Nampaknya ramai yang masih belum move on dengan kecantikan Ratu Sehari, Elfira Loy yang diumpamakan seperti ‘princess’ di majlis resepsi Sabtu lalu. Ramai netizen memuji wajahnya lain dari yang lain. Rupanya ini rahsia kesempurnaan dan kejelitaan sebenar Elfira yang didedahkan oleh Mekap Artis popular, Khir Khalid yang bertanggung jawab menata rias wajah kecil molek pelakon ini.
Dalam laman instagramnya, Khir Khalid memberitahu apa produk digunakan dalam menyolek wajah Elfira.
Khir Khalid turut memberitahu Elfira adalah look Ratu Sehari pertama untuknya di tahun 2019.
Menampillkan look tinkerbell dan diakhir caption Khir turut berpesan ‘jangan sesekali menyentuh keningnya’.
Netizen turut bersetuju dengan hasil sentuhan Khir Khalid dan turut memuji kerja tangan jurusolek ini.
Hasil kerja Mekap Artis yang sudah hampir 20 tahun berpengalaman ini juga turut digemari beberapa selebriti popular seperti Neelofa, Dayang Nurfaizah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Scha AlYahya dan beberapa selebriti lain.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KHIR KHALID, RIZMAN RUZAINI & NAZLIVINGASTYLE