Pengarah terkemuka Hollywood, Michael Bay kembali lagi dengan karya hebatnya yang berjudul Ambulance.
Filem Ambulance ini merupakan sebuah kisah thriller yang mengisahkan tentang William Sharp, seorang veteran perang yang sangat memerlukan $231,000 bagi pembedahan isterinya.
Dia kemudian menghubungi Danny, adik angkatnya yang juga merupakan seorang penjenayah bagi mengajaknya untuk serta mengambil bahagian dalam rompakan bank bernilai $32 juta.
Tanpa disangka, rompakan tersebut tidak menjadi seperti yang diharapkan apabila mereka menembak seorang pegawai LAPD. Mereka segera melarikan diri dengan ambulans berserta EMT dan pegawai yang hampir mati sebagai tebusan mereka.
Ads
Wah! Begitu berdebarkan bukan? Filem hebat ini turut dibintangi oleh barisan pelakon gred A yang pastinya memberikan persembahan lakonan yang mantap seperti Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II dan Eiza González.
Ads
Jika anda mahu saksikan tayangan perdananya secara eksklusif bersama Hijabista, jawab sahaja soalan mudah di bawah ini bagi memenangi pas percuma!
Ads
https://www.youtube.com/watch?v=EddZKNKvR5A
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sungguh, memang luas rezeki dan nikmat yang Tuhan berikan. Mungkin bagi kita pizza itu makanan biasa dan menjadi makanan harian namun tidak bagi sesetengah orang.
Rupanya, masih ramai lagi yang belum berpeluang merasai makanan tersebut. Kongsi @AliaNadiera di Twitter, dia yang bertugas sebagai seorang guru begitu terusik hatinya apabila murid-muridnya di tahun 2 mengatakan tidak pernah menjamah pizza.
Sebak rasanya apabila mendengar jawapan daripada anak muridnya…
Pizza khas buatmu anak murid!
Makanan buatkan saya gembira. Jadi saya membuatkan mereka gembira juga dengan memberikan makanan!
Alhamdulillah, mulia sungguh hatimu cikgu! Kisah sebegini sememangnya membuka mata dan membuatkan kita lebih bersyukur dengan segala perkara yang kita terlepas pandang. Oleh itu, janganlah kita mudah merungut sebaliknya hargailah nikmat yang kita ada.
Kebanyakan daripada kita pasti menghidap resdung kan ? Sungguh tak selesa rasanya lebih-lebih lagi bila hidung mula berair dan asyik bersin je. Lagi parah kalau tidak bawa tisu atau sapu tangan. Susahlah macam tu ! Tapi hijabi semua jangan khuatir, anda yang menghidap resdung bolehlah mengikuti tips yang dikongsikan oleh pengguna twitter @reenarazak ini.
Perkongsiannya ini telah mendapat lebih 18 ribu retweet di twitter. Wow, banyak itu ! Mari kita baca caranya untuk hilangkan rasa tak selesa itu.
Telan Clarinase sebelum ada event penting.
Yang ini bagus untuk cuci dan bersihkan hidung.
Picit kat hidung nanti keluar segala lendir. Penyelamat hidup !
Jerawat akibat resdung pun kena hilangkan jugak. Asyik sekali katanya !
Begitulah thread yang telah dikongsi olehnya. Anda semua boleh ikhtiar cara ini bagi mengurangkan ‘sengsara’ akibat resdung itu. Semoga bermanfaat !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seterika merupakan antara peralatan elektrik ‘wajib’ ada dalam sesebuah kediaman, malah ianya amat berguna bagi suri rumah untuk memastikan pakaian, suami anak dan diri sendiri menjadi lebih kemas setelah digosok.
Namun, seterika yang sudah lama digunakan pasti mempunyai kesan hangus terbakar malah mempunyai kerak degil yang susah untuk ditanggalkan.
Jangan buang sis! Aplikasikan tiga langkah mudah ni dengan gunakan satu bahan je. Nescaya seterika tu kembali berkilat seperti baharu macam di kedai!
Hanya Perlukan Sebiji ‘Panadol Soluble’ Je!
Apa yang anda perlu lakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah hanya sebutir ‘paracetamol’ atau lebih dikenali sebagai Panadol!
Mungkin ramai diantara kita yang tidak cakna, selain digunakan sebagai ubat ketika demam, Paracetamol juga dapat membantu menghilangkan kesan dan kerak terbakar, sekaligus membuatkan permukaan seterika menjadi bersih, licin dan berkilat.
Mesti anda tak sabar nak tahu bagaimana cara untuk melakukanya? Mudah sahaja sis, anda hanya perlu melakukan tiga langkah ini sahaja dan poof! Seterika dirumah akan berkilau seperti seterika baru.
Lakukan Tiga Langkah Mudah Ni Sis!
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan seperti tips yang dikongsikan oleh seoranh pengguna di laman sosial menerusi akaun Achai Wong, caranya:
1. Pastikan seterika baju dalam suhu panas dan basahkan terlebih dahulu paraCetamol sebelum digosok pada permukaan seterika.
2. Gosokkan pada bahagian kesan hitam di permukaan seterika. Pastikan anda menggunakan alat sesuai supaya jari tidak terkena seterika panas.
3. Akhir sekali, lap permukaan seterika dan lihat kesan hitam tersebut akan hilang.
Setelah ketiga-tiga langkah ini dilaksanakan, sis pasti akan kagum dan terkesima melihat seterika yang buruk, berkerak dan kelihatan kotor itu bertukar menjadi bersih, berkilau dan mempunyai permukaan licin serta memudahkan proses menyeterika, lepas ni tiada masalah lagi, ketika gosok baju dan tudung untuk Ootd hijabis!
Hijabista berharap agar perkongsian ini menjadi perkongsian yang bermanfaat untuk di praktikkan oleh hijabis diluar sana, selamat mencuba!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...