Anda suka ataupun tidak, trend beg micro, kecil dan comel akan terus menghangatkan industri fesyen dunia terutama sekali di negara barat.
Pada hari peragaan koleksi musim sejuk Jacquemus 19 di Paris, model berjalan sambil membawa beg yang bersaiz mini di pentas peragaan. Walaupun kecil, beg itu tetap mencuri tumpuan semua dan membuatkan setiap mata yang memandang fokus kepadanya sahaja.
Model dilihat berjalan catwalk dengan beg ‘comel’ itu yang dipegang di jari mereka ataupun disilangkan di bahu dengan tali panjang. Terdapat empat warna beg yang diperagakan iaitu putih, merah, oren dan juga hijau gelap. Huruf J berwarna emas juga ditonjolkan di rekaan beg tersebut. Ternyata rekaan ini berada di kelasnya yang tersendiri!
Jadi bagaimana sis? Mungkinkah selepas ini kita akan bawa beg bersaiz mini begini pula? Why not
kan kita cuba bawa comel begitu. Hmm, musykil sis nak isi apa dalam beg tu! Agak-agak boleh tak kalau sis nak bawa ke pasar?kredit: instagram @jacquemus