Mempunyai pengikut Instagram sebanyak 262K sudah membuktikan bahawa figura ini memiliki sebuah aura yang mampu menarik minat orang ramai untuk singgah ke akaun Instagramnya.

Camilia Noh, seorang ‘influencer’ yang seringkali memuat naik gambar OOTD-nya yang begitu menarik untuk dilihat. Daripada helaian baju yang dipakai sehinggalah kepada sepasang sepatu, semuanya ‘on-point’ dan memberikan kamu idea serta inspirasi untuk menukar stail kamu lebih mahal, urban dan berani!

Team Hijabista berkongsi kepada kamu pilihan gaya OOTD Camilia Noh untuk tatapan semua terutamanya kepada peminat fesyen!

IKLAN

Seolah meraikan sisi fesyen ‘tiada undang-undang’, stail ini menggabungkan gaya formal serta kasual yang dapat kamu lihat dari pemilihan ‘blazer’ sehinggalah kepada jenis denim putih yang sudah koyak di hujung bawahnya. Dipadankan pula dengan kasut ala ‘converse’, gaya ini amat sesuai untuk digayakan sama ada di pejabat, rumah mahupun memberi barangan dapur. Kelihatan agak santai, namun jika bijak pemilihan warna kamu, ia boleh menghidupkan elemen mewah dalam keseluruhan gaya. Camilia bijak dalam permainan rona yang tidak terlalu kuat. Cukup sekadar bermain dengan dua rona, ia mengekalkan konsep eksklusifnya tersendiri!

IKLAN

Bijak dalam menghasilkan gaya yang berlainan, Camilia tidak kekok dalam menjadikan ‘blouse’ dari rekaan Rami Studio berlainan gaya. Asalkan kena dengan pilihan aksesori seperti ‘handbag’ serta sepatu yang sesuai, kedua-dua gaya ini sudah cukup untuk menyempurnakan keseluruhan stail kamu. Apa yang menariknya tentang kedua-dua gaya ini, Camilia tampak sopan dan lembut apabila mengenakan rona baju biru lembut bersama-sama dengan warna putih yang sememangnya sepadan dengan warna kulitnya. Cara solekan yang tidak terlalu menonjol dan kemas, Camilia tampak ayu dan bersedia untuk menjalani hari-harinya. Tip penting dalam gaya OOTD ini ialah pilihan solekan yang tidak terlalu berat, yang bersesuaian dengan rona gaya yang akan kamu sarungkan.

Kombinasi warna hitam dan putih ini memberi satu kelainan pada keseluruhan gaya Camilia. Lebih bold dan solid! Warna hitam juga boleh menaikkan seri formal seseorang. Maka tidak hairanlah jika kamu mengenakan sesebuah rekaan yang kasual, namun masih boleh dilihat formal dalam keseluruhan gaya. Tip yang terbaik, untuk tidak menjadikan gaya kamu bosan, kamu boleh bermain dengan warna yang lain bersama-sama dengan warna hitam ini. Seperti Camilia, dia bijak dengan memadankan warna putih bersama-sama dengan warna hitam.

IKLAN

Seperti meraikan aura sukan, Camilia jugak bijak dalam menyesuai padankan gaya kasual namun mencedok sedikit gaya ‘sporty’ dalam penggayaannya. Siapa bilang gaya sukan ini hanya boleh dipadankan dengan rekaan sukan sahaja? Salah belaka! Lihat sahaja kemeja putih potongan ‘oversized’ bersama-sama dengan celana yang bersaiz besar, dipadankan pula dengan kasut ala sukan, sudah cukup untuk menghidupkan keseluruhan gaya yang santai tapi kukuh! Jadi, lepas ini, kamu boleh saja memadankan helaian sukan kamu seperti windbreaker bersama-sama dengan celana khakis! Cubalah!

Sumber gambar: Instagram Camilia Noh