Lamaran secara terbuka seakan sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita. Mungkin dahulunya ia cukup terkenal di negara barat.
Budaya ini kini seakan menjadi satu trend anak muda ketika ingin melamar pasangan untuk dijadikan teman hidup.
Islam mengajar lamaran dilakukan melalui wali. Ia bertujuan untuk memberi ruang masa yang cukup kepada wanita bagi mempertimbangkan pinangan tanpa perasaan tertekan atau terdesak.
Kaedah melamar wanita secara terbuka di khalayak ramai pula lebih berkait rapat dengan menyerupai gaya hidup amalan bebas budaya barat yang tidak diiktiraf pun oleh syarak.
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Saya mahu bertanya, apakah hukum seorang lelaki melamar seorang wanita secara terbuka di depan khalayak ramai? Adakah ini menyalahi ajaran Islam?
JAWAPAN:
Melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai adalah lebih berkait dengan adat dan budaya masyarakat setempat.
Namun, kami mengesyorkan untuk menjauhi perbuatan ini kerana ia bukan satu budaya Islami, bahkan bukan juga budaya masyarakat Melayu. Ia juga bukanlah suatu perkara yang terpuji kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu.
Lamaran melalui wali adalah perkara yang diajar oleh Islam serta masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ini bagi menjaga maruah kedua-dua individu serta memberi ruang masa yang cukup kepada wanita tersebut untuk mempertimbangkan pinangan tersebut.
Hal ini kerana, kita tidak boleh mengetahui keadaan emosi dan minda wanita tersebut pada waktu berkenaan. Kita seolah-olah meletakkan keputusan besar dalam hidup seseorang hanya pada waktu yang singkat. Sedangkan, dalam Islam, setiap individu miliki hak untuk membuat keputusan secara peribadi.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Khitbah: menzahirkan keinginan untuk mengahwini seseorang wanita yang tertentu, dan wanita tersebut menyampaikan hasrat tersebut kepada walinya. Pemberitahuan ini sama ada disampaikan secara terus daripada lelaki tersebut atau melalui perantaraan keluarganya. Apabila lamaran ini dipersetujui oleh wanita atau keluarganya, maka telah sempurnalah lamaran antara kedua-dua pihak.(Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jilid 9, ms 3)
Ads
Khitbah (lamaran) adalah langkah terawal untuk menuju ke perkahwinan yang sah. Apabila seorang lelaki sudah bersedia untuk memilih seorang wanita menjadi isterinya yang sah, dia pun menyatakan hasratnya kepada wanita tersebut, disusuli dengan pemberitahuan kepada keluarga. Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan lamaran tersebut, termeterailah satu perjanjian antara kedua-dua pihak ini. Lamaran dan pinangan boleh dilakukan secara terus daripada lelaki tersebut atau keluarganya.
Lamaran atau pinangan boleh berlaku dalam dua bentuk; zahir atau kiasan. Terdapat beberapa syarat yang perlu diambil kira sebelum melamar atau meminang seorang wanita.
Mengenal pasti sama ada wanita tersebut telah dinikahi atau dalam tempoh iddah talak raj’ie. Mereka adalah wanita yang haram untuk dipinang oleh lelaki lain sama ada dilafazkan secara zahir mahu pun secara kiasan. Bagi wanita yang telah dinikahi, pengharaman adalah jelas. Manakala, bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raj’ie, pengharaman adalah berdasarkan ayat al-Quran:
Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Surah al-Baqarah (228)
Pengharaman meminang wanita di dalam iddah bagi talak raj’ie adalah kerana wanita ini merupakan seorang isteri atau berada di kedudukan isteri bagi suami yang menceraikannya selagi mana dia masih dalam tempoh iddah. (Rujuk al-Iqna’, 2/414)
Namun, bagi wanita yang berada di dalam tempoh iddah talak bain, mereka adalah wanita yang haram untuk dipinang secara zahir selama mana wanita ini berada di dalam tempoh iddah. Namun, pinangan secara kiasan adalah dibenarkan berdasarkan ayat al-Quran:
“Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka)” Surah al-Baqarah (235)
Tidak meminang di atas pinangan orang lain berdasarkan hadith:
لاَ يَخْطُبُ أَحَدُكُمْ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ
“Jangan sekali-kali salah seorang daripada kamu meminang atas pinangan saudaramu yang lain.” Muwatta’ Imam Malik (1094)
Pengharaman tersebut hanya pada situasi yang memiliki empat ciri-ciri iaitu dia mengetahui pinangan lelaki lain, dia mengetahui jawapan terhadap pinangan tersebut, telah jelas penerimaan wanita tersebut kepada pinangan itu dan pinangan pertama adalah pinangan yang dibenarkan di sisi syarak. Jika tidak, dia tidak termasuk di dalam pengharaman ini. (Rujuk I’anah al-Talibin, 3/268, al-Fiqh al-Manhaji, 2/46)
Setelah seseorang lelaki memastikan status wanita yang ingin dinikahi, kemudian barulah dia menyuarakan hasratnya terhadap wanita itu jika wanita tersebut tidak termasuk dalam kalangan wanita yang haram untuk dilamar. Kita dapat lihat bahawa syarak hanya menyatakan larangan jelas pada hal yang demikian.
Namun, melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai berkait dengan budaya barat yang tidak diiktiraf dalam Islam.
Rasulullah SAW bersabda:
Ads
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka” Riwayat Abi Daud (4031)
Penyerupaan dalam hal ini adalah tidak diiktiraf kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu. Sebaliknya, perbuatan sebegini mendedahkan maruah individu daripada tercalar.
Selain itu, lamaran atau pinangan di khalayak ramai secara terbuka akan memberi tekanan kepada kedua-dua pihak; lelaki dan perempuan dalam menerima dan memberi jawapan dalam kadar segera. Sedangkan, dalam Islam, kedua-dua pihak diberi pilihan untuk bersetuju atau tidak untuk mengahwini satu sama lain. Wanita juga diberi hak memilih pasangan.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً، مِنْ وَلَدِ جَعْفَرٍ تَخَوَّفَتْ أَنْ يُزَوِّجَهَا وَلِيُّهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ فَأَرْسَلَتْ إِلَى شَيْخَيْنِ مِنَ الأَنْصَارِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَمُجَمِّعٍ ابْنَىْ جَارِيَةَ قَالاَ فَلاَ تَخْشَيْنَ، فَإِنَّ خَنْسَاءَ بِنْتَ خِذَامٍ أَنْكَحَهَا أَبُوهَا وَهْىَ كَارِهَةٌ، فَرَدَّ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ذَلِكَ
“Seorang wanita berketurunan Ja’far merasa takut sekiranya walinya ingin menikahkannya di luar kemahuannya. Jadi, dia mengutus utusan kepada dua orang lelaki Ansar; Abdul Rahman dan Mujammi’, dua orang anak Jariyah dan mereka merasa kedua-duanya mengatakan kepadanya, “Janganlah engkau merasa takut. Sesungguhnya Khansa’ binti Khidzam telah dinikahkan oleh bapanya di luar kemahuannya, lalu Baginda Nabi SAW membatalkan perkahwinan tersebut.” Riwayat al-Bukhari (6969)
Perkara-perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan penjagaan kepada maruah dapat dipertahankan dengan melakukan peminangan atau lamaran melalui wali. Islam mengajar seorang lelaki untuk meminang atau melamar melalui wali kerana ia adalah lebih beradab, menjaga maruah kedua-dua individu dan menjaga hak-hak wanita bermula sebelum perkahwinan berlangsung lagi.
KESIMPULAN
Melamar wanita secara terbuka di depan khalayak ramai adalah lebih berkait dengan adat dan budaya masyarakat setempat.
Namun, kami mengesyorkan untuk menjauhi perbuatan ini kerana ia bukan satu budaya Islami, bahkan bukan juga budaya masyarakat Melayu. Ia juga bukanlah suatu perkara yang terpuji kerana Islam sangat mengangkat tinggi penjagaan kepada maruah individu.
Lamaran melalui wali adalah perkara yang diajar oleh Islam serta masyarakat Melayu Muslim di Malaysia. Ini bagi menjaga maruah kedua-dua individu serta memberi ruang masa yang cukup kepada wanita tersebut untuk mempertimbangkan pinangan tersebut.
Hal ini kerana, kita tidak boleh mengetahui keadaan emosi dan minda wanita tersebut pada waktu berkenaan. Kita seolah-olah meletakkan keputusan besar dalam hidup seseorang hanya pada waktu yang singkat. Sedangkan, dalam Islam, setiap individu miliki hak untuk membuat keputusan secara peribadi.
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tentu ada yang mengalami masalah susah hati, gelisah dan stres. Situasi ini jika tidak ‘dirawat’ pastinya akan memberikan implikasi dalam kehidupan seharian.
Melalui amalan-amalan doa tertentu, hati akan jadi lebih tenang. Dekatkan diri pada Allah. Apabila kita sentiasa ‘dekat’ dengan Allah kita akan rasa lebih positif.
Boleh amalkan doa-doa seperti yang dikongsikan oleh Maihani Maizura ini.
DOA-DOA HILANGKAN STRESS DAN SUSAH HATI
Semakin jauh perjalanan, makin luas pemandangan.
Itu kalau di luar sana, tapi saat ini, perjalanan tidak kemana pun, cuma lama masanya menjadikan kita semakin menyimpan rasa. Ruang society di sempitkan hanya pada ahli kita sahaja. Inilah bahaya bila kita dah jadi macam “kera sumbang” walaupun terpaksa.
Baru sedar, hubungan kita perlukan dua dua – erat dgn keluarga dan masyarakat. Ini lah merangsang pemikiran, emosi dan perasaan lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi meneruskan kelangsungan hidup. Inilah realisasi – hablun minannas.
Inilah hikmah COVID 19, yang kalau kita sedar dan perhatikan kerana kita sedang kehilangan anggota kedua kita (masyarakat).
Ini semua menyedarkan kita bahawa saranan dalam Islam tentang ‘hidup berjemaah’ sangat perlu untuk merungkai penyakit sosial spt murung dan tekanan perasaan.
Walau besar manapun masalah yang membawa pada tekanan perasaan dan susah hati, ianya boleh dihadapi dengan baiknya jika tindak tanduk kita menepati syariat Islam.
Seketika masih dalam tempoh PKP, kekalkanlah untuk terus berdoa. Doa adalah senjata orang Mukmin. Doa memberi kekuatan pd yang lemah, orang tidak percaya jadi kuat keyakinan dan keberaniannya.
Saya kongsikan himpunan doa penenang hati dari Al Quran yang boleh diamalkan. Jom kita share dan cuba ikhtiar untku hafal disepanjang hari PKP yang berbaki.
*DOA HILANGKAN RASA SUSAH HATI, STRESS DAN GELISAH*
“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil,Dan aku berlindung padaMu Dari cengkaman hutang Dan penindasan orang.”
In syaa Allah, masih punya masa untuk beramal dan menghafalnya.
Kita semakin menghampiri kemurungan kecil. Perasaan mudah terganggu, keletihan dan hilang tenaga, kadang kadang tak sedar kita cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Semoga doa-doa ini ada manafaat untuk berdepan berlarutnya PKP, sekurang kurangnya dalam masa dua minggu ini lagi.
Selaku Muslim, kita gunalah cara Islam dalam berdepan saat PKP ini. Manusia ini fitrahnya dipengaruhi oleh perasaan, jiwa dan nafsu. Jika unsur-unsur ini diganggu, ia mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan. Jadi antara cara terbaik adalah lakukan secara kerohanian.
Teruskan SOLAT, ZIKIR, SELALU DALAM BERWUDUK, SELAWAT. Banyak lagi..
Jangan berhenti berdoa.
Semoga semuanya selamat.
Semua pesanan ini khas utk diri ini yg sering alpa, jika ada yg baik guna lah.. jika tak baik maafkan.. Sekadar perkongsian pagi.
Dunia automotif biasanya didominasi lelaki tetapi Diandra Gautama menepis stigma ini. Ini agak unik ya! Bukan sahaja kerana dia seorang wanita, tetapi juga seorang wanita yang bertudung. Hijrah hijab pelumba jelita Diandra Gautama dari Negara seberang Indonesia pada 2017 menarik perhatian ramai, malah menjadi inspirasi para hijabi yang minat sukan lasak ini.
Berkongsi kisah hijrah hijabnya dalam satu majlis di Indonesia, Diandra Gautama berkongsi keputusannya untuk berhijab dan dia akui sebenarnya sudah biasa berhijab sejak dari tadika hingga sekolah menengah kerana belajar di sekolah Islam Al Azhar.
Pada mulanya, Diandra teragak-agak untuk memakai tudung memandangkan profesionnya sebagai pelumba. Lama kelamaan, Diandra mula kerap menghadiri pengajian bersama ibunya. Dia juga mengambil keputusan untuk memakai tudung.
“Bila ditanya kenapa kita bertudung? Sudah pasti itu kewajipan kita sebagai muslimah. Saya juga sudah lama terfikir untuk memakai tudung, tetapi saya masih berpegang teguh kerana saya rasa profesion saya menghalang saya daripada berhijab,” ujar Diandra ketika temubual bersama salah satu media di Indonesia.
Menjadi ikon hijabi unik
Keunikan pelumba tudung ini sebenarnya menarik perhatian ramai orang. Nama Diandra semakin dikenali. Dia juga tidak berhenti melakukan aktiviti seperti ‘review’ kereta. Jadi, tudung tidak menghalang wanita ini untuk menyertai dunia perlumbaan kereta sejak 2009.
“Tetapi ternyata selepas bertudung, saya masih boleh berlumba, masih boleh review kereta. Malah semakin ramai yang menghargai saya sebagai pelumba tetapi bertudung. Saya juga sering dijemput ke majlis,” jelasnya. pelumba yang pernah memenangi kejuaraan keseluruhan di ISSOM (siri Sentul Indonesia). Sukan Permotoran) pada tahun 2013.
Ujarnya lagi, tudung tidak menyusahkan langsung! Apatah lagi, memakai balaclava dalam perlumbaan itu, jadi ia seperti topeng menutup kepala untuk keselamatan. Balaclava itu sendiri juga menutup rambut, ia sama dengan tudung, sama sekali tidak benar-benar menghalang,” katanya.
Dalam kehidupan seharian, Diandra mengakui sangat mengutamakan keselesaan dalam berhijab. Dia suka memakai tudung ringkas dan kasual yang diperbuat daripada kapas Paris. Wanita yang pernah menjadi mentor pasukan Indonesia di Akademi Nissan GT 2016 itu juga mengakui lebih mementingkan penampilan selepas berhijab.
Sebagai cara untuk konsisten berhijab, Diandra aktif menguruskan komuniti dakwah bernama Nasr. Komuniti ini diuruskan oleh muslimah yang berhijab dan kerap menjalankan pengajian.
“Nasr adalah komuniti dakwah yang diuruskan oleh wanita. Aktiviti bulanan kami adalah pengajian khas adik-adik di masjid Al Ibadah. Insha Allah, kami akan terus ke sana. Kami juga ada Kelas Membaca Al-Quran, dan pelbagai lagi aktiviti dengan kerjasama pemuda masjid. ,” kata Diandra.
Wanita jelita ini membuktikan berhijab bukan penghalang untuk terus aktif dalam dunia automotif. Dengan berhijab, dia lebih dihargai. Diandra juga mempunyai rakan baru yang berkongsi kekerapan yang sama dalam semangat berdakwah.
Buttonscarves membawa nadi perlumbaan ke Malaysia
Pelancaran Siri Grand Prix koleksi terbaharu dari Buttonscarves, ternyata Diandra Gautama seperti perjalanan hijabnya yang tidak berkesudahan. Buttonscarves Malaysia menaik taraf tahun 2023, membawa BS Ladies melintasi garisan penamat dengan pelancaran Buttonscarves x Diandra Gautama: The Grand Prix.
“Ia adalah perjalanan yang tidak berkesudahan yang penuh dengan keterujaan untuk kami di Buttonscarves Malaysia.” Daripada hanya mempunyai 2 kedai, yang telah berkembang menjadi 4 kedai, sehinggalah kepada kerjasama hebat ini dengan seorang tokoh terkemuka di Indonesia sebagai wajah daripada koleksi kami,” kata Pengarah Pemasaran Di Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullai.
Diilhamkan oleh ketekunan dan semangatnya untuk berlumba, Siri Grand Prix menampilkan elemen yang Diandra secara peribadi merasakan memainkan peranan penting dalam perlumbaan trek, seperti Bendera Kuning yang dikibarkan semasa perlumbaan dan Grandstand, dinamakan sempena pemandangan terbaik untuk menonton Grand Prix.
Membesar melihat ayahnya menjuarai sukan itu di litar untuk dirinya sendiri, Diandra telah lama mengimpikan untuk berada di trek sendirian dan akhirnya membuat lompatan untuk menyertai kejohanan perlumbaan pertamanya pada tahun 2009. Kerjasama itu menggambarkan siapa dirinya dan kerjaya yang telah mengangkat dirinya.
Koleksi itu menampilkan 12 warna tudung yang terdiri daripada kecil hingga XL dan runcit antara RM125 dan RM155, dan Set Kerongsang Grand Prix yang dijual pada harga RM150. Peminat boleh melihat dan membeli-belah Siri Grand Prix di kedai rasmi Buttonscarves Malaysia yang terletak di Avenue K, Setia City Mall, 1 Utama Shopping Centre dan MyTOWN Shopping Centre mulai 9 Februari 2023.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Solat Subuh merupakan salah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Sekiranya tertinggal, wajib diqada’.
Kita sering terlepas solat Subuh kerana ia dilakukan bermula daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Pada waktu orang sedang solat Subuh, kita pula tengah sedap tarik selimut.
Kadangkala, kita berazam untuk bangun solat Subuh tetapi tidak juga bangun. Keadaan ini sering terjadi pada hujung minggu.
Oleh itu, kami paparkan 5 tip agar anda tidak lagi terlepas solat Subuh bermula hari ini.
1. Tidur Awal
Kebiasaannya, mereka yang tidur awal akan bangun awal, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berborak kosong serta membuang masa selepasnya sehingga tidur lewat.
“Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamulail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu, berbual dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh.”
(Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim)
2. Memelihara Adab Tidur
Kunci kedua untuk mudah bangun Subuh ialah memelihara amalan sunah ketika tidur pada waktu malam. Antara amalan sunah yang boleh diamalkan adalah berwudhu’ dan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Bagi anda yang sukar bangun pagi, mohon pertolongan ahli keluarga atau kawan untuk membantu menggerakkan anda untuk bangun di awal pagi. Atau sediakan jam loceng.
3. Penuhi Dada Dengan Iman & Amal Soleh
Keimanan merupakan pendorong utama untuk seseorang individu melakukan amalan yang sukar. Contohnya, mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di masjid adalah amalan yang sukar dan tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala.
Bagi meningkatkan keimanan, anda hendaklah banyak melakukan kebaikan kerana dengan hati yang suci dan bersih sahaja dapat menyuburkan Iman seseorang individu itu.
Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan ia merupakan penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah.
4. Jauhi Perbuatan Maksiat
Maksiat adalah salah satu penghalang untuk anda bagun solat Subuh. Oleh itu, jauhi segala maksiat iaitu maksiat mata seperti melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, maksiat lidah iaitu mengumpat dan mengata, maksiat telinga seperti mendengar hiburan yang haram serta umpatan dan fitnah.
Kebiasaannya, mereka yang melakukan maksiat sukar untuk bangun solat Subuh kerana ia melemahkan naluri untuk beramal soleh.
5. Ketahui Kesan Meninggalkan Solat Subuh
Antara punca jiwa menjadi lemah adalah bangun lewat dan meninggalkan fardu Subuh. Oleh itu, syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu Subuh dengan menghalangnya bangun pagi.
Hukuman meninggalkan solat Subuh adalah anda akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka. Ngeri kan?
Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Nabi Muhammad s.a.w sangat memelihara waktu tersebut dengan memenuhkannya dengan zikir. Baginda selalu berzikir sehingga terbit matahari dan terus melakukan solat sunat Dhuha.
Jika kita lihat, kebanyakan orang yang berjaya dalam urusan dunia seperti orang berniaga kerana mereka memulakan kerja mereka pada awal pagi. Pada awal pagi, rezeki terbuka luas.
Selain itu, bangun awal juga mempunyai kebaikan daripada sudut kesihatan kerana udara yang dihirup pada waktu Subuh adalah udara yang segar. Ia mampu mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergaskan fizikal.
Sekiranya anda berjaya bangun solat Subuh, ia adalah bukti kekuatan iman anda kerana anda menang dalam peperangan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur
Sumber: khalifahmedia.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...