Memilih Lanjutkan Pelajaran Di Universiti Tempatan, Kenali Dr Zaliha Mustafa Wanita Pertama Yang Dilantik Sebagai Menteri Kesihatan

Share

Sebagai ahli politik, agenda Dr Zaliha Mustafa sentiasa mengenai isu penjagaan kesihatan. Ahli parlimen Sekijang itu sebenarnya memulakan karier politiknya beberapa ketika dahulu, menyertai PKR dan memegang pelbagai jawatan dalam parti sejak 1999.

“Amanah yang dipertanggungjawab tentulah suatu yang mencabar. Namun dengan sokongan, harapan, dan motivasi daripada seluruh warga KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA serta seluruh rakyat Malaysia, saya akan laksanakan sebaik mungkin,” kongsinya dalam media sosial.

Dilahirkan pada 28 Jun 1964, beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana di Johor Baru dan bersekolah di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim sebelum menerima tawaran untuk menghadiri Maktab Rendah Sains Mara Kota Baru di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Terdiri Dari Lima Wanita Hebat!

Latar belakang pendidikan yang cemerlang

Keputusan cemerlang yang diperoleh anak sulung daripada lapan beradik bagi Sijil Pelajaran Malaysia melayakkannya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Walaupun pelbagai tawaran diterima untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianugerahkan ijazah Doktor Perubatan (MD).

Dr Zaliha memulakan kerjayanya sebagai doktor di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru dari 1989 hingga 1990 dan kemudiannya berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Daerah Pekan di Pahang selama 10 bulan.

Beliau juga pernah bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Daerah Taiping selama lebih dua tahun, sebelum kembali ke Johor pada 1995 dan bekerja di sebuah klinik swasta di bawah Kumpulan Perubatan Penawar. Kemudiannya membuka klinik sendiri di Bandar Putra Kulai. Dr Zaliha dilantik sebagai menteri kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada

Wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang pernah menjadi Setiausaha Politik Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, dikurniakan empat cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Dr Ahmad Azlan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH