Mangga merupakan antara buah yang paling popular di dunia. Rasanya yang manis dengan kandungan vitamin yang tinggi ternyata memiliki manfaat kesihatan yang cukup bagus untuk keperluan tubuh badan kita.
Ketika musimnya, bau harum semerbak buah ini cukup membuat kita kecur liur. Boleh dinikmati secara segar terus ataupun dijadikan jus, buah manga sangat tinggi dengan kandungan vitamin C, potassium dan juga magnesium.
Biarpun mangga boleh diolah menjadi pelbagai jenis makanan seperti puding, kek, jus dan sebagainya. Namun buah ini lebih baik dinikmati segar tanpa sebarang gula tambahan. Seperti yang kita tahu, gula tidak bagus untuk kesihatan.
Kandungan serat prebiotik yang ada pada buah mangga membantu bakteria baik di dalam usus. Kalau nak tahu, usus yang tidak sihat dapat memudaratkan kesihatan dan proses penyerapan makanan tidak boleh berjalan dengan baik.
Ini adalah antara manfaat lain buah mangga. Tidak hanya mengandungi vitamin C, mangga juga mengandungi vitamin A dan antioksidan yang mampu membantu mencegah degenerasi macula yang berkaitan dengan usia atau kehilangan penglihatan.
Buah mangga dapat membantu menurunkan tahap kolesterol kerana kadar pektik yang tinggi di dalamnya mengurangkan LDL yang menyebabkan terbentuknya plak pada saluran yang menyekat aliran darah.
Walaupun kandungan zat besi di dalam buah mangga tiodak sebanyak hati ayam atau daging, tetapi buah mangga boleh dimakan untuk mencegah anemia.
Disebabkan kandungan vitamin C dan juga antioksidan yang tinggi, buah mangga membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita. Jadi elok untuk jadikan buah mangga sebagai buah yang wajib anda makan di di dalam diet untuk kesan yang positif pada tubuh.
Baguskan kelebihan yang ada pada buah mangga? Tapi ingat, buah ini elok dimakan segar tanpa dicampur dengan segala macam perisa tambahan yang tidak elok.
Sumber: detikfood