Wayang bersama Hijabista kembali lagi! Jika anda peminat filem bergenre seram dan thriller, bersedialah untuk merasai debarannya apabila menonton filem terbaharu iaitu Scream.
Filem ini mengisahkan mengenai tragedi dua puluh lima tahun selepas rentetan pembunuhan kejam mengejutkan bandar Woodsboro yang sunyi, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu yang membawa maut di bandar itu. Apakah kesudahannya?
Filem ini dilakonkan oleh Neve Campbell sebagai Sidney Prescott, Courteney Cox (“Gale Weathers”) dan David Arquette (“Dewey Riley”). Mereka kembali ke peranan ikonik yang diterajui dalam Scream bersama Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Jack Quaid, Marley Shelton, Jasmin Savoy Brown, dan Sonia Ammar.
Diarahkan oleh Matt Bettinelli-Olpin & Tyler Gillett, filem ini akan mulai ditayangkan di seluruh pawagam bermula 20 Januari ini. Jika anda ingin menonton tayangan perdananya, jawab sahaja soalan mudah di bawah ini!
https://www.youtube.com/watch?v=QKF6NkM-H0I
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teman Model Rahsiakan Derita Akibat Kanser, Mia Ali Terkilan Hanya Dapat Tatap Jenazah Arwah Saat Akhir
Sukar sebenarnya untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang. Insan yang sebelum ini pernah susah senang bersama. Lebih menyedihkan jika kita jadi orang terakhir tahu mengenai penderitaan yang dialami. Perasaan sama dikongsi oleh model popular, Mia Ali yang kehilangan salah seorang rakan baiknya yang juga seorang model popular di tahun 90-an, Noor Wahyu Zulkifly Chan.
Dalam posting yang ditulis di laman sosial facebook Mia memberitahu dia cukup terkilan apabila menjadi orang terakhir tahu penderitaan dialami rakan baiknya itu. Sedangkan orang lain termasuk suaminya sendiri tahu penyakit dialami arwah.
Setelah berbulan sakit mengalami kanser dan sepanjang tempoh itu memang mereka tidak berjumpa sehinggalah semalam hanya dapat menatap jenazahnya saja semalam.
Walaupun tahu ia adalah kehendak arwah, tetapi ia amat menyakitkan diri. Dia boleh terima jika disisihkan tetapi bila tak dapat bersua muka di saat akhir kehidupan orang yang disayangi tidak kira keluarga atau kawan-kawan memang menyakitkan dan sangat meremukkan hatinya.
Namun begitu Mia turut berterima kasih kepada arwah Noor Wahyu kerana pernah menceriakan hari-harinya sepanjang mereka berkawan. Ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Baginya arwah seorang yang sangat baik luar dan dalam.
Ketika dihubungi Mia turut memberitahu sepanjang lebih 10 tahun mereka berkawan arwah seorang yang baik, peramah dan tutur kata dijaga elok.
“Bukan itu sahaja dari segi kerja atau soal disiplin, sikapnya juga sangat menyenangkan. Bagilah apa saja baju atau job atau apa pun dia boleh buat. Arwah juga antara senior model yang lama buat modeling,” ujar Mia ketika dihubungi.
Sebagai seorang sahabat, Mia yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2010 mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beiman.
Al-Fatihah NOOR WAHYU BT ZULKIFLY CHAN.. semoga ditempatkan dikalangan golongan org yg beriman..
terkilan sgt . Allah saja yg tau. . Suami..kwn2 tau. Ya Allah..Tapi..kenapaaa….suami tau mcm mana i syg kwn2 i..wlupun i jauh..y they all buat mcm i ni nothing. setelah berbulan u sakit..kite x jmpe..smlm dpt jumpa jenazah u je.. fair ke utk i?i faham mereka ckp itu kehendak u..tapi it hurts me so so bad disisihkan i blh terima lg..tapi bila xdpt sua muka disaat2 akhir kehidupan org yg i syg x kira family or kwn2.. sgt2 sakit i xblh nak ckp apa..remuk hati i.. im sorry.. terima kasih sbb pernah menceria kan hari2 i..Allah lebih sayangkan u noor wahyu..u seorang yg sgt2 baik luar dan dalam…Semoga damai di sana wahai sahabat..
Al-fatihah
Dalam pada itu sahabat modeling lain juga turut memberi ucapan takzih atas kehilangan Noor Wahyu.
SUMBER: FACEBOOK & INSTAGRAM MIA ALI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Tak Semua Laki Pandang Plus Size, Ada Yang Hanya…’- Wanita Syukur Temui Jodoh Dengan Jejaka Aceh
Bak lirik lagu Afgan, ‘jodoh pasti bertemu’, tidak kiralah di mana sekali jarak kita, jika sudah takdir pasti akan bersama jua.
Begitulah kisah buat wanita yang bernama Ayu Abdullah ini yang kisahnya tular di TikTok apabila dia memaklumkan bahawa bakal suaminya itu merupakan seorang warga Aceh dan mereka mula berkenalan ketika sesi siaran langsung Bigo ketika dia menjual pakaian di aplikasi tersebut.
Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Azhari itu kemudian meminta nombor telefon Ayu dan pada mulanya dia teragak-agak untuk memberinya kerana tak mahu terluka lagi angkara cinta.
“Saya ambil masa dua,tiga hari juga fikir sebelum beri nombor telefon. Tapi saya fikir positif dan anggap niatnya sekadar nak berkawan.”
Tambah Ayu, pada mulanya dia hanya menganggap Azhari sebagai teman biasa namun tanpa diduga pada bulan Disember lalu bakal suaminya itu bertanya soalan yang membuatkannya berdebar serta-merta.
“Dia tiba-tiba tanya ‘nak jadi bini aku tak?”
“Masa tu ragu-ragu juga niatnya. Bukan apa, sebab sebelum ini pernah lalui episod putus cinta, malah pernah putus tunang. Tak semua lelaki pandang plus size. Ada yang hanya pandang duit.
Sudah menjalankan bisnes pakaian sejak tiga tahun lalu, Ayu akhirnya terbuka hati menerima cinta lelaki dari seberang itu dan telah pun mengikat tali pertunangan pada 9 Januari lalu.
Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Ayu mengakui berasa terharu kerana menerima banyak komen positif yang mendoakan agar mereka selamat mendirikan rumah tangga dan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya.
“Saya doakan bagi mereka yang masih mencari jodoh agar urusan mereka juga dipermudahkan. Jangan down, InsyaAllah jodoh pasti ada..sama ada lambat atau cepat saja,” kata Ayu yang khabarnya akan disatukan dengan cinta hati tidak lama lagi.
kredit: mStar Online
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risau Terbeli ‘Chicken Buttermilk’ Jijik Tak Menyelerakan? Jom! Buat Sendiri Kat Rumah Dengan Resepi Mudah Ini
Baru-baru ini tular di laman Twitter seorang pengguna yang membeli nasi buttermilk ayam tetapi terkejut dengan ‘visual’ makanan tersebut sehingga tiada selera makan! Perkongsian tersebut juga telah mencuri tumpuan serta mengejutkan netizen.
Resepi ayam buttermilk memang menjadi kegemaran ramai terutamanya masyarakat di Malaysia. Kesedapan ayam buttermilk ini terletak pada rasa lemak, masin dan pedasnya. Gabungan ayam yang rangup disaluti dengan kuah buttermilk, memang sedap hingga menjilat jari sehingga tak puas makan!
Membuat resepi ini memang mudah dan tidak menggunakan bahan yang banyak, namun akan terasa muak kalau ‘tersilap langkah’ ketika menyediakannya. Seperti yang tular baru-baru ini di laman Twitter.
“Macam muntah kucing…”
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna akaun @mijiiiiiiiii tersebut, dia telah memesan nasi bersama ayam buttermilk tersebut di sebuah restoren tepi jalan. Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila nasi yang dipesan itu tak sama rupanya dengan buttermilk chicken. Kuahnya terlihat sangat cair dan ketulan ayam juga tidak kelihatan.
Dek kerana kesal dengan pesanan tersebut, dia telah memuat naik foto tersebut bersama kapsyen “To all merchant/shop owner kedai tomyam semua…Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian“.
To all merchant/shop owner kedai toye ke semua.
Kalau tak reti buat butter chicken TOLONG JANGAN JUAL. Sekian pic.twitter.com/kBYZctdu9Q
— miji (@mijiiiiiiiii) January 4, 2023
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dan menyatakan perkara yang sama. Mereka turut terkejut dan menyatakan bahawa makanan tersebut terlihat seperti muntah baby, muntah kucing, serawa durian dan sebagainya.
Resepi ayam buttermilk yang sedap
Oleh itu, bagi anda yang ingin merasa buttermilk ayam yang sedap, tak perlu dah membeli di kedai. Sebaliknya boleh ikuti resepi Che Nom dibawah. Senang dan mudah, buat sendiri lagi bagus dan puas hati!
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
- 2-3 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Air secukupnya
Bahan-bahan lain:
- 2 ketul besar ayam, bahagian dada
- 1/2 tin susu cair
- 3 ulas bawang putih, hiris halus
- 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
- 4 sudu besar mentega
- 2 tangkai daun kari
- 4 biji cili padi
Cara Penyediaannya:
- Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
- Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
- Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Cara-cara untuk ayam buttermilk:
- Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tip taambahan dari Che Nom, kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran. Tambahan itu, kalau tak minat pedas, anda boleh kurangkan cili.
ARTIKEL BERKAITAN: Plan Diet Dengan Resipi Sihat Ayam Perapan. Ini Baru Betul Misi Kurus
Sumber: Twitter @mijiiiiiiiii dan Che Nom
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI