Syarikat hartanah terkemuka, Sheng Tai International (STI) yang diasaskan oleh Dato’ Leong Sir Ley telah melancarkan projek mega Fasa Pertama The Sail Melaka yang meliputi bangunan tiga tingkat; The Sail Experiential Centre dan 26 unit lot perniagaan.
Bersempena pelancaran ini, Sheng Tai International telah mengadakan satu majlis makan malam(Sheng Tai Night) yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri pada 14 Januari lalu.
Acara gilang gemilang tersebut turut dihadiri lebih 800 tetamu dan rakan niaga termasuk termasuk pelabur antarabangsa dari lebih 15 negara seperti Hong Kong, Jepun, Korea, China, Dubai, Indonesia, Taiwan, Singapura, Rusia, Amerika Syarikat, dan banyak lagi.
Untuk pengetahuan hijabi, The Sail direka secara unik berkonsepkan globalisasi dan mempunyai 9 Menara bercantum dengan Unity Sky Ring di atas setiap bangunan dan dihubungkan dengan kolam renang sepanjang 460m.
Pembangunan tersebut juga direka khas bagi melengkapkan pasaran kediaman, runcit, komersial dan hospitaliti Melaka. 9 Menara ini terdiri daripada Menara Hotel & Fesyen bertaraf 6 bintang, Menara Wellness, Menara Cultural, Menara AI, Menara M, Kondotel & Suite Perniagaan.
Menurut Pengasas dan Pengerusi STI, Dato’ Leong Sir Ley, 26 unit lot perniagaan itu sudah ditempah oleh pemilik perniagaan Jepun dan dijadualkan beroperasi mulai suku pertama tahun ini.
Difahamkan, jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) untuk projek ini dianggarkan berjumlah RM6.5 bilion. Bukan itu sahaja, projek mega tersebut turut meliputi pembinaan Ballroom LSL dan Restoran Sheng Yan.
Dato’ Leong turut berkongsi bahawa selepas tiga tahun menghadapi wabak pandemik di seluruh dunia, dia mula menyedari bahawa terdapat ‘bahasa baru’ yang muncul dalam ekonomi seperti kesihatan, seni dan budaya, fesyen dan kepintaran buatan (AI) untuk diterokai.
“Aspirasi kami adalah untuk menjadikan The Sail Melaka sebagai pemangkin utama perubahan bagi bandar bersejarah itu dari sudut melonjakkan lagi nama Melaka ke arena dunia dengan menjayakannya menerusi Seni dan Budaya, Fesyen, Artificial Intelligence (AI) dan kesejahteraan.
Tambahan itu, Dato’ Leong turut menyatakan bahawa projek mega ini juga menandakan permulaan yang dinamik bagi meningkatkan dan mengukuhkan ikatan sesama negara berkaitan budaya dan ekonomi.
“Saya yakin projek ini dapat meningkatkan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta menarik pelabur asing dari seluruh dunia. Tambahan pula, projek ini juga dapat mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan utama untuk para pelancong,” katanya.
Artikel berkaitan: Melancong Tanpa Rabak Poket, Lelaki Ini Kongsi Jelajah 6 Negara 12 Lokasi Dengan Bajet Kurang 7K. Mana Nak Dapat?
Selain ingin mengangkat Melaka sebagai hab pelancongan, Dato’ Leong juga berhasrat untuk menjadikan Bandaraya Bersejarah tersebut sebagai hab fesyen antarabangsa.
Baru-baru ini, syarikat hartanah terkemuka tersebut turut menganjurkan sebuah acara pertunjukan fesyen ‘The Straits Gala’ yang melibatkan pereka tempatan dan antarabangsa di The Sail Superdome; iaitu salah satu bangunan milik syarikat tersebut.
Acara yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung itu telah berlangsung dengan meriah dengan pertunjukan bunga api dan beberapa nama ternama seperti pemain violin terkenal negara iaitu Megan Mei, Jaclyn Victor dan Kenny Low.
Bahkan, para pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen membabitkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Dian & Norule, Gillian Hung, Yani Bakhtiar, Variante dan CARRO serta peragaan fesyen daripada pelajar tahun akhir jurusan fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Sekadar info, bersempena dengan Pelancaran The Sail Experiential Centre dan penyiapan projek Fasa Satu The Sail, Sheng Tai International turut mengadakan Sheng Tai Festival 2023 (Bazar Bertema Lautan pertama di Melaka – Atlantis Night), yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan telah berlangsung selama 10 hari dari 6 Januari sehingga 15 Januari 2023 yang lalu.
Artikel berkaitan: Kekurangan 10 Katil, Neelofa Sumbangkan 15 Katil Buat Pesakit Covid-19 Di Hospital Melaka
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.