Anda tidak perlu rasa takut untuk mencuba mandian ais kerana ia sememangnya memberikan banyak manfaat pada tubuh badan kita terutama buat mereka yang gemar bersenam atau yang bergelar atlet.
Jom kita lihat 5 kebaikan mandian ais pada tubuh badan kita!
Melegakan sakit dan sendi otot
Faedah terbesar daripada mandian ais ialah ia membuatkan tubuh kita bertambah sihat. Menurut Heathline, setelah melakukan senaman yang kuat, rendaman sejuk dapat melegakan otot yang sakit dan terbakar.
Membantu sistem saraf pusat anda
Mandian ais dapat membantu sistem saraf pusat anda dengan membantu anda dapatkan ttidur yang lebih nyenyak. Kesannya, anda merasa lebih baik dan kurang rasa letih.
Mengehadkan tindak balas keradangan
Penurunan suhu persekitaran selepas bersenam membantu mengawal tindak balas keradangan, mengurangkan keradangan dan membantu anda pulih dengan lebih cepat.
Mengurangkan kesan panas dan kelembapan
Mengamalkan mandian ais boleh mengurangkan kesan panas dan kelembapan. Mandi ais sebelum memulakan perlumbaan yang panjang dapat meningkatkan prestasi kita dalam aktiviti tersebut.
Melatih saraf vagus anda
Saraf vagus dihubungkan dengan sistem saraf parasimpatis dan melatihnya agar dapat membantu anda menghadapi situasi tekanan dengan lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI