Khasiat dan kebaikan saffron dan kepelbagaian penggunaannya telah lama diakui. Selain manfaat kesihatan yang luar biasa, harga saffron yang tinggi adalah disebabkan oleh kesukaran untuk menuainya. Petani perlu menuai benang halus dari setiap bunga dengan tangan mereka.
Bunga ini mengandungi beberapa khasiat dan sebatian yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit wajah. Saffron mengandungi beberapa bahan seperti protein, lemak, serat, tenaga, kalsium, zat besi, fosforus, kalium, dan vitamin C.
Tahukah anda rempah saffron merupakan bahan masak yang termahal di dunia? Ya. Ini kerana Saffron diperolehi daripada tangkai putik (stigma) bunga tumbuhan dari species Crocus sativus (famili Iridaceae). Dan setiap bunga hanya mempunyai 3 stigma (rujuk gambar di bawah).
Untuk menghasilkan 450 g saffron, sekitar 75,000 bunga crocus diperlukan. Walaupun mahal, ia digunakan secara meluas sebagai bahan tambah pewarna, rasa dan bau dalam makanan. Saffron mengandungi lebih daripada 150 bahan kimia meruap dari kumpulan terpene berserta alkohol dan ester terbitannya.
Warna merah saffron disebabkan oleh hadirnya bahan kimia terbitan carotenoid, iaitu crocin. Rasa pahit saffron disumbangkan oleh bahan kimia picrocrocin dan bau manis jerami (seakan rumput kering) saffron adalah disebabkan oleh bahan kimia safranal.
Selain dari dijadikan bahan tambah masakan, ia juga digunakan sebagai bahan perawat. Kajian menunjukan Saffron boleh mengubah mood (merawat depresi dan PMS), membantu dalam merawat penyakit Alzheimer dan kanser, mengurangkan kekejangan otot dan pembengkakan luka juga bertindak sebagai antioksida.
Walau bagaimana pun, pengambilan saffron dalam kuantiti yang banyak adalah tidak selamat. 5g boleh menyebabkan keracunan, 12-20 g boleh menyebabkan kematian. Antara kesan sampingan pengambilan saffron adalah pening, loya dan muntah, ketidakselesaan perut dan alergi.
Disebabkan saffron boleh memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, maka elakkan pengambilan saffron sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan. Mengambil saffron dalam kuantiti yang banyak oleh wanita mengandung juga mungkin boleh menyebabkan keguguran.
Kesan racun saffron ini disumbangkan oleh bahan kimia safranal dan crocin. Namun kesan racun ini mustahil dicapai hanya dalam penggunaan makanan biasa. Samalah juga seperti pengambilan MSG.
Jumlah yang biasa dicampurkan dalam masakan hanyalah sedikit sekitar ~0.033 g untuk 5 orang makan. Tambahan pula, penggunaan saffron yang banyak memberikan rasa pahit dan mengganggu keseimbangan rasa makanan.
Begitulah pentingnya tahu perkaitan kuantiti dan kesan racun sesuatu bahan. Maka, bersederhana lah dalam apa juga. Ambil tahu tahap kesihatan, dan peka dengan tindak balas badan terhadap apa juga makanan.
Sumber kredit: Dr Fatimah Salim Top image: Photo by victoria-bowers from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Serbuk Kopi Membantu Hilangkan Bau Hanyir Ikan Yang Melekat Pada Tangan? Semak 7 Lagi Petua Mudah Lain!
Isi Kandungan
TogglePasti ramai wanita yang suka memasak kan? Tapi paling malas bila nak masak ikan…… Terasa leceh sebab nanti bau hanyir ikan yang melekat dekat tangan susah nak hilang!
Pernah tak masa anda tengah siang ikan, kebetulan ada tetamu datang….Kelam kabut dibuatnya. Iya lah, kadang tetamu tersebut mahu bersalam dengan tuan rumah. Malulah kalau tangan anda berbau hanyir! Selepas itu, bila dah puas basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir. Lebih menyakitkan hati bila bau tersebut tidak hilang setelah beberapa jam. Rasa macam nak muntah pun ada. Ei, geramnya!
Petua hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan
Anda perlu tahu bahawa ada petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini. Mungkin anda sendiri sudah ada petua yang dimalkan sejak dahulu. Namun berikut adalah solusi lain untuk hilangkan hanyir ikan dengan menggunakan 8 bahan. Kesemua bahan yang dicadangkan ini mudah untuk dicari dan rata-ratanya sudah sedia ada di rumah anda.
Artikel berkaitan: Elak Ayam Berbau Hanyir Selepas Dimasak, Wanita Ini Kongsi Cara Bersihkan Ayam Dengan Betul
1.Sos tomato
Sos tomato ialah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Antara jenama sos tomato yang terkenal adalah seperti Kimball, Life, Tamin, Nurin dan sebagainya. Kedengaran sangat pelik kan? Iya lah, selalunya sos tomato ini digunakan untuk makanan sahaja. Untuk dicicah bersama gorengan seperti kentang dan nuget. Namun sebenarnya, ianya juga membantu untuk hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan kita.
Cara melakukannya: Tuang sejumlah sos pada tapak tangan anda. Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.
2.Jus lemon
Secara asasnya, air lemon merupakan sumber yang boleh membekalkan vitamin C dan asid sitrik yang mencukupi. Jus lemon sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan juga kegunaannya. Tahukah anda bahawa selain untuk diminum, jus atau air lemon juga boleh diolah menjadi masakan atau bahkan cairan pembersih rumah? Bukan itu sahaja, jus lemon pun membantu hilangkan bau hanyir pada tangan! Oleh kerana keasidannya yang agak tinggi, lemon juga boleh membantu menghilangkan bau hanyir dari tangan anda. Namun, caranya agak berbeza.
Cara melakukannya: Anda perlu mencampurkan sedikit soda bikarbonat bersama jus lemon untuk dijadikan sebagai pes. Kemudian, sapukan pes tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas sehingga bersih.
3.Garam
Petua menggunakan garam untuk menghilangkan bau hayir ini adalah secara turun-temurun. Jika anda bertanya kepada orang-orang lama, pasti mereka akan menyarankan anda menggunakan garam sebagai cara hilangkan hanyir ikan. Tidak lengkaplah dapur anda tanpa perasa garam boleh tak? Bahan ini sangat mudah untuk dicari dan merupakan antara petua termudah untuk dilakukan.
Cara melakukannya: Caranya sangatlah mudah, anda hanya perlu menabur sejumlah garam pada tangan dan gosokkan tangan anda. Kemudian, basuh tangan sehingga bersih dan hanyir ikan akan hilang.
4.Hand sanitizer
Hampir semua orang pasti pernah atau akan menggunakan hand sanitizer terutamanya ketika di era pandemik COVID-19 kini. Hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Pasti anda membawa item wajib ini kemana-mana kerana ia bertindak sebagai ‘pembersih’ tangan apabila anda berada diluar. Hand sanitizer ini juga telah menjadi ‘senjata’ utama untuk memerangi wabak pandemik yang telah melanda dunia.
Namun anda tahu tak hand sanitizer juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir? Hal ini disebabkan kerana hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol dan juga bahan-bahan lain yang boleh membunuh bakteria penyebab bau busuk.
Cara melakukannya: Tuang sedikit hand sanitizer ke tapak tangan kemudian gosok kedua-dua tapak tangan. Tunggu sehingga kering. Pasti bau hanyir akan terus hilang! Namun sekiranya selepas itu anda mahu makan, jangan lupa untuk mencuci tangan ya. Risau nanti keracunan disebabkan bahan didalam hand sanitizer tersebut.
5. Daun Ketumbar
Daun ketumbar atau nama saintifiknya Coriandrum sativum merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Apiaceae. Daun ketumbar merupakan sejenis herba yang dikenali ramai terutamnya di kalangan masyarakat Asia. Siapa sahaja yang tidak mengenali daun herba ini kan. Untuk pengetahuan anda, bau daun ketumbar yang agak kuat menusuk hidung sebenarnya boleh membantu menyingkirkan bau hanyir yang masih melekat pada tangan anda.
Cara melakukannya: Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan atau tenyeh pada pada tangan anda Kemudian, bilas tangan selepas bau hanyir hilang.
6. Menggunakan ubat gigi
Fungsi ubat gigi ini bukannya hanya untuk membersihkan gigi, tetapi ia juga bagus untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.
Cara melakukannya: Anda hanya perlu memicit sedikit ubat gigi pada tangan dan terus menyapunya ke seluruh tangan anda. Bilas sehingga bersih selepas hanyir ikan hilang.
7.Serbuk Kopi
Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau hanyir ikan yang agak kuat. Namun, pastikan anda menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.
Cara melakukannya: Anda hanya perlu sapukan dan menggosok sejumlah serbuk kopi pada tangan anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.
8. Cuka
Cuka juga mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Ia juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.
Cara melakukannya: Anda perlu campurkan cuka bersama-sama garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan untuk kesan yang lebih baik. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya 1 minit sebelum dibilas dengan air suam. Tangan anda pasti tidak lagi berbau hanyir.
Artikel berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak Elak Stok Bahan Basah Berbau Hanyir & Kekal Fresh
Terdapat banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan contohnya seperti minyak zaitun dan tisu basah bayi. Bahan-bahan yang telah dicadangkan ini merupakan diantara jenis bahan yang boleh didapati di dalam rumah. Senang sahaja, tak perlu dah mencari barang mahal semata untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selepas ini, anda boleh lah mengikuti petua ini dan memotong ikan tanpa perlu risau akan bau hanyir yang kurang menyenangkan!
Sumber info dan gambar: HelloDoktor dan Google.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Guru Ini Sahut Cabaran Mendidik Pelajar Pekak Subjek Muzik , Percaya Bantu Rangsang Deria
Kurang keupayaan bukanlah suatu perkara yang membatasi seseorang individu untuk mendalami subjek tertentu. Seorang guru ini yakin apa yang di ajar bagi pelajarnya bukanlah satu limitasi.
Subjek muzik bagi murit cacat pendengaran, itulah yang menjadi perhatian orang ramai melalui perkongsian guru ini.
Mengajar Subjek Berlawan Fitrah Mereka
Perkongsian oleh seorang guru muda, Amirah Adilah Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amirah, 24, membuat keputusan untuk mengajar subjek muzik kepada muridnya yang cacat pendengaran di sekolah dia berkhidmat.
Ditemu bual oleh mStar, dia sudah pun mengajar selama 11 bulan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu. Meski pun, ramai yang menganggap subjek itu melawan fitrah bagi murid-murid itu, dia percaya ini dapat membantu merangsang deria mereka.
“Mengajar orang pekak adalah melawan fitrah mereka…ia sering menjadi tanggapan orang awam,
“Namun, saya bukannya nak jadikan mereka penyanyi, malah semua itu hanya sekadar ilmu yang saya cuba sampaikan bagi merangsang deria mereka,
“Tapi kalau minat nak jadi penyanyi, saya boleh sahaja nak bantu beri panduan.” katanya lagi berkenaan isu itu.
Difahamkan lagi, Cikgu Amirah juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Yakin dan ingin menyahut cabaran dalam mengajar murid pendidikan khas cacat pendengaran itu menjadi sandaran pegangan dirinya. Dia ingin membantu sedaya mampu walaupun ada yang mempunyai masalah pembelajaran.
@mir.dla ajar muzik untuk murid ketidakupayaan pendengaran ni sebenarnya bidan terjun dengan zero knowledge. tapi itulah cikgu, hari hari kena belajar benda baru dan ajar pelbagai subjek. apa saja yg penting nak bagi ilmu untuk murid khas ni supaya input sama rata dengan murid tipikal #pendidikankhas #cikgupendidikankhas #specialneeds #specialeducation #specialeducationteacher #SpecEd #specedteacher #bahasaisyarat #signanguage #hearingimpaired #musiceducation ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto
“Apabila diberikan tugas untuk mengajar, semestinya kita tak boleh nak tolak peluang tersebut,
“Saya banyak bertukar pendapat, bertanya dan merujuk kepada cikgu-cikgu lain tentang cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid,
“Saya pun masih belajar tentang muzik, tapi ia bukanlah masalah besar untuk saya kerana semua ini untuk murid-murid saya juga.” ujarnya lagi.
Sebelum memohon jurusan itu, Cikgu Amirah juga ada membuat kajian terlebih dahulu. Dia berusaha dalam mendalami ilmu tentang orang kurang upaya dan bersiap sedia untuk membantu.
Amirah juga turut berkata kelengkapan yang tersedia ada di sekolahnya banyak membantu proses pembelajaran. Dia juga gemar untuk melihat anak muridnya belajar dan sering berkongsi di sosial media tentang sesi pembelajaran mereka.
Sumber: mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Licin Tanpa Cela Dengan Satu Sentuhan, ‘Cushion Foundation’ Dari Korea Dengan Formula NEO Wajib Miliki.
Isi Kandungan
ToggleBagi seseorang yang gemar melakukan solekan dan mencuba produk baharu, menyedari pelancaran baharu dalam industri solekan adalah satu kemestian.
Satu produk sedemikian, yang mungkin bukan baharu tetapi masih mendapat sambutan hangat, ialah ‘cushion foundation’. Beberapa tahun dahulu ‘cushion foundation’ hanya dikenali dalam industri kecantikan Korea. Bagaimanapun, ia telah menjadi ruji kecantikan bukan sahaja di Korea tetapi di seluruh dunia. Perumusan sedemikian rupa sehingga ia telah membawa perubahan besar dalam cara orang melihat asas dan menjadikan hidup mereka lebih mudah.
Dengan jenama menghasilkan produk yang bergaya dan berkesan dari semasa ke semasa, ia bukan hanya mengenai kualiti produk lagi. Ia telah menjadi mengenai teknik, tekstur, keberkesanan dan jangka hayat produk.
Asal ‘cushion foundation’
Beberapa tahun dahulu, konsep ‘cushion foundation’ tidak diketahui! Sukar untuk mempercayai bagaimana asas boleh wujud dalam bekas berbentuk padat dengan span kusyen yang membawa produk.
Jika anda seorang peminat K-beauty, anda mesti sedar tentang jenis inovasi yang disertakan dengan pembangunan produk mereka. Trend penjagaan kulit seperti rutin penjagaan kulit 10 langkah, ‘cushion foundation’ ialah satu lagi trend K-beauty untuk digunakan! Formula asas dalam kompak mula-mula difikirkan oleh orang Korea lebih 10 tahun yang lalu dan baru-baru ini negara-negara lain telah mengambilnya dan malah cuba menghasilkan versi mereka sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahan Peluh 24Jam! 7 Sebab ‘Cushion Foundation’ Ini Menjadi Pilihan Kecantikan Gadis Korea
Tiba-tiba menjadi trend
Ia bukan hanya tentang satu trend lagi! Peminat penjagaan kulit telah mengikuti industri K-beauty untuk sekian lama, tidak hairanlah banyak solekan dan trend kecantikan muncul dari Korea. Mereka telah mewujudkan reputasi yang kukuh untuk membawa perubahan yang inovatif, praktikal dan mesra pengguna kepada industri kecantikan.
Dengan ‘cushion foundation’, kebanyakan gembar-gemburnya terletak pada cara produk dibungkus dan pelbagai faedahnya. Botol bedak asas kelihatan mempunyai sarung padat yang memastikan tiada tumpahan produk, keselesaan dan mudah digunakan, ‘cushion foundation’ tidak diragukan lagi sesuai untuk digunakan. Juga, ia menjimatkan anda daripada pembaziran produk. Bayangkan menekan kusyen dan mendapatkan seberapa banyak produk yang diperlukan. Hasilnya, ia menghalang solekan mengelupas dan ia kelihatan bersih dan semula jadi.
Petua pro: Cari jenama yang boleh memberikan sampel untuk melakukan ujian tampalan sekali supaya anda pasti melabur dalam produk bersaiz penuh.
Menyempurnakan ‘cushion foundation’ anda
Ingat bahawa ‘cushion foundation’ dibina untuk memberikan litupan yang sederhana. Sekiranya anda mempunyai bintik hitam dan hiperpigmentasi untuk disembunyikan, liputan perlu dibina. Anda sentiasa boleh menggunakan ‘cushion foundation’ sebagai alas dan sapukan lapisan nipis asas cecair anda untuk membina litupan yang sempurna. Selain itu, pengadunan adalah kuncinya! Walau bagaimanapun, yakinlah bahawa ‘cushion foundation’ tidak akan memberikan rasa berat atau bercapuk pada rupa.
Petua Pro: Pilih warna asas yang sesuai untuk warna kulit. Ini adalah salah satu peraturan paling asas yang digunakan semasa memilih produk.
Manfaat 2 dalam 1
Kita semua telah mendengar tentang bagaimana ‘cushion foundation’ boleh menjadi penting semasa cuba mencapai rupa solekan yang sangat mudah. Ia jauh dari bedak tradisional dan asas cecair yang telah digunakan oleh orang ramai selama berabad-abad.
Fikirkan ‘cushion foundation’ sebagai mempunyai manfaat krim BB atau CC, dalam pembungkusan padat dan mudah alih, yang tidak memerlukan serbuk tetapan terlalu banyak untuk disimpan di tempatnya. Ia adalah span di dalam yang menyimpan produk dan melepaskannya apabila ditekan perlahan.
Petua Pro: Hanya sapukan pada seluruh muka menggunakan gerakan lembut dan biarkan ia meresap. Ia mengambil masa beberapa saat untuk diserap.
Mudahnya dengan ‘cushion foundation’
Ia mesra perjalanan! Didatangkan dalam pembungkusan padat yang boleh dimuatkan ke dalam beg tangan dan cengkaman terkecil. Bukan sekadar asas, tetapi juga mempunyai manfaat penjagaan kulit dan perlindungan dari matahari. Malah ada yang datang dengan faedah anti-penuaan. Tak membazir kerana ia kalis tumpahan dan mengelakkan bekas daripada bocor.
Teksturnya yang berkrim ringan pada kulit dan sangat mudah untuk dicampur.
Banyak ‘cushion foundation’ boleh diisi semula. Ya! Anda tidak perlu menanggung semua rasa bersalah tentang menggunakan begitu banyak produk. Span yang digunakan kebanyakannya direka bentuk untuk menjadi anti-bakteria dan dibungkus dalam bekas kedap udara. Ia tidak mengelupas, cepat diserap dan tidak memerlukan bedak tetapan menyelamatkan anda daripada lapisan solekan. Wow!
Petua pro: Anda boleh basahkan span dengan sedikit air atau kface mist untuk pengadunan yang lancar.
Sebelum Membeli Cushion Foundation, ingat tip ini
- Ia mungkin lebih mahal sedikit daripada jenama asas biasa.
- Jika anda seorang yang memerlukan liputan tinggi, produk ini mungkin tidak memenuhi tujuannya.
- Terpaksa menggunakan semula span yang sama boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Fakta bahawa span di dalam sentiasa berhubung dengan produk boleh menyebabkan masalah kebersihan.
Petua pro: Pastikan untuk membersihkan atau menukar span di dalam produk pada selang masa yang tetap.
“HEY NEO, WHY SO GREY?”
Masa yang sukar dan gelap telah berlalu dan kita melihat sinar harapan untuk masa yang lebih baik. Koleksi NEO Cushion X Maison Kitsuné diilhamkan oleh matahari yang baru terbit dari fajar gelap, kelabu gelap mewakili bandar kelabu gelap, dan oren mewakili cahaya oren harapan, menyampaikan mesej harapan yang menghiburkan orang ramai dalam masyarakat yang letih hari ini .
Berikutan kejayaan kerjasama pertama, Laneige memperkenalkan projek keduanya, membawa keterujaan kepada peminat kecantikan dan fesyen dengan kerjasama edisi terhad kedua mereka, yang dicipta di bawah tema baharu, “HEY NEO, WHY SO GREY?”. Laneige bekerjasama dengan Maison Kitsuné, jenama Paris-meets-Tokyo yang pelbagai rupa, dan mengeluarkan NEO Cushion X Maison Kitsuné yang menampilkan NEO Cushion Matte yang paling laris.
Kusyen NEO ini dilahirkan semula dalam warna kelabu gelap baharu dan selongsong oren dengan ilustrasi lucu “Chillax Fox”, logo ikonik Maison Kitsuné. Kerjasama Laneige x Maison Kitsuné menampilkan 2 warna NEO Cushion Matte yang paling laris, 21N dan 23N. Minimalisme memenuhi kefungsian sepenuhnya, barangan dalam kerjasama itu menampilkan beg eko empuk Chillax Fox dan beg silang yang muat NEO Cushion terus ke dalam beg silang, sesuai untuk membawa kedua-dua kusyen dan telefon pintar.
Kusyen pertama jenama yang didatangkan dengan penapisan cahaya biru yang diperakui yang dikuasakan oleh Titanium Dioksida. Di samping formulasinya dengan SPF 42 PA++ (NEO Cushion Matte) & SPF 50+ PA+++ (NEO Cushion Glow), NEO Cushion juga melindungi kulit daripada kerosakan dan pendedahan matahari.
Selain itu, reka bentuk ringkas kusyen menyerupai blok monolitik tunggal, memberikan pelanggan rasa keseronokan estetik, manakala reka bentuk tanpa sempadan 360 darjah bersepadu tanpa sempadan depan dan belakang menjadikannya mudah dikendalikan. NEO Cushion Matte juga didatangkan dengan Struktur Isi Semula Berputar Satu Sentuhan yang Inovatif, menjadikannya mudah untuk diisi semula dengan hanya satu putaran, menjadikannya fleksibel untuk kedua-dua pengguna kidal dan tangan kanan untuk menukar arah kusyen.
Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mencari kusyen tahan peluh, anda boleh memilih NEO Cushion Matte yang membantu menghasilkan kulit yang sempurna dengan satu sentuhan. Manakala bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan mencari rupa kemasan berembun, anda boleh memilih NEO Cushion Glow yang membantu menghasilkan kulit yang bersinar seperti prisma selama 24 jam. Kedua-dua Matte dan Glow datang dalam 7 warna
NEO CUSHION MATTE
- Ultralight, Natural Matte Fit
NEO Cushion Matte memberikan kemasan ultra ringan dan semula jadi, sesuai untuk setiap hari. Ia diselitkan dengan Serbuk Ultralight yang menyembunyikan liang-liang dan ketidaksempurnaan.
- Liputan Penuh Tahan Lama 24Jam
NEO Cushion Matte didatangkan dengan formula ringan yang melekat halus pada kulit dan memastikan solekan tahan lama. Hanya satu hingga dua lapisan sapuan sudah cukup!
- Tahan Peluh sepanjang hari
Diformulasi dengan Teknologi Humid DefenseTM untuk menawarkan liputan tahan lama sambil turut membantu menguruskan sebum berlebihan. Formulasinya menyenangkan untuk dipakai dan memberikan kulit yang licin, tanpa cela, terutamanya dalam keadaan panas dan lembap.
ARTIKEL BERKAITAN: Foundation Terlalu Cerah Dari Rona Wajah? Ini Cara Perbaikinya. Teknologi Neo Semunya Mudah!
NEO CUSHION GLOW
NEO Cushion Glow ialah kusyen kemasan berseri yang dirumus dengan Liquid DiamondTM. Serbuk berlian cair yang unik diproses untuk menjadikan kulit berseri-seri dari setiap sudut. Teknologi tahan dewy, untuk menghidrat dan mencerahkan, membolehkan sifat penghidratan yang terdapat dalam formulasi diserap ke dalam kulit sebelum pigmen, yang menghasilkan kemasan yang selesa dan berembun. Ia juga diselitkan dengan niacinamide yang mencerahkan kulit dan True Color SolutionTM yang mencipta kulit cerah yang bertahan sehingga 12 jam tanpa menggelapkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI