Perkongsian di buat oleh penyanyi serta komposer lagu terkenal dari Indonesia, Melly Goeslaw, menziarahi pusara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isteri, Allahyarhamah Puan Sri Saloma di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Sebaik sahaja dia mendarat, itulah perkara pertama yang dilakukannya di ibu kota Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Pengarah Filem ‘Hantu Dalam Botol Kicap’, Azhari Zain Selesai Dikebumikan
Tindakannya itu adalah suatu tanda penghormatan buat seniman terkenal tanah air yang banyak menghasilkan karya seni yang cukup membanggakan Malaysia. Melly juga ingin menzahirkan rasa syukur atas sumbangan karya Allahyarham yang banyak membantu pencinta seni berkarya.
Di temu bual bersama Harian Metro, Melly juga menjelaskan tentang penganjuran konsert yang bakal di lakukan di Kuala Lumpur. Katanya, perkongsiannya itu sedikit sebanyak menjadi tanda penghargaan dan cinta atas karya seniman tersebut.
“Sudah lebih dari 10 tahun kami tidak ke Kuala Lumpur. Banyak yang ‘meminang’ saya untuk mengadakan konsert di sini. Tapi, rasa kagum saya terhadap Almarhum P Ramlee, membuat saya berfikir sangat panjang,
“Saya ingin mendapat rakan yang sejiwa dengan keinginan saya dalam konsep dan segalanya. Terlalu kagum saya dengan ilham ‘genius’ dalam karya-karya seninya dan kisah semasa hidup Almarhum yang amat menginspirasi saya dalam bermuzik,” tulisnya.
Melly juga mengenali darah campuran P. Ramlee adalah dari keturunan Aceh. Dia juga berkata tidak pernah berjumpa namun energi serta jiwa yang diletakkan pada setiap karya dapat dirasakan.
“Doa tulus dari kami untuk Almarhum dan Almarhumah yang bagi saya, meskipun tidak pernah kenal secara langsung tapi punya energi yang sama dalam menghasilkan sebuah karya dan menginginkan karya-karya ini kelak bisa dikenang sebagai sesuatu yang indah di kehidupan selamanya Al-Fatihah,” tulisnya.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.