Menangis Macam Budak Kecik & Mata Tak Berkelip, Pengalaman Pertama Wany Hasrita Lihat Kaabah Depan Mata

Share

Selain Neelofa dan Erra Fazira, Wany Hasrita juga kini sedang berada di Tanah Suci Makkah menyempurnakan Rukun Islam kelima ini. Ini adalah pengalaman pertama Wany berada di Tanah Suci dan mengerjakan ibadah haji.

Dalam satu posting terbarunya di laman instagramnya Wany berkongsi perjalanan hajinya yang sangat menakjubkan.

Dia memberitahu saat mula-mula sampai, melakukan wukuf di Arafah, berdepan dengan cuaca hujan yang lebat di sana dan juga ketika mengutip batu untuk jamrah di Muzdalifah.

Dan paling membuatkan penyanyi Terlalu Memuja ini terharu adalah apabila memandang Kaabah buat kali pertama. Matanya tidak berkelip memandang rumah Allah itu depan matanya dan dia turut menangis umpama ‘budak kecik’ apabila melihat Kaabah depan matanya sendiri.

Wany turut mengucapkan syukur kerana segala urusan lain dipermudahkan Allah dalam menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah Haji saya disini. Td selesai tawaf wida’, sekarang dlm perjalanan menuju ke Jeddah.
.
My hajj journey was so amazing. Dari sampai je disini dgn menjaga dlm ihram, berwukuf di Arafah- alhamdulillah, beberapa ketika hujan selebat-lebatnya. Terus ke Muzdalifah mengutip batu utk jamrah. Kemudian selepas setengah malam kami ke Masjidil Haram utk tawaf & saie(masa kami sampai org tk ramai sgt) first time pandang Kaabah, Tuhan je tahu rasanya(read ‘nangehmcmbudakkecik). Sepanjang tawaf mata tak berkelip pandang Kaabah tak percaya depan mata . Habis saie, baru lega! Dah boleh tahalul! Terus ke Mina utk bermalam selama 3 hari. Alhamdulillah urusan jamrah pun Allah permudahkan sampilah tawaf selamat tinggal td.
.
Doa-doa anda mana yg sempat wany dah bacakan disini, terima kasih banyak2 yg mendoakan wany. Wany doakan awak semua dpt ke sini dgn keluarga tersayang insyaAllah. 


.
With love; WH.

Dalam pada itu, netizen turut terharu dengan kisah yang dikongsinya ini. Ramai melemparkan komen turut berkongsi momen yang sama.

haeymarco Sama le kita mula2 tgk kaabah terus air mata mengalir n terkejut ini ke kaabah dan paling best dlm hati terus ckp mesti nak dtg lagi #dlmhatiadatanam

mazian_nurraysa 1st time tgk kaabah depan mata automatic Air mata pasti mengalir

azizahazizahazie_ Masyaallah….rindu sgt Baitullah ..mcm tu saya pun bila kaabah depan mata menangis semahunya…mcm mimpi Allahuakbar ..moga dikurniakan haji yg mabrur sis

KREDIT FOTO: INSTAGRAM WANY HASRITA

Published by
webadmin