Menangi Pas Ke Tayangan Perdana The Invisible Man Bersama Hijabista!

Share

Terperangkap dalam sebuah hubungan percintaan yang penuh keganasan dengan seorang saintis yang hebat dan kaya, Cecilia Kass (Elisabeth Moss) melarikan diri dan bersembunyi daripada bekas teman lelakinya itu dengan bantuan kakaknya (Harriet Dyer), teman baik ( Aldis Hodge) dan anak perempuannya (Storm Reid).

Namun, apabila bekas teman lelakinya itu bunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar harta buat dirinya, Cecilia mengesyaki kematiannya itu adalah satu penipuan.

Sebuah siri tragedi kemudian menghantui hidupnya dan mula mengancam nyawa orang-orang yang disayangi dalam hidupnya. Kewarasan Cecilia juga mula dipersoalkan apabila dia berusaha untuk membuktikan bahawa dia sedang diburu oleh seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Pasti anda tidak sabar untuk menyaksikan filem yang bakal ditayangkan pada 5 Mac inikan? Bagi menjadi yang bertuah dengan menyaksikan tayangan awal filem yang diarahkan oleh Leigh Whannell ini, jawab sahaja soalan mudah di bawah ini dan ada berpeluang memenangi sepasang tiket ke tayangan perdana ‘The Invisible Man’. Mudah bukan!

Published by
Qistina