Eropah adalah sebuah benua yang terdiri daripada 50 buah negara. Antara negara yang terkenal di benua Eropah, England, Perancis, Jerman, Belanda, Italy, Switzerland, Sepanyol, Portugal, Poland, Republik Czech, Rusia dan banyak lagi.
Namun untuk jelajah kesemua tempat ini, mungkin ada beranggapan memerlukan wang dan bajet yang besar. Sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri apabila berhajat untuk melancong, anda perlu ada ‘goal’ dalam percutian yang diimpikan. Sama ada anda dalam golongan yang bermewah atau anda dalam golongan yang mementingkan bajet, tetapi pengalaman yang meluas. Jom mulakan sekarang!
Melancong tanpa rabak poket
Tertarik dengan perkongsian lelaki ini, hijabista bawakan pengalaman Faiz Dickie seorang pempengaruh media sosial yang berkongsi pengalamannya melancong di 6 negara Europah, 12 lokasi terpilih dalam tempoh 12 hari dengan bajet tak lebih dari 7K. Menarik bukan!
Penginapan penting untuk berehat
Merancang kembara anda perlu ada kata sepakat, sekiranya pergi dalam bentuk kelompok. Jika kembara secara solo kebarangkalian bajet keseluruhan berbeza, bergantung pada perancangan. Mengikut perkongsian lelaki ini kembara mereka secara kelompok iaitu seramai 4 orang. Pilihan hotel penting untuk berehat bagi memulakan perjalanan pada keesokan harinya. Jom kita lihat idea penginapan Faiz Dickie dan rakan-rakan.
1. Total spending kami untuk 12 malam kat Europe adalah RM6678 bersamaan RM550 per nite. RM550/nite bahagi 4 orang = RM139/pax/nite sahaja.
2. Semua hotel & airbnb yg kami pilih adalah proper hotel with ensuit bathroom & kitchen. Paling best semua walking distance <15 minit je dari main train station.
Pic 2 & 3 : Munich, Germany (Bayer’s Boardinghouse Und Hotel – RM731/nite). Bilik untuk 4 orang, 1 queen bed & 1 sofa bed. Ada pantry kecil dan toilet ada bidet! Tu yang penting senang i nak cebok!
Hotel ni kat area muslim, so banyak kedai halal dan terletak 5-10 minit je dari Munich HBF. Nak gi city center jalan je dalam 25 minit. Overall 7.5/10!
Pic 4 & 5 : Salzburg, Austria (A&O Salzburg Hauptbanhof – RM535/nite). Bilik ada 1 queen bed + 1 double decker. Bilik sempit, malap tapi bersih. Tapi lobi besar, luas and cantik.
Ok la stakat untuk tido sebab murah and dekat ngan train station. I bagi 6.5/10!
Pic 6 & 7 : Vienna, Austria (Hotel Pension Baronesse – RM400/nite). Hotel ni jauh sikit dari main train station, kene naik public transport dalam 30 minit. Hotel dia very klasik tapi selesa, agak luas and murah.
Kat sini lah aku jumpa receptionist yang boleh cakap BM, ghopenya bekas student SEGI uni. Vienna hotel mahal ya so this one good enough. Aku bagi 7.5/10!
Pic 8 – 10 : Ljublana, Slovenia (Boutique Hotel Asteria – RM508/nite). Hotel dia cute and cantik. 15 minit je dari bus station & city center. Bilik tak besar tapi selesa.
Reception friendly and helpful. Yang best, siap dapat breakfast free untuk 4 orang! Yang ni aku bagi 8.5/10!
Penginapan PALING MURAH & PALING MAHAL Di Europe
Terkinjat kami bila dapat apartment 2 bilik + dapur dengan harga murah camni. Divide 4 orang baru RM50 je satu malam wei. Apartment besar, bersih and selesa. Paling best, 15 minit walking dari bus terminal & city center.
Overall aku bagi 9/10!
Ads
Antara semua lokasi, Venice paling mahal sebab kitorang dok kat atas pulau but this airbnb antara yang paling murah, cantik and conveniently located yg kami jumpa.
Apartment 2 bilik, with separate hall & kitchen pastu bilik air besar and ada bidet! Lokasi plak dalam 5 minit je dari tren station & 15 minit dari bus station Tronchetto. So takdelah rengsek nak seret beg luggage. Cuma apartment tingkat 3 so senak jua rektum nak mengusung beg ke atas haha
I bagi 9.5/10!
Overall: Bajet kitorg untuk accom kat Europe adalah RM200/pax/nite so since kitorg 4 orang, bajet max untuk hotel adalah RM800/nite SHJ. So kitorang play around ngan budget tu. Mana lokasi & negara yang murah (cam Croatia), kitorg try amik hotel yang paling mur under budget so that budget yang lebih tu kita carry forward ke lokasi yang mahal cam kat Venice cenggitu.
TIP PILIH PENGINAPAN:
Set your budget per nite and follow it! Ours was RM200/pax/nite.
Pilih hotel yang murah tapi consider jugak jarak hotel tu ngan public transport punya hub (train station/bus station). Kami prefer hotel yang mahal sikit tapi dekat ngan main station.
By doing point 2, kau jimat duit public transport and masa. Nak ke hotel just menapak je.
Kalau usung beg/luggage, cari hotel yang <20 min jalan kaki dari station. Jangan feeling ya sbb berjalan melenggang dan berjalan tarik luggage 20 kg amat berbeza ye yam!
Pilih lokasi yang tak dodgy/serem sangat. Bukak google/baca review pasal hotel & lokasinya. Kalau dapat lokasi yang ramai muslim, bertuahlah sebab makanan halal bersepah.
Pilihan penerbangan yang tepat dan pengangkutan awam
Sebelum meninjau dengan lebih terperinci kos pengangkutan di Europe, kali ini kembara Faiz Dickie memilih Singapore Airlines. Dia juga memberi gambaran keadaan dan perjalanan awal sebelum menuju ke destinasi. Bagi anda yang pertama kali atau tidak pernah memilih perkhimatan penerbangan ini, jom baca perkongsiannya.
Flight dari KL ke Munich, Germany. Transit 4 jam kat Changi Airport, Singapore.
2. Naik kapal terbang Airbus 350. Seat kitorang berempat belakang skali dekat galley. Flight full and no need pakai mask dah!
3. Harga tiket RM2900++ dengan luggage 25kg with muslim meal. Muslim meal ni kau kene request in advance tau.
4. Check in smooth, boleh buat auto check in guna apps SingaporeAir. Semua info dia update dalam tu termasuklah boarding gate, time, luggage belt etc.
5. Seat config 3-3-3 and seat luas, selesa boleh recline banyak jua. Screen IFE besau & touch screen dia tak lag. Selection movies banyak tapi somehow current film aku personally tak berapa minat sangat haha
6. Ada charging port, tray table ade cermin, reading light tapi takde individual AC vent. So kalau sejuk mereput la kau kat situ haha. Nasib baik ade pillow and blanket.
Ads
7. Makan sedap dapat briyani and roti jala. Portion ok cuma bun sejuk. Apart from this, kau boleh amik snacks kat galley. Ada chips, biskut, muffin, kitkat etc. Amik or mintak je kat crew. Dorang bagi banyak gila kat kitorg haha
8. Crew memula nampak intimidating tapi semuanya very friendly especially masa flight SIN – MUH. Ada sorang dua je leading/chief yang cam cold sikit. Tacod i. Haha
10. Overall, memang aku excited naik SQ sebab first time kan? And honestly, worth every penny. Rasa cam naik kapal terbang itself is an experience/activity masa bercuti. Cuma of course harga agak mahal la jua. Kalau ada duit lebih insyaallah nak try lagi. Mana tau rejeki dapat try Business Class plak kan?
KOS TRANSPORT KAT EUROPE MAHEI BENAU KE?
Overall kitorg travel ke 9 destinasi yakni Munich, Salzburg, Hallstatt, Vienna, Bratislava, Zagreb, Ljubjana, Venice and patah balik ke Munich. Semua naik bas dan train.
2. Total cost bas/train antara bandar + local transport RM4250. Bahagi 4 orang, total cost utk transport RM1062/pax saje.
3. Bas kitorg naik Flixbus, train plak depends kepada train provider setiap negara. Beli tiket kat website Flixbus & Trainline. Then download apps and sync kat tiket yang kau dah beli tadi. Nak naik bas/tren, just tunjuk digital tix kat apps je.
4. Harga tiket boleh dpt serendah 10€/trip/pax (RM60) kalau beli awal. Kitorg beli 2 bulan before trip.
5. Flixbus selesa, murah and mostly on time. Seating kdg2 ikot number kat tiket, kdg2 driver suruh free seating. So ikot je la haha.
6. Train mahal skit tapi lagi selesa. Sesuai kalau trip lama skit dalam 5-6jam. <3jam naik bas je. Kitorg pilih yang murah dan timing cun (dalam 10-11am sbb malas nak gigih bangun pagi haha).
7. Boleh makan dalam bas/tren asalkan tak terlalu berbau. Sandwich/kebab semua ok.
8. Time naik bas, kat border antara certain negara kau kene turun cop imigresen. So makesure passport ada. Jgn bubuh dlm luggage nanti susah nak amik.
9. Naik tren luggage besau kau muat kat rak atas tu ya. Cuma semput nak angkat ke atas.
Ads
10. Tram/train/bus dlm bandar mostly takde palang/org cek pun tapi PLEASE beli jugak tiket & validate. Jgn mengelat, kalau kantoi malu + kene saman.
11. Enjoy the view sebab cun gila. Takpun tido or main henpon sebab dlm bas/train mostly ada wifi.
MAKAN KAT EUROPE, rugi tak merasa!
1. Makanan halal/vegetarian/seafood banyak je kat sana. Especially kat bandar besar yg ramai Muslim. Kebab bersepah.
2. Tapi try la jugak local food/pastries/roti/cheese etc yg boleh dimakan sebab rugi la gi negara org tapi hari-hari kau masak sambal bilis uols haha
3. Trip hari tu memang kitorg tak berkira bab makan so lengkap breakfast-lunch-dinner + jajan. Ade masa tapau, ada masa kitorg dinner at a nice restaurant, ada masa masak.
4. Estimate cost makan: Breakfast 3€ (RM15), Lunch & Dinner each 10€(RM50) and jajan 5€ (RM25). Total 28€ (RM140) per/day/person. Darab 12 hari kat sana total RM1680/person.
Harga makanan beza ikot lokasi, Venice mahal skit, Bratislava murah. So budget ni adalah average anggaran je.
5. Nak jimat boleh beli fresh produce kat market then masak sendiri or bawak sambal/brahims/megi dari malaysia. Kitorg bawak tapi end up banyak makan luar je haha
6. Gi supermarket cam SPAR untuk beli kopi, jajan, salad, sandwich murah. Try gak buah2 berries yang aneh2 sebab kat Malaysia susah dapat.
7. Nak cari kedai halal google je. Kalau tak jumpa, boleh try vegetarian/seafood. Bab halal ni korg pepandai lah ye dah besau kan? Rasa syubhah jangan makan.
8. Some food with harga: kebab (6€), latte (2€), nasi goreng (10€), pastries/kek (5€), drinks (2€), aiskrim (4€), telur 10 bijik (3€), set pasta kat venice (12-17€).
9. Air paip kat most tempat percuma tapi kalau beli kat supermarket pun baru <1€.
10. Most tempat boleh split bill & guna card so just cakap je. Oh most restaurant tutup awal jugek so prepare siap2 makanan untuk supper kat hotel nanti ye.
Overall bab makan boleh jimat or boleh burst-kan bajet kau. So up to you, kitorg suka makan so we don’t mind spend lebih sikit plus malas nak angkut makanan malaysia banyak sangat sebab berat haha.
Begitulah perkongsian kembara Faiz Dickie bersama rakan-rakannya, namun dia juga kongsi tip dengan pembaca hijabista yang dikalangan girl gang travel mungkin agak berbeza dengan kembaranya.
Tip semasa traveling especially utk gegirl:
Buat research pasal destinasi yang nak pergi. Contohnya; jarak dari bus stop ke hotel, pukul berapa last bus & cuba hafal jalan/landmark.
Alert dan jaga geng sendiri. Jalan dalam group and buat circle masa dlm public transport. Tengok beg/poket kwn masing2.
Avoid eye contact and talking to strangers too much. Boleh je jadi friendly tapi trust your instinct. Kalau nampak org usha2, abaikan, jangan buat eye contact but be alert.
Pakai pakaian/aksesori yg betul. Elakkan yg senang kena ragut/seluk poket/ tali putus etc. Kasut yg sesuai sebab banyak berjalan.
Jangan bergantung kat henpon 100%. Pastikan ade copy passport/itinerary/tiket/no tel penting yg di print. In case henpon hilang/takleh guna, bende ni boleh jadi back up.
Nah, semoga inspirasi kembara ini menjadi panduan yang berguna untuk girl gang travel ya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/EaFq1zoAa6s
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Umum sedia maklum bahawa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin (Tok Ti) merupakan antara anak jati kelahiran pahang yang mempunyai bakat yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Malah, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu juga pandai membawa diri dalam industri seni hingga dirinya disayangi dan diminati ramai.
Baru-baru ini menerusi muatnaik di laman Instagram miliknya Tok Ti berkongsikan video memapaparan anak sulungnya, Siti Aafiyah yang membuat persembahan di konsert tadika.
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Rata-rata netizen yang menyaksikan video berkenaan mengaku terhibur melihat gelagat Aafiyah yang comel menyanyi dan menari bersama rakan-rakan.
“Semalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena Graduation Day, Aafiyah menghafaz dan menari. Ibu tak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapore. Alhamdulillah.. Aafiyah berikan yang terbaik, bukan main dia menari ye.. Thank You Ayah dah temankan Aafiyah.. Love you!” Tulis Siti di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, Siti memanjatkan rasa penuh kesyukuran kerana anaknya yang comel dan bijak itu telah berusaha memberikan yang terbaik pada persembahan konsert pertama tadikanya.
Lebih mencuri perhatian apabila anak sulung Tok Ti itu begitu bersemangat menari dengan begitu lincah sekali. Comel sungguh Aafiyah!
Sekali pandang gelagat Aafiyah ni saling tak tumpah seperti ibunya, memang berbakat! Pandai betul Aafiyah menari sambil menyanyi.
Netizen yang teruja melihat perkongsian rakaman yang dimuat naik penyanyi kesayangan Malaysia itu telah meninggalkan tanda suka sehingga video itu kini mencecah lebih 300 ribu tontonan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati ramai antara wargamaya yang memuji bakat yang diwarisi oleh Aafiyah.
Kebelakangan ini sosial media tidak lekang dibanjiri hantaran berkisarkan poligami yang menjadi topik perbincangan hangat wargamaya, ekoran meletusnya kisah poligami melibatkan pengarah tersohor Malaysia yang baru sahaja melangsungkan pernikahan kedua di Thailand.
Malah, ramai yang turut berkongsi naratif sama mulai menyebarkan hal rumahtangga mereka di media sosial demi mencari tumpuan ramai.
Justeru, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali terpanggil untuk menjelaskan isu ini.
Tindakan ‘Canang’ Keburukkan Pasangan Wajar Dihentikan!
Suzana berkata, sifat amarah yang timbul akibat diduakan suami menerusi poligami tidak seharusnya menjadi ‘alasan’, bagi seseorang mendedahkan ‘cerita dalam kain mereka’ apatah lagi di canang tanpa segan silu dalam media sosial.
Tambahnya lagi, perkara ‘canang cerita dalam kain’ di sosial media ini bakal memberi kesan buruk kepada keluarga dan pada masa yang sama menjatuhkan maruah serta harga diri suami atau isteri.
“Memang setiap orang ada emosinya, tetapi emosi itu kita perlu kawal dengan fikiran. Memang tidak ada wanita yang gembira bila suami kahwin lain,” katanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Suzana dalam sesi perkongsiaan pada Program Wacana Sinar ke-380 yang bertajuk ‘Poligami: 2, 3 dan 4, bukan perampas’ yang berlangsung di Kompleks Karangkraf baru-baru ini.
Justeru, para wanita khusunya yang sudah bergelar isteri perlu mempelajari ilmu untuk mengawal emosi dan dalam masa sama memperbanyakkan ilmu serta maklumat berkenaan poligami agar dapat lebih bersedia sekiranya perkara itu terjadi.
Sekadar info, selain Suzana Ghazali program berkenaan turut dihadiri oleh Peguam Syarie, Ahmad Jailani Abdul Ghani dan Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, Haryani Ithnen serta Ismail Adnan selaku moderator.
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...