Ketaksuban dengan mencantikkan bibir, khususnya cara memberi ia rangsangan semula jadi tanpa jarum, masih menjadi trend solekan utama. Sudah tentu, bibir anda sempurna kerana anugerahNya. Tetapi jika anda mahu meningkatkannya atas sebab apa pun, helah viral terbaru TikTok mungkin menarik minat anda.
Bukan guna jarum ya! Hanya menggunakan pensel bibir untuk mengesan tepi luar garis bibir anda supaya bibir kelihatan lebih besar, lapisan bujur terdiri daripada menggores garisan kecil di tengah-tengah busur Cupid anda dan mencerminkannya di bawah bahagian bawah bibir. Menggunakan garisan tersebut sebagai titik permulaan, teknik lukisan bentuk bujur merentangi hanya bahagian tengah bibir dan meninggalkan tepi bebas daripada solekan supaya garisan itu disambungkan.
Sapuan berkilat atau gincu ke seluruh bibir sepatutnya semua yang diperlukan untuk melengkapkan penampilan, menurut TikTokers @katiahaek, @stxph.h dan @jawarshere. Kesannya? Bibir yang gebu, lebih bersinar dan lebih cantik dalam beberapa saat.
Ads
Dengan kata lain, ‘Oval-Lining Hack’ ialah kaedah solekan yang mendapat 20.8 juta carian di TikTok.
Apa yang anda perlukan
Secara teorinya, anda boleh melakukan ini dengan sebarang pensel bibir warna tetapi seperti warna pastel merah jambu. Pastikan mata pensel sangat tajam untuk meminimumkan sebarang kesilapan dan mencoret ke bibir, kemudian menggabungkannya dengan bujur. Pastikan anda ‘prep’ bibir terlebih dahulu dengan menggunakan skrub bibir dan dilapisi dengan pelembap bibir. Anda pasti berfikir, ini semua tak masuk akal. Tetapi anda perlu mempercayai prosesnya.
Yang menghairankan, ia berjaya. Bibir anda akan kelihatan lebih bulat dan lebih gebu, bibir atas lebih banyak daripada bahagian bawah. Mudah dan tak perlu bersakit! Tiada garisan kasar atau tepi tajam, yang boleh menjadi tipikal pelapik bibir.
Satu-satunya keluhan saya ialah jika anda mempunyai tundukan Cupid yang agak ketara. Salah satu cara mengatasinya ialah memilih kemasan berkilat dan bukannya kemasan satin atau matte untuk mengaburkan kontur bibir.
Ads
Bolehkah mencuba teknik ini dengan warna yang menyerlah? Hasilnya akan berbeza, dengan warna gincu yang berbeza, termasuk merah. Walau bagaimanapun, ‘nude’ berfungsi lebih baik dan apabila anda mendapat bentuk yang betul, pasti bibir atas akan kelihatan sedikit terisi. Pasti anda seronok dengan hasil yang luar biasa ini. Selamat mencuba sis!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aplikasi TikTok adalah antara platform media sosial yang popular kini. Bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa dan generasi muda, tetapi juga kanak-kanak.
Pengguna TikTok kebanyakannya dalam lingkungan kumpulan umur 12 hingga 30 tahun. Mereka yang sering melayari aplikasi ini pasti meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam sehari.
TikTok menjadi kegemaran ramai untuk tujuan pendidikan, perniagaan, sukan, makanan dan hiburan. Tidak hanya itu, aplikasi ini juga mampu menjadi platform dalam menyebarkan keindahan islam.
Umum mengetahui bahawa Piala Dunia tahun ini telah diadakan di Qatar. Ianya memang terasa istimewa kerana buat pertama kalinya ia telah diadakan di negara Islam.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok di mana seorang wanita membuat challenge kepada pengunjung wanita di Lusail City, Qatar untuk memakai hijab. Video tersebut telah menarik tumpuan serta membuatkan netizen teruja!
Di awal video, wanita tersebut dilihat cuba mencari beberapa pengunjung wanita di Lusail City, Qatar untuk melakukan challenge tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia meminta pengunjung wanita di sana untuk cuba memakai hijab, rata-rata mereka memberikan sambutan yang positif dan terlihat senang dengan challenge tersebut.
Walaupun mereka bukan Muslim dan tidak pernah mengenakan hijab, mereka tidak keberatan untuk mencuba. Pemilik akaun TikTok @hayyatogether tersebut dilihat membantu dan menyarungkan anak tudung sebelum mengenakan shawl.
Di akhir video, dapat dilihat rata-rata pengunjung wanita terpesona melihat penampilan diri sendiri mengenakan hijab.
Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen positif serta memuji sikap dan kecantikan para pengunjung tersebut. Video yang tular tersebut kini telah meraih sehingga 7M tontonan, lebih 578K kesukaan dan 5k komen.
“Cantik semua bila pakai hijab..so beautiful🥰”
“Wow looking so nice Masha’a Allah”
“I don’t think anyone look bad in a hijab, a real glow up mashallah”
“MasyaAllah…lebih cantik bila memakai hijab🥰🥰🥰🥰”
Netizen tagih mahukan lagi konten serupa
Tambahan itu, ramai yang memuji usaha wanita tersebut dan menyukai konten yang dilakukan dalam memberi pendedahan mengenai agama islam.
Melihat keterujaan dan mendapat sambutan baik dari netizen, pemilik Tiktok tersebut turut melakukan ‘challenge non muslim’ memakai pakaian sopan ala Qatar dan juga merekod reaksi para pengunjung ketika melakukan challenge mendengarkan ayat-ayat suci al-Quran.
Penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Farisha Iris mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya di khalayak umum. Kerana ramai diantara peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Sehubungan itu, Hijabista sempat ‘mengorek’ amalan mahupun rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris atau nama penuhnya Farisha Asmadi.
Berikut merupakan tiga amalan yang disarankan Iris khas buat Hijabi yang mahu mengekalkan kecantikan atau beauty enthusiast.
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Pastikan ‘Water Intake’ Penuhi Keperluan Badan
Selain itu, Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Tambahan pula, dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Apapun, Hijabista berharap agar Hijabi dapat mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Malah, sentiasa ingat bahawa kita semua cantik dan telah diciptakan Allah swt dengan begitu sempurna.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sering kita lihat luahan rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang memuat naik status di laman media sosial mereka yang mengatakan seperti ‘karma will come‘ ataupun apa-apa yang berkaitan. Tetapi adakah ia wajar di perkatakan sebegitu?
Ramai yang masih terpinga-pinga apabila soal mengatakan hukum karma ini bakal terjadi meski pun ianya adalah kepercayaan agama hindu. Ada perbezaan antara kepercayaan agama yang perlu kita tahu sebelum kita ujarkannya.
Karma kepercayaan agama Hindu
Sumber gambar dari Canva.
Buat mereka yang tidak tahu, konsep karma itu sendiri merupakan satu kepercayaan dalam agama hindu yakni ia mempunyai konsep yang sangat berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Seperti apa yang kita pelajari sebagai umat Islam, setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Kita sama sekali di larang untuk meyakini sebab dan akibat yang bakal berlaku tanpa campur tangan Allah SWT itu boleh jadi suatu bentuk kekufuran.
Meski pun, konsep karma ini telah lama tular di kalangan masyarakat di negara kita terutama sekali yang beragama Islam, kita harus tahu bait-bait perkataan yang di keluarkan itu adalah kena pada syarak. Menurut perkongsian di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konteks konsep ‘karma’ yang harus umat Islam ketahui dalam agama suci ini adalah “perbuatan setiap manusia sama ad baik atau buruk itu akan di balas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”.
Sumber gambar dari Canva.
Sedikit sebanyak mengenai konsep karma, ia berasal daripada bahasa sanskrit dan punyai asas kepercayaan bagi Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep ini mula di jumpai melalui teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya di kembangkan melalui perbincangan Upanishad. Seperti yang sudah di ketahui semua, Karma membawa maksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, yakni memberitahu bahawa apa yang kita lakukan sama ada jahat atau baik, kita juga bakal terima yang sama pada masa akan datang.
Tambahan lagi, karma menurut Hindu, mempunyai tiga, peringkat pembalasan yang terdiri dari sachinta karma (masa yang telah berlaku/karma yang pernah berlaku), parabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang di tentukan melakui karma yang sedang berlaku). Jadi karma ini juga di nilai sebagai undang-undang pembalasan moral atau juga undang-undang kosmos yang akan membalas setiap perbuatan baik mahupun buruk. Kepercayaan karma ini juga menjafa tindak kawalan serta tingkah laku manusia supaya mereka dapat menambah baik dan berharap agar manusia lebih berbakti kearah kebaikan.
Kita perlu tahu bahawa setiap perkara yang kita percaya bakal berlaku dengan sendirinya dan menghiraukan kekuasaan selain dari Allah SWT boleh membawa kepada kekufuran. Melalui akidah Islam, semua perkara yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan kehendak dari Allah SWT. Apa yang terjadi pada alam ini adalah dari kehendak Allah SWT dan semuanya bergantung kepada kekuasaanNya. Begitu juga seperti yang paling senang untuk kita lihat adalah peredaran bulan dan bintang pada paksinya, itu adalah contoh terbesar kekuasaan Allah SWT.
Jika ingin di bincangkan tentang karma ini, ada terdapat konsep yang bercanggah dengan akidah Islam. Melalui agama Islam, ia di yakini bahawa segala perbuatan jahat oleh manusia itu pasti akan ada balasannya sama ada di dunia ataupun akhirat.
Maksudnya:“Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Meski pun status hadis ini adalah daif, namun, ia boleh di amalkan dan ambil pengajaran dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Perkataan الجزاء من جنس العمل yang bermaksud:
‘Balasan itu sesuai dengan apa yang di lakukan.’
Ia banyak di perkatakan oleh ramai ulama di mana anataranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Qayim al-Jauziyah dan juga Ibn Rajab al-Hambali. Juga terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran turut menyebut tentang perkara ini, antaranya:
Maksudnya:“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Juga melalui Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:
هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى
Maksudnya:“Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”
Menjadi kesimpulan di sini bahawa hukum karma itu sendiri tidak boleh di pakai dalam agama Islam. Menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk meyakini bahawa apa yang berlaku sama ada di dunia mahupun akhirat adalah satu kehenda dari kekuasaan Allah SWT. Kepercayaan yang meyakini bahawa sesuatu perkara itu berlaku bukan atas kehendak Allah SWT boleh membuatkan anda kufur.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...