Berikutan tempat tinggal mereka tidak lagi selamat, Evelyn Abbott (Emily Blunt) tanpa suami di sisi bersama tiga orang anaknya kini menghadapi ancaman dari dunia luar pula demi meneruskan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam diam dan selamat.
Dipaksa untuk melibatkan diri dalam suatu perkara yang tidak diketahui, mereka kemudiannya menyedari bahawa makhluk yang memburu mereka semua bukanlah satu-satunya ancaman yang bersembunyi untuk memburu mereka semua.
Bakal ditayangkan pada 19 Mac di pawagam seluruh Malaysia, filem A Quiet Place Part II yang diarahkan John Krasinski ini memang dinantikan oleh kebanyakan pencinta filem kerana filemnya yang terdahulu iaitu A Quiet Place (2018) mendapat kutipan box office
di seluruh dunia.Jika anda mahu menjadi yang bertuah untuk menyaksikan tayangan perdana filem A Quiet Place Part II, jawab sahaja soalan mudah di bawah ini. Manalah tahu jika rezeki bakal berpihak pada anda!