clutch yang boleh memuatkan kesemua alatan solekan anda.
Simpan di dalam beg tangan anda dengan cermat.
Jika ingin mudah, pilih alatan solekan yang asas sahaja untuk dibawa kemana-mana seperti maskara, bedak asas dan lipstik.
Jika anda masih mahu membawa kesemua alatan solekan anda, cuba beli saiz yang kecil.
3. Gunakan dust bag
Oleh disebabkan terlalu banyak koleksi beg tangan anda, pasti ada sahaja beg tangan yang anda jarang gunakan. Selalunya, jika beg tangan bermaterial PVC ataupun kulit, jika anda jarang gunakan, ia akan merekah dan menyebabkan beg tangan anda kelihatan tidak elok. Akhirnya, anda hanya buang sahaja beg tangan itu! Jangan membazir sis!
Langkah bijak:
Setiap pembelian beg tangan berjenama pasti akan diberikan dengan dust bag, bukan? Pastikan anda membalut beg tangan anda dengan dust bag itu sebaik mungkin!
Jika tiada, anda boleh sahaja membelinya di mana-mana kedai murah asalkan beg tangan anda dibalut dengan kemas dan melindungi strukturnya dari rosak!
Hal ini seringkali terjadi apabila anda makan di luar. Selalunya, untuk jalan mudah, anda hanya meletakkan beg tangan anda di atas lantai yang kotor dan mempunyai banyak bakteria. Ini boleh menyebabkan beg tangan mudah rosak! Jadi, ubah cara itu sis!
Langkah bijak:
Anda boleh letakkan beg tangan anda di atas riba, di belakang kerusi atau ambil satu lagi kerusi kosong untuk anda letakkan beg tangan anda.
5. Rutin penjagaan rapi
Selain daripada itu juga, anda boleh melakukan rutin penjagaan rapi seperti berikut:
Elakkan memegang beg dengan tangan yang kotor atau yang sudah disapu losyen atau krim.
Simpan beg tangan anda dari terkena cahaya matahari atau direct sunlight.
Pakai beg secara berselang dengan beg lain supaya ia tidak mudah rosak.
Gunakan berus suede untuk bersihkan beg.
Gunakan leather moisturizer untuk beg kulit lebih tahan lama.
Cuci beg menggunakan kain lembut setiap minggu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tersebar sebuah video dan gambar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial yang bertujuan untuk membandingkan wajah selebriti dulu dan kini. Beberapa selebriti tanah air menjadi mangsa termasuk Zara Zya.
Namun, Zara Zya tidak kisah apabila di persoalkan mengenai keadaan itu. Dia tampil dengan tenang dan akui bila ada duit, sesiapa sahaja boleh buat apa yang terbaik untuk penampilan mereka.
Bila dah ada duit, macam-macam boleh di lakukan.
Pelakon terkenal tanah air, Zara Zya tidak kisah atas apa-apa andaian yang di buat oleh warganet mengenai video yang membandingkan perubahan wajah seseorang selebriti. Dia juga turut muncul dalam video tersebut tidak nafikan ramai artis yang berusaha untuk menjaga penampilan diri.
Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau sering di kenali sebagai Zara Zya akui tidak menjadi satu masalah untuk sesiapa menjaga penampilan mereka. Tambahan pula, rawatan dan penjagaan wajah bukan satu benda yang salah.
Di temubual oleh Harian Metro, mungkin perubahan yang sedikit akan jelas ternampak melalui wajah seseorang apabila mereka sudah mula untuk menjaga penampilan. Itu adalah hakikat yang patut semua hadam sejak dulu lagi.
“Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada ‘filter’, sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan ‘filter’ pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.
“Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun,” katanya.
Aktres berusia 37 tahun itu akui tiada masalah baginya jika seseorang mahu bandingkan wajahnya dulu dan sekarang. Perubahan itu sudah pasti ada, cuma ia bukan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.
“Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin,” ujarnya lagi.
Kenyataan Zara Zya mengenai isu ini sangat dekat dengan isu terkini yang sering kita lihat ramai orang sanggup menghabiskan wang untuk mengubah penampilan dan menjalani pembedahan plastik. Tetapi tidak semua yang mengikut jalan seperti itu untuk menjaga penampilan.
Sejak berhijrah pelakon dan pengacara Diana Amir memang mengubah penampilan dan sikapnya 360 darjah. Dia yang melakukan penghijrahan setelah mengakui hidupya kini semakin mendapat ketenangan.
Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
BERSIH WAJAH SEBELUM TIDUR
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya.
Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada dua cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
SENTIASA BERZIKIR
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa mengingati Allah.
Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu jadi cepat tua.
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana sebelum mengakhiri perbualan.
Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat