Kecantikan

Memang Ramai Yang Mengidam Bentuk Wajah ‘V-Shape,’ Wanita Ini Kongsi Caranya

Share

Wajah mungil, dagu yang runcing, dan kulit yang halus dan mulus sering menjadi dambaan wanita. Namun tidak semua wanita yang bertuah dilahirkan dengan pakej lengkap seumpama itu.

Bentuk wajah yang runcing juga dikatakan antara tarikan menarik pada wajah seorang  wanita. Bagi peminat drama Korea, pastinya ramai berasa cemburu melihat bentuk wajah mereka yang tajam dan kelihatan cukup sempurna dalam pelbagai sudut pandangan.

Siapa yang tidak mahu ‘jawline’ atau bentuk wajah yang runcing bukan? Selalunya ramai yang iri hati dengan bentuk wajah ‘V shape’ yang selalunya kita lihat di kalangan model-model.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Namun tidak mustahil untuk kita memiliki bentuk wajah tajam seperti ini. Rahang berbentuk dan terletak memang menjadi impian ramai wanita kerana ketika melakukan ‘selfie’ wajah nampak begitu sempurna.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan bentuk wajah ‘V-shape.’ Melalui perkongsian Dieyaamolek  dikongsikan cara bagaimana untuk mendapatkan bentuk rahang yang ‘tajam.’

KETAP GIGI
Teknik ini boleh membuatkan rahang kita berbentuk cantik. Ketap sahaja gigi sambil menegangkan bahagian bawah muka selama 10 saat. Kemudian lepaskan dan kembali lakukan sebanyak yang kita mampu. Lama kelamaan bentuk wajah kita akan semakin runcing.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

BUAT BIBIR IKAN
Biasanya kita lihat comel sahaja apabila muncungkan bibir seperti ikan. Biasanya ramai yang melakukannya ketika ‘selfie’ dengan rakan-rakan. Sebenarnya tabiat ini dalam masa yang sama boleh membentuk otot di bahagiann rahang anda. Jadi mulai hari ini, buatlah sekerap yang mungkin!

SENYUM
Senyum bukan hanya boleh membangkitkan mood kita tapi boleh menjadi senaman untuk mengejutkan otot-otot muka. Otot dan bahagian muka akan ternaik apabila kita senyum. Rajin-rajinlah senyum selepas ini.

Photo by cottonbro from Pexels

HAPUSKAN TERUS DOUBLE-CHIN
Buang dahulu lemak di bahagian dagu untuk mendapatkan bentuk jawline yang sempurna. Banyak petua hendak hilangkan double chin, antaranya buat senaman putaran leher. Apa yang penting anda perlu rajin dan konsisten melakukannya.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Apabila kita terlebih garam dalam badan, ianya akan membuatkan wajah kita menjadi bengkak dan perut menjadi buncit. Oleh itu amat penting untuk kita mengamalkan pemakanan sihat selain mengelakkan pengambilan makanan segera.

HIJABISTA: Wajah mempunyai saraf halus dan setiap masa saraf itu bergerak aktif. Ia disebabkan pelbagai aktiviti seperti mengunyah, ketawa, tersenyum dan bercakap. Disebabkan aktiviti otot berlaku sepanjang masa, lama-kelamaan, jika wajah tidak diurut bagi membetulkan kedudukannya, wajah akan tampak cepat tua sebelum usia.

Sumber kredit: Dieyaamolek Top image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Published by
Norhasliza