Selebriti Indonesia, Melly Goeslaw menunjukkan keprihatinannya terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Bukan sahaja memberi sokongan melalui doa, Melly Goeslaw turut melakukan tindakan dengan mengumpul dana.
Melly Goeslaw, atau lebih dikenali sebagai Teh Melly mengumpul dana hasi jualan barangan peribadinya.
Hasil jualan barangan kesayangannya itu didermakan untuk rakyat Palestin.
“Saya memberikan 100 peratus hasil jualan untuk membantu Palestin melalui @abumuslim_gaza,” kongsi Melly.
Tidak mengambil masa yang lama, hanya dalam masa beberapa jam hasil yang diperolehi cukup hebat.
“Terima kasih kepada semua yang telah membeli. Setiap orang mampu membantu saudara-saudara kita di Palestin,” tulis Melly.
Melly turut mengajak para pengikut di Instagramnya untuk menghulurkan bantuan kepada Palestin termasuk berdoa.
Dia turut mengingatkan agar mereka tidak hanya mengkritik pihak yang cuba menghulurkan bantuan.
“Kalau ada rezeki lebih, boleh asingkan rezeki untuk mereka. Kalau tiada, masih ada solat yang boleh dilakukan oleh sesiapa dan agama mana pun.
“Kalau susah nak doakan Palestin sekurang-kurangnya diam, jangan buat bising.
“Bersyukurlah, keadaan kita jauh lebih baik dan selamat daripada mereka,” pesan Melly.
Bukan sahaja Melly, beberapa artis dan pempengaruh Indonesia turut menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin.
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pembahagian Harta Melibatkan Hal Sensitif Dan Emosi. Hijabi Ini Nasihatkan Perlu Ada Bersikap Berlapang Dada.
Bukan mudah untuk melalui detik pahit dalam hidup apabila kita kehilangan orang kita sayang. Menangung perasaan dan tanggungjawab yang baru juga perkara yang perlu ditempuh untuk menjalani hidup seharian.
Bagi anda yang mempunyai keluarga yang faham dan dapat rasa pasti akan mengerti. Isu harta ini tidak akan timbul apabila kita ada persefahaman antara kesemua pihak. Bukan semua orang bersedia untuk meninggalkan wasiat ataupun perjanjian sebelum meninggal dunia. Pastinya ajal maut semua di tanganNya.
Hal berkaitan harta pusaka dan perwarisan adalah hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, kecewa dan kerapkali menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sedangkan ia boleh diuruskan secara rasional dan logik.
Ikuti pengalaman perasaan Puan Norsa’adah Ahmad, dalam menguruskan harta pusaka ayahnya berada di dalam bilik pusaka kecil untuk membicarakan mpembahagian harta. Sesi bicara Pusaka Kecil bertujuan mengesahkan beberapa perkara penting tentang pusaka si mati. Ia tidak membincangkan tentang orang yang didakwa atau dibela. Jadi, tidak perlu takut. Seorang pegawai bicara dilantik sebagai pemudah cara. Beliau bertindak seperti seorang hakim. Tugasnya bukan meletak hukum dalam bilik bicara.
Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil:
1. Berusaha untuk hadir jika anda adalah waris Faraid
Bagi keluarga besar seperti saya, perkongsian maklumat sangat penting. Pejabat pusaka menghubungi saya melalui telefon dan tidak menghantar surat. Kemudian, saya terus memaklumkan tarikh berkenaan kepada semua waris. Semua waris yang terlibat juga berada di Malaysia. Jadi lebih mudah untuk mereka hadir. Namun begitu, seorang kakak saya tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Sekurang-kurangnya dua orang mesti hadir iaitu pemohon dan seorang lagi waris untuk mengesahkan hasil perbicaraan. Pemohon ialah orang yang menghantar permohonan pentadbiran harta pusaka kecil.
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, pastikan beliau tahu maklumat harta pusaka si mati dan hak beliau dalam tuntutan pusaka berkenaan. Waris yang tidak hadir perlu mengisi Borang DDA (Persetujuan Pembahagian). Borang ini boleh dihantar semasa sesi bicara atau dihantar kemudian.
2. Berbaik sangka dengan pegawai bicara
Tugas pegawai bicara adalah sebagai pemudah cara dan beliau yang akan mengeluarkan keputusan hasil perbicaraan. Pegawai bicara seorang yang berpengalaman. Semasa sesi kami, pegawai yang ditugaskan ialah Ketua Penolong Pengarah. Beliau sendiri sudah mengendalikan begitu banyak sesi yang serupa.
Dengar dengan teliti perkara yang disampaikan oleh pegawai bicara. Mungkin ada maklumat dalam permohonan yang tidak diketahui oleh waris lain atau salah seorang waris. Oleh sebab itu, berikan perhatian kepada perbincangan.
Sebagai pegawai bicara beliau berhak meneruskan atau menangguhkan sesi jika ada hal yang tidak dapat diselesaikan dalam sesi berkenaan. Sesi dimulakan dengan mengesahkan kehadiran waris. Kemudian kami diminta mengangkat sumpah bahawa pengakuan kami adalah benar.
3. Mengetahui susur galur ibu bapa dan moyang
Pegawai bicara seterusnya bertanya kepada pemohon tentang si mati dan susur galurnya. Adakah ibu dan bapa si mati masih ada. Adakah datuk dan nenek si mati masih ada. Beliau ingin memastikan bahawa tiada waris yang tertinggal.
Dalam kes kami, ibu juga sudah meninggal dunia sebelum harta pusaka bapa dibahagikan. Jadi, pegawai bicara turut mengesahkan susur galur ibu. Mengikut Faraid, ibu, bapa dan isteri si mati adalah waris Faraid jika mereka masih hidup selepas kematian si mati.
Memandangkan ibu kami sudah meninggal dunia, maka bahagian Faraid beliau dipersetujui bersama untuk dibahagikan terus kepada semua waris lain. Ini adalah kes kami sendiri. Pegawai bicara memutuskan demikian kerana waris ibu juga adalah sama.
Sekiranya berlaku hal serupa dalam keluarga lain iaitu kematian waris sebelum sempat harta pusaka dibahagikan, maka prosesnya mungkin berbeza apabila senarai waris bagi kedua-dua si mati berlainan. Ia akan menjadi pembahagian pusaka berlapis.
4. Berlapang dada dalam kalangan waris
Seterusnya pegawai bicara menyebutkan senarai harta pusaka tak alih dan harta pusaka alih. Harta pusaka tak alih adalah tanah dan rumah. Harta pusaka alih ialah tunai seperti wang simpanan dan pelaburan serta kenderaan. Harta tak alih ini sudah diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian. Manakala, harta alih pula dinilai mengikut jumlah semasa dalam penyata bank atau buku simpanan.
Semua dokumen asal mesti dibawa semasa perbicaraan untuk pengesahan. Dokumen ini akan dipulangkan semula selepas bicara. Pejabat Pusaka Kecil hanya mengendalikan kes tuntutan harta pusaka bernilai kurang RM2 juta. Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta, ia akan ditolak dan perlu ditadbir melalui Mahkamah.
Dalam sesi ini, semua waris yang hadir akan mengetahui nilai pusaka si mati. Pegawai bicara juga akan mengira bahagian setiap waris mengikut Faraid bagi orang Islam. Jika bukan Islam, hak pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958.
Setelah mengetahui hak masing-masing mengikut Faraid, pegawai akan bertanya tentang persetujuan pembahagian. Tuan Pegawai kami mengingatkan tentang hak Faraid dan dalam Islam tidak menghalang keputusan muafakat dan tolak ansur.
5. Tidak menafikan hak waris Faraid
Secara asasnya, kami faham hak masing-masing mengikut Faraid. Namun, bagi memudahkan urusan pindah milik aset pegawai bicara meminta kami memutuskan nama waris yang akan diletakkan dalam geran. Geran rumah khususnya, tidak boleh menyenaraikan semua waris sebagai pemilik. Namun, nama semua waris boleh dimasukkan dalam geran tanah.
Ketika ini keputusan muafakat diperlukan. Jika tiada muafakat, sesi bicara akan ditangguhkan kerana tiada keputusan boleh dibuat. Akibatnya, urusan pembahagian pusaka akan berpanjangan. Dalam masa yang sama, jika ada dalam kalangan waris yang tidak mahu mengambil bahagian mereka, waris berkenaan boleh menyatakan demikian semasa sesi bicara.
Begitu juga dengan pemilikan kenderaan. Seorang waris perlu dinamakan untuk menerima kenderaan pusaka bagi menguruskan hal pentadbiran aset ini. Bagi kami, orang yang dinamakan adalah pemilik seterusnya.
Bagi urusan tunai pula, pegawai bicara boleh mengeluarkan arahan supaya wang tunai dikeluarkan kepada setiap waris atau kepada wakil waris. Sekiranya waris melantik wakil, pegawai mengingatkan ia adalah atas dasar PERCAYA. Wakil ini bertanggungjawab mengagihkan kepada semua waris mengikut persetujuan dan hak masing-masing.
Semua yang hadir berhak menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan pembahagian dan keputusan yang dibuat. Semakin banyak konflik dan pertentangan, maka proses perbicaraan semakin rumit dan meletihkan.
Waris yang hadir juga perlu menyedari hak waris yang tidak hadir serta berlaku adil kepada beliau. Waris yang tidak hadir akan menyerahkan Borang DDA yang sudah diisi. Kandungan borang ini mesti sama dengan keputusan semasa perbicaraan. Sekiranya, ada perbezaan perbicaraan akan diulang semula.
6. Tenang dan cuba bersikap rasional
Menurut pengalaman peribadi, saya berpendapat sesi bicara kami berjalan lancar. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman berbeza. Seperti yang saya nyatakan di bahagian awal artikel ini. Ia suatu proses yang melibatkan hal sensitif dan menyentuh emosi.
Namun, kita kembali kepada tujuan asal iaitu ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan cepat, lancar dan mudah. Selain daripada itu, kita tidak mahu nilai ekonomi harta pusaka beku atau tidak boleh dimanfaatkan ke jalan yang baik.
Cuba bersikap rasional dan fokus kepada perkara yang dibincangkan dalam Bilik Bicara. Hal lain yang tidak berkaitan boleh dibincangkan di luar sesi.
SUMBER: Puan Norsa’adah Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Covid-19 Dikategorikan Sebagai Pandemik, Ini Segala Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik.
Bagi pengetahuan semua, pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
Perkara itu telah diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi pertubuhan itu, yang antara lain menyatakan penilaian terkini dibuat setelah memantau penularan dan kemudaratannya.
“WHO telah menilai penularan ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudaratannya, juga mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi.
“Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut info grafik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pandemik merujuk kepada wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia hingga merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Selain kejadian wabak yang merentasi wilayah, pandemik mempunyai beberapa ciri-ciri umum yang menarik.
Salah satu ciri pandemik adalah ia melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat. Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) di mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut. Ciri ini memudahkan penyakit ini merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Dari kisah sejarah, kejadian Black Death atau Maut Hitam adalah contoh pandemik yang meragut jutaan nyawa di Asia dan Eropah di antara kurun ke-14 sehingga 17. Hampir dua pertiga penduduk dunia menemui ajal dijangkiti kuman penyakit hawar iaitu Yersinia pestis, yang dibawa oleh tikus.
Penularan pandemik ini turut dibantu oleh faktor pergerakan manusia dan kewujudan persamaan faktor persekitaran. Sebagai contoh, nyamuk Aedes yang merupakan vektor untuk penyakit demam kuning (Yellow Fever) boleh dijumpai di negara Brazil dan Malaysia. Sekiranya tiada undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin demam kuning ini, Malaysia amat berisiko untuk mendapat wabak demam kuning dari negara Amerika Latin tersebut.
Oleh itu, sentiasalah mengambil langkah berjaga-jaga pada waktu sekarang dan jangan pentingkan diri sendiri. Utamakanlah kesihatan anda dan seboleh-bolehnya elakkan berkunjung ke tempat yang menjadi tumpuan ramai. Sama-samalah kita berdoa kepada Tuhan agar masalah penularan wabak ini akan pulih segera. Amin.
kredit: astro awani, kementerian kesihatan malaysia, mmgazette
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alamak Malasnya Nak Buat Kerja? Ini Cara Yang Anda Boleh Ikuti Dari Dato Dr Fadzilah Kamsah!
“Arghh! Sakitnya badan, malasnya nak buat kerja tapi kena buat juga…”
Pernah atau tidak anda rasa bangun pagi dan rasa malas sangat nak buat kerja? Jadi, tidak dinafikan rasa malas dan menangguh kerja semestinya dirasakan oleh semua orang kerana itu adalah komitmen yang perlu di lakukan. Tidak salah untuk anda memberi masa sedikit untuk diri sendiri supaya lebih tenang. Akan tetapi jika anda berhenti terlalu lama pasti akan menyebabkan anda menangguh kerja dan menyusahkan orang sekeliling.
Artikel Berkaitan: Dapat Siapkan Kerja Awal Setiap Hari! Ayuh Cuba Bangun Seawal 5 Pagi Ada Manfaatnya
Tidak dinafikan sikap malas dan tangguh kerja sememangnya akan dilalui oleh semua orang namun kerja perlu diteruskan kerana itu merupakan satu komitmen. Tak salah sebenarnya memberi sedikit masa untuk diri sendiri agar lebih tenang tetapi jalan terlalu lama sehingga menangguh kerja dan menyusahkan orang lain.
Bagi mengelakkan sikap tangguh kerja dan malas berterusan, ikuti nasihat yang diberikan oleh Pakar Motivasi Negara, Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah di laman Facebooknya. Ini adalah 7 cara untuk anda elak sikap tangguh kerja & malas, tetap bersemangat:
7 CARA ELAK SIKAP TANGGUH KERJA & MALAS!
1. Mulakan dengan niat yang baik
Setiap muslim yang berada di muka bumi ini disarankan untuk berdoa. Berdoalah di dalam hati “Ya Allah lancarkan segala tugasku hari ini. Berikan aku ilham dan kekuatan menempuhi apa juga cabaran buat diriku.” Minta la pada Allah untuk permudahkan segalanya.
2. Mengutamakan tugas dahulu
Pada setiap pagi, jangan lupa untuk menyenaraikan segala tugas yang anda perlu lakukan. Seperti saya, saya akan senaraikan apa yang perlu dibuat dahulu. Lihat berapa jam tempoh anda bekerja dan isi masa tersebut. Mengikut keutamaan tugas tersebut.
3. Elakkan Multitasking!
Multitasking atau buat kerja yang banyak dalam satu masa yang sama. Walaupun anda seorang yang cekap dan cepat pastikan anda menyelesaikan kerja dalam satu masa. Kadang-kadang kita akan terbeban dengan banyak informasi atau kerja!
4. Hadiahkan diri sendiri
Jika anda terlampau sibuk dengan kerja dan rasa malas pastikan untuk hadiahkan diri anda hadiah. Ini dapat membantu untuk anda rajin buat kerja. Selain itu, hadiahkan diri dengan setiap kali 1 jam anda bekerja, rehatlah 15 minit. Bangun dari tempat duduk kerja anda dan bergerak. Pergi bancuh kopi atau melihat tumbuhan. Cuci muka dan sebagainya!
5. Maafkan diri sendiri
Kadang-kadang sikap tertangguh ini berpunca dari anda rasa serba salah. Ini kerana anda tidak memulakan kerja dengan lebih awal. Bila sudah terlewat pasti akan menyebabkan diri anda malas dan tidak mahu buat bersungguh-sungguh
6. Tutup notifikasi telefon pintar!
Cabaran utama buat kita adalah fokus yang tinggi. Handphone merupakan barang yang mampu menghalang fokus anda terhadap kerja. Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah buat mod senyap atau letak pada mod focus untuk telefon pintar anda. Ambil masa sedikit untuk melihat jika tiada sebarang kecemasan dan untuk anda tengok sosial media. Pastikan hadkan masa anda.
Artikel Berkaitan: Paras Seluar Panjang Yang Ideal, Guru Imej Ini Kongsi Tip Buat Wanita Berkerjaya
Jadi marilah kita semua melakukan tugas dengan bahagia dan juga cerita! Pastikan hari anda lebih produktif dan bekerja dengan lebih semangat. Apabila kita bersungguh dalam melakukan pekerjaan, insyaAllah rezeki juga akan masuk dengan lajunya! Amin.
Sumber: Facebook Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI