Rekaan corak kertas dinding memang boleh menambah seri pada hiasan kediaman rumah seseorang. Kalau boleh, semua bahagian dalam rumah itu rasanya hendak ditampal dengan kertas dinding.
Namun, menampalnya di dalam tandas adalah sangat tidak digalakkan kerana ia mampu memberi kesan negatif pada kesihatan anda.
Menurut Public Health Malaysia, Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi. Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
Tak sangka sampai begitu sekalikan kesannya pada tubuh badan! Oleh itu sis, berhati-hatilah sewaktu memilih material yang sesuai bagi menghias rumah. Jangan hanya kerana nak cantik, tubuh badan kita pula yang menjadi mangsa.
kredit: Public Health Malaysia