Siapa yang tidak kenal dengan John Cena, seorang ahli tinju yang terkenal di gelanggang WWE. Terkenal dengan trademark, ‘You Can’t See Me’, dia nampaknya kini sudah berubah kerjaya menjadi seorang anggota bomba pula. Eh, biar betul?
Jangan terkejut sis! Sebenarnya John bakal muncul di pawagam dengan filem terbarunya yang berjudul Playing With Fire. Menampilkan genre komedi, filem yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2020, filem ini mengisahkan tentang seorang anggota bomba yang tegas dan garang iaitu Jake Carson bersama pasukan elitnya yang datang menyelamatkan tiga beradik.
Namun, mereka tidak menyangka ia menjadi begitu mencabar dan tiada latihan yang dapat memberikan mereka sepenuh persediaan dalam tugasan yang paling sukar iaitu menjadi…. PENGASUH KANAK-KANAK!
Apabila dunia mereka menjadi tunggang terbalik, mereka sedar satu perkara iaitu kanak-kanak adalah seperti api, ‘sangat liar dan sangat sukar untuk diramalkan’.
Diarahkan oleh Andy Fickman, anda boleh menjadi antara yang bertuah untuk menonton tayangan perdana filem Playing With Fire pada 8 Januari bersama Hijabista secara percuma! Jawab sahaja soalan mudah di bawah ini untuk memenanginya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow! NKF Beri Kesedaran Pentingnya Penjagaan Buah Pinggang Melalui Larian Neon
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah bertukar menjadi tempat yang penuh bercahaya dengan simbahan warna neon untuk acara NKF Glow yang menyeronokkan pada 20 Julai yang lalu.
Diadakan bersempena dengan ulangtahun ke 50 National Kidney Foundation of Malaysia, acara itu menampilkan pelbagai aktiviti dan yang paling utama semestinya larian 5 kilometer yang dipenuhi dengan cahaya neon di mana 3000 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara itu.
NKF Glow Run diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan buah pinggang kita bagi mengelakkan daripada penyakit kronik.
Baru-baru ini juga NKF telah mengadakan NKF Patient Forum yang merupakan sebuah inisiatif dan platform bagi menyebarkan informasi merangkumi pelbagai topik bagi merawat penyakit berkaitan buah pinggang. Bukan satu perkara baru, forum ini sebenarnya telah diadakan sejak dari tahun 2003 lagi.
Forum yang menampilkan lima ahli nefrologis dan pakar diet itu telah berkongsi maklumat berguna mengenai buah pinggang dan bagaimana cara bagi merawat pesakit dialisis. Selain itu, mereka juga turut memberi ilmu kepada penjaga bagaimana untuk memberikan rawatan yang sebetulnya pada mereka yang memerlukan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kasih Sampai Syurga, Ibu Gigih Jual Kek Di Kaki Lima Demi Tampung Kos Rawatan Anak OKU
Isi Kandungan
ToggleKasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tiada tolok bandingannya dan tidak akan dibalas. Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Sudah menjadi fitrah mereka untuk melunaskan tanggungjawab paling terbaik dan melakukan apa sahaja untuk anak-anak tercinta.
Seorang Ibu pasti akan melakukan pengorbanan buat anak mereka tidak kiralah mereka daripada golongan berada ataupun tidak. Orang kaya dengan cara tersendiri, begitu juga dengan golongan yang kurang berupaya. Mereka akan sentiasa bertanggungjawab atas amanah yang diletakkan di atas bahu sejak hari pertama kelahiran anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa OKU Gigih Lindung Anak Dari Hujan, Buat Netizen Tersentuh
Seperti kisah baru-baru ini dimana seorang wanita yang bernama Zahrah Mohd Jamian yang gigih mencari rezeki untuk menampung kos rawatan anaknya yang sakit.
Penghidap sindrom ‘Dravet’
Difahamkan, anak sulungnya Nur Zetty Shazlily,15, menghidap penyakit yang jarang sekali ditemui dan merupakan yang pertama di Malaysia iaitu sindrom Dravet; yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun.
Zahrah menyatakan puterinya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain namun keadaan berubah selepas menerima suntikan ketika berusia tiga bulan.
“Empat jam selepas terima suntikan, Nur Zetty diserang sawan dan kami bawanya ke hospital untuk pemeriksaan.
“Bagaimanapun, ubat diberi tidak serasi menyebabkan sawannya berulang. Sedihnya kerana dia lahir normal malah sempat berjalan dan berlari sehingga berumur tiga tahun. Namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya ditemubual oleh Harian Metro.
Sehingga kini, Nur Zetty telah 15 kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), jadi Zahra dan suaminya berikhtiar melakukan rawatan alternatif dengan menggunakan rawatan swasta bagi menjalani beberapa terapi tetapi kosnya tidaklah murah.
“Tahun lalu, doktor pakar sahkan tulang belakang Nur Zetty bengkok 60 darjah dan anak kami disyorkan untuk menjalani pembedahan pada bahagian itu (tulang belakang).
“Bagaimanapun, saya dan suami tidak berani ambil risiko kerana ia membabitkan nyawa. Kerana itu kami bawanya menjalani terapi,” katanya.
Menjual kek di Petaling Jaya
Disebabkan itu, Zahrah dan suami tidak patah semangat mencari dana demi rawatan puteri tercinta. Katanya, dia hanya mampu mencari dana dengan mengambil tempahan membuat kek dan menjualnya di kaki lima.
Tambahan itu, keuntungan yang diperolehi hasil menjual kek bukan sahaja digunakan untuk kos rawatan anak sulungnya malah disimpan untuk kegunaan lima anak yang masih bersekolah.
“Saya berniaga setiap hari di kaki lima premis sekitar Petaling Jaya daripada jam 6 petang hingga 10 malam dengan ditemani anak.”
“Saya tidak berniaga di tempat sama kerana bukan semua kawasan sesuai malah barangan jualan pernah dirampas pihak berkuasa berikutan aduan orang ramai.”
“Itu antara cabarannya malah pernah juga tiada kek terjual dan saya sedekahkan ia kepada gelandangan,” katanya.
Sementara itu, suaminya; Muhammad Zakri Saimon, 47, yang bekerja sebagai pengawal peribadi serta menguruskan Nur Zetty di rumah sempat berkongsi dan menyatakan bahawa dia telah menerima segala ketentuan Allah SWT.
“Mulanya memang susah untuk menerima ujian ini memandangkan ia menimpa anak sulung.”
“Itu belum lagi cemuhan orang lain kerana Nur Zetty OKU. Bagaimanapun, pengalaman mendewasakan dan mengajar saya untuk terima ketentuan Allah SWT dengan lapang dada,” katanya yang memperoleh pendapatan bulanan RM2,500.
ARTIKEL BERKAITAN: “Duit Boleh Di Cari, Ibu Tiada Ganti” – Chef Wan Tolak Tawaran Travelog Luar Negara, Fokus Jaga Kesihatan Cik Ani
MasyaAllah, Hijabista doakan agar seluruh ahli keluarga ini diberikan kekuatan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Bagi anda yang ingin membantu menyalurkan dana, boleh menghubungi Zahrah atau Muhammad Zakri di talian 011-19526330.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Tamak Atau Gila Harta” AISYAH HIJANAH Dedah Segala Aset & Harta Sepencarian Kini Miliknya Seratus Peratus
Usahawan, penulis dan pempengaruh Aisyah Hijanah yang kisah rumahtangganya tular baru-baru ini telah berkongsi satu berita gembira di akaun media sosialnya.
Aisyah atau nama penuhnya Aisyah Hijanah Azhari mendedahkan segala harta sepencarian yang diusahakan bersama suami, Alif Teega termasuk rumah, kereta dan share perniagaan hijab Hijanah kini menjadi miliknya seratus peratus.
Memetik perkongsian di instagram peribadinya, Aisyah menitipkan pesanan usah biarkan emosi merosakkan kebijaksanaan. Usah buat keputusaan ketika marah mahupun sedih.
“Dont let your emotions defeat your intelligence. Betul, memang perempuan Tuhan jadikan lebih emosi berbanding lelaki. But never let your anger to destroy your intelligence. Jangan buat keputusan bila marah ataupun sedih, sebab itulah yang akan merosakkan semuanya. Sebab itu, Nabi saw pun ada pesan, yang paling kuat dalam kalangan kita adalah yang mampu menahan marahnya.”
Aisyah turut menasihtkan wanita khususnya para isteri yang dipoligami agar sentiasa beringat dan tidak terburu-buru untuk bercerai.
“Bagi wanita yang dipoligamikan, Aisyah harap posting kalini membantu untuk anda semua. Poligami bukanlah perkara yang Haram, tetapi tidaklah semua wanita boleh menerima. Always remember to secure yourself & the kids. Jangan terburu-buru untuk bercerai. Jaga kesucian hati kita. Sabar & cuba bertenang dahulu. Be mindful of whats happening & how you encounter every single thing.
“Biiznillah, Segala hasil titik peluh yang dibina from scratch bersama suami (aset harta sepencarian), telah dipindahkan 100% kepada milik Aisyah termasuklah share @hijanahofficial 100%, rumah, kereta & aset-aset yang lain. Jangan hancurkan semuanya hanya disebabkan amarah kita. Secure your rights & your efforts.
“Catat semua aset bersama & buat satu agreement khas. Kalau mampu hire lawyer, silakan. Pada awal mungkin kita akan blur, tapi bila kita cuba bertenang & berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Dont give up too early.”
Dalam pada itu, Aisyah turut menjelaskan dia bertindak sedemikian bukanlah menunjukkan dirinya tamak. Sebaliknya, sebagai jaminan masa depan buat dirinya dan anak-anak.
“Bukan bermakna kita tamak atau gila harta, tetapi kita nak secure & jaminan untuk diri & anak-anak.
“Sentiasa minta Allah beri petunjuk & cari jalan yang terbaik. You have to control your emotion & stay calm. If not, everything will ruin.”
Wanita berusia 25 tahun ini turut mendoakan wanita-wanita yang sedang berhadapan dengan situasi sama diberi kekuatan dan ketenangan.
“Aisyah doakan agar mana-mana wanita yang dalam ujian yang sama, diberikan kekuatan & ketenangan hidup bersama suami & anak-anak. Semoga membantu.”
Aisyah turut berterima kasih kepada suaminya yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam tuntutan hak tersebut.
“Terima kasih @alifteega kerana kerjasama dengan baik & beri hak yang sepatutnya. Semoga Allah mudahkan urusan.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya bersetuju dengan tindakannya itu serta memuji kebijaksanaan Aisyah.
“Amat luar biasa BEAUTY WITH BRAIN ❤️ Yes you are “Perempuan Itu!”
“Bijak. Sebelum ke langkah nak cerai ke apa. Settle kan dulu bab2 harta sepencarian. Secure dulu hak isteri dan anak2. Setel semua baru lah cerai.”
“Sebab Aisyah ada Ijazah Psikologi thats why she can manage herself very well.. syabas Aisyah.. semoga awak terus memberi inspirasi kepada semua wanita seperti isteri Rasulullah”
Semoga Aisyah sentiasa di dalam rahmatnya, kekal tabah dan bahagia di samping insan-insan tersayang.
Kredit Foto: Instagram Aisyah Hijanah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI