Neelofa terus melakar nama dalam dunia fesyen melalui kolabrasi pelbagai jenama antarabangsa. Ternyata gaya hijabnya melirik deria pandang global untuk menjadikan selebriti ini sebagai ikon fesyen hijab terus unggul hingga ke saat ini.
Selain menjadi selebriti pertama Malaysia yang menerima undangan menonton acara pertunjukan fesyen Versace di Milan, Itali bersempena Minggu Fesyen Milan, Neelofa turut melahirkan rasa teruja kerana turut menerima undangan bagi acara pertunjukan fesyen Bottega Veneta.
Memilih siluet yang agak ringkas, Neelofa menggayakan persalinan monokrom dengan padanan akhir tas tangan berona krim dengan solekan tanpa mekap (no make-up look).
“Agak gementar untuk menggayakan stail berkenaan. Tetapi saya yakinkan diri. Alhamdulillah, respons sangat positif daripada PR team Bottega dan orang ramai,” katanya.
Tambah Neelofa, topi sama warna yang dipakai ketika menghadiri acara tersebut merupakan hasil kreativiti jurugayanya, Colin Sim yang mereka sendiri item berkenaan.
Bermula dari hari pertama menghadiri pentas fesyen bersama jenama-jenama terkenal, jom melirik gaya fesyen dan hija yang digayakan Neelofa.
1. MAXMARA
2. PRADA