Kecantikan

Memang Rimas Bukan Bila Ada Jeragat Pada Kulit Wajah? Ketahui Punca Jeragat ‘Hinggap’ Pada Kulit Wajah

Share

Selalunya antara masalah utama menyumbang wajah tampak berusia ialah disebabkan oleh kemunculan melasma atau juga dipanggil jeragat atau pigmentasi. Walau pun jeragat tidak membahayakan namun ia jelas menganggu penampilan diri. Tentunya ia mengundang rasa kurang selesa buat mereka yang mengalaminya.

Photo by Houcine Ncib on Unsplash

ANTARA PUNCA TERJADINYA JERAGAT PADA KULIT WAJAH

Selain jerawat, masalah jeragat pada kulit wajah juga boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Ia sukar untuk dihilangkan dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik. Jeragat atau ‘melasma’ pada kulit wajah adalah salah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi di kalangan penduduk Asia umumnya.

Ia merupakan di antara 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara 20 hingga 50 tahun. Jeragat kerap muncul di bahagian kulit wajah seperti di bahagian pipi. Namun, terdapat juga yang mengalaminya di bahagian hidung dan dahi.

Photo by Anna Shvets from Pexels

Melasma boleh dibahagikan kepada Melasma Epidermal yang berada di lapisan kulit dan Melasma Dermal berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat pada kulit wajah tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan membawa kepada kanser kulit. Mungkin anda kurang pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat ada pada kulit wajah.

Berikut dikongsikan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya jeragat pada kulit wajah. Penyebab utamanya masih belum dapat dipastikan sehingga kini, namun pakar kulit sependapat bahawa kehadiran jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap ‘melanoctes’. Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat mekap yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat pada kulit wajah.

Photo from Ann Nekr from Pexels

Keturunan
Akibat daripada genetik.

Sifat jeragat ini tidak gatal, tidak disebabkan oleh jangkitan kuman serta tidak berjangkit. Namun, sebagai wanita yang sememangnya sinonim dengan kecantikan, ia pastinya akan menggusarkan hati.

Selalunya ramai yang menutup jeragat pada kulit wajah dengan solekan yang tebal. Rasa kurang berkeyakinan apabila keluar tanpa sebarang calitan mekap pada kulit wajah. ia hanya bersifat sementara sahaja. Apa yang penting anda berusaha untuk merawatnya.

HIJABISTA: Krim pelindung UV sepatutnya digunakan sejak remaja. Jika anda menggunakannya dari muda, ia bukan sahaja boleh mengelak masalah pigmentasi pada hari tua, malah mengekalkan kandungan kolagen daripada dirosakkan oleh UV matahari.

Sumber kredit: Haus Cosmestics Nickfieyra Top image: Photo by Daniel Xavier from Pexels

Published by
Norhasliza