Mekap artis yang cukup popular di laman sosial Bella diakui mempunyai pengikut yang ramai. Dia yang mempunyai pengikut sehingga mencecah 1 juta memang rajin berkongsi tutorial mekap secara live. Semalam Bella telah berkongsi cara untuk mekap simple untuk keluar santai dan juga bagi menutup parut jerawat di muka.
Dengan loghat utara yang cukup pekat, persembahan tutorial Bella memang berjaya menarik netizen yang terhibur dengan keletahnya dalam video berkenaan.
Malah perkongsiannya bukan sekadar cakap kosong kerana turut diselitkan dengan tip dalam solekan.
Menurut Bella jika mahu keluar ke sekadar utuk membeli barangan di pasar raya tidak perlu bermekap tebal tetapi cukup sekadar yang simple untuuk menyerlahkah kecantikan wajah.
Pesan Bella lagi, apa sahaja sebelum memulakan mekap perlu memakai moisturize dan juga primer untuk mengetahui kulit jenis berminyak atau tidak.
Ads
Jika orang lain memulakan mekap dengan meletakkan foundation sebelum menyolek bahagian lain, tetapi bagi Bella dia menyolak bahagian mata terlebih dahulu dengan peletakan warna natural sahaja. Dia juga tidak menggunakan bulu mata, sebaliknya menyapu maskara di kedua-dua bulu matanya.
Kemudian barulah Bella memulakan mekap dengan meletakkan foundation dengan menggunakan span yang dibasahkan terlebih dahulu dan di dap sahaja di seluruh wajahnya.
Ads
Bella juga turut meletakkan di bahagian jerawat berkenaan dan terus parut berkenaan tidak kelihatan. Menurut Bella foundation perlu bermula dari bahagia rahang sebelum menyapu bahagian lain. Dan kemudian barulah di dap dan blend di bahagian lain.
Bagi yang memakai foundation ini adalah untuk menjadikan kulit jadi ‘flawless’ cantik dan juga jadi rata. Namun jika memakai foundation jangan lupa untuk memakai bedak tidak kira jenis ‘loose powder’ atau ‘compact powder’. Ini kerana supaya bila pecah peluh tidak akan mencacatkan solekan. Malah menjadikan wajah jadi gebu.
Dia turut berpesan jika mahu memakai foundation jangan dilupakan setiap ruang atau lubang yang tersembunyi. Malah foundation berkenaan juga turut menutup parut jerawat yang tumbuh di tepi hidung Bella.
Sebelum menamatkan kelas tutorialnya, Bella menyudahkan pemerah pipi dan juga sapuan gincu bibir bagi melengkap penampilan
Video tutorial Bella ini telah dilihat 13K tontonan dan mendapat butang like sebanyak 5 ribu lebih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memuat naik status di laman Instagram mengenai pemergian cucunya, Muhammad Ahmad Aiman pagi Selasa.
Menerusi perkongsian itu juga di laman Instagram Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, diberitakan cucunya, Muhammad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Penceramah hebat Prof Dr Muhaya berkongsi Di laman sosialnya menyatakan sistem sokongan hayat cucunya juga telah dihentikan pada jam 9.00 pagi selepas segala usaha dilakukan tidak berjaya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah,” kongsinya.
Sungguh Allah menyayangi insan kecil ini, Muhammad merupakan anak kepada Dr Noor Atiyah Azmi dan Aiman. Dr Atiyah merupakan anak kedua Prof Muhaya dan suami.
“Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.
“Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui.
“Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga,” tuturnya dalam paltform media sosial itu.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan penyakit yang dihadapi cucunya itu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak gemar makan nasi? Nasi adalah makanan ruji di kebanyakkan negara dan menyediakan sumber tenaga berkhasiat yang murah dan berbilion orang di seluruh dunia memakannya.
Terdapat banyak jenis bijirin popular ini yang berbeza dalam warna, rasa dan nilai pemakanan. Sebilangan besar nutrien dan sebatian tumbuhan kuat yang bermanfaat untuk kesihatan, sementara yang lain mempunyai profil pemakanan yang kurang menarik.
Selalunya, kebanyakkan anda percaya bahawa beras putih membawa kepada kenaikan berat badan dan dengan itu, elakkan memakannya setiap hari. Beras yang merupakan varieti biasa di Malaysia, adalah juga beras yang sangat halus. Penampilan putih berkilat yang kita lihat pada beras putih adalah kerana pemprosesan dan penggilap yang mendalam yang dilaluinya. Oleh itu, ia tidak menambah banyak nilai pemakanan.
Namun, beras perang, beras merah dan bahkan beras hitam tidak hanya relatif lebih sihat daripada beras putih tetapi juga terdiri daripada beberapa manfaat kesihatan, menurut pakar. Nutrien utama yang disediakan oleh semua jenis beras adalah karbohidrat. Jom kita periksa satu persatu.
Beras putih, beras perang, beras merah dan beras hitam: Mana Yang Lebih Sihat? Ketahui Perbezaan, Faedah Dan Banyak Lagi
Beras putih
Beras putih, adalah kegemaran rakyat Malaysia. Ketika melalui proses tahap pembersihan dan pemprosesan yang tinggi, untuk mendapatkan penampilan putih berkilat itu, ia kehilangan beberapa nutrien penting seperti tiamin dan Vitamin B yang lain. Walaupun, ia tidak mempunyai banyak nilai pemakanan, ia masih merupakan gudang tenaga. Ia memberikan lebih banyak tenaga kepada tubuh anda daripada varian beras lain kerana kepekatan pati di dalamnya. Ia penuh dengan karbohidrat.
Beras perang
Bagi anda yang tidak tahu, beras perang biasanya digalakkan makan ketika berdiet. Ia hanyalah beras putih yang belum melalui proses penapisan. Itu sahaja! Ia pasti lebih berkhasiat daripada beras putih kerana ia tidak melalui pemurnian dan pemprosesan yang teruk yang sepenuhnya menghilangkan nutrien penting. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa beras perang harus dimasak dengan teliti kerana ia cepat lembik. Banyak kajian menunjukkan bahawa mengambil satu cawan beras perang setiap hari dapat mengurangkan risiko terkena diabetes hingga 60%. Beras perang penuh dengan magnesium, besi dan juga boleh menjadi sumber zink yang baik.
Beras Merah
Pernah dengar beras merah? Nah, adakah anda tahu dari mana ia memperoleh warnanya? Padi merah mendapat warnanya dari antioksidan yang disebut anthocyanin yang merupakan sebatian yang terdapat dalam beberapa sayuran berwarna merah dan ungu lain. Beras merah sarat dengan serat, zat besi dan juga dianggap dapat mengurangkan keradangan di dalam badan, mengawal kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah. Sebenarnya, anda boleh mengambil beras merah walaupun anda merancang untuk menurunkan berat badan kerana memerlukan masa yang lebih lama untuk dicerna, sehingga membuat anda merasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Beras merah menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Beras Hitam
Mungkin anda jarang dengar bukan? Juga dikenali sebagai ‘beras terlarang’, beras hitam selalu menjadi sebahagian daripada masakan Cina selama berabad-abad sebenarnya, hanya disediakan untuk para bangsawan. Beras dengan serat, antioksidan, fitonutrien, fitokimia, Vitamin E, protein dan zat besi, beras hitam mempunyai set manfaat kesihatannya sendiri. Tahukah anda ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko terkena barah? Pada dasarnya, satu hidangan beras hitam hanya mengandungi sekitar 160 kalori yang menjadikannya alternatif yang lebih sihat daripada beras putih biasa untuk dimakan secara berkala.
Jenis mana yang harus anda pilih?
Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan bijirin penuh daripada biji-bijian halus meningkatkan kesihatan. Biji-bijian utuh juga dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit jantung, obesiti, dan barah.
Oleh itu, memilih beras perang, merah, hitam, atau beras gandum adalah pilihan terbaik untuk kesihatan. Tambahan, varieti ini lebih kaya dengan antioksidan yang memerangi penyakit. Memakan makanan yang kaya antioksidan dapat memberi manfaat kepada kesihatan dalam banyak cara.
Walaupun beras putih sihat secara sederhana, menggantikannya dengan varieti gandum pasti memberi lebih banyak nutrien. Sekiranya anda sering menggunakan makanan beras siap makan atau produk beras bungkusan lain, cubalah salah satu jenis sihat yang disenaraikan di atas.
Menyiapkan nasi anda sendiri membolehkan anda menentukan ramuan apa yang anda mahu tambah atau tinggalkan daripada resipi anda. Ini dapat mengurangkan pengambilan natrium dan bahan tambahan lain seperti pengawet dan gula tambahan secara drastik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mungkin Anda pernah mendengar istilah eksfoliasi sebagai salah satu bentuk perawatan kecantikan. Biasanya, kaedah ini dilakukan pada kulit wajah atau tubuh. Namun, ternyata ramai yang tidak tahu bahawa eksfoliasi juga boleh dilakukan untuk kulit kepala. Kulit kepala adalah penyokong kuat untuk pertumbuhan rambut.
Apa itu eksfoliasi kulit kepala?
Eksfoliasi adalah sebuah cara untuk membantu membuang sel kulit mati yang ada pada lapisan luar kulit kita. Walau tubuh kita juga memiliki cara tersendiri berkerja dengan sistem regenerasi kulit, perawatan eksfoliasi dapat memperlancar jalannya proses tersebut.
Perkara ini tidak terkecuali kulit kepala. Eksfoliasi pada kulit kepala juga memberikan manfaat serupa yang dirasakan pada kulit di bahagian tubuh lain agar kulit kepala tetap bersih dan melancarkan sirkulasi darah yang dapat memperbaiki pertumbuhan rambut.
Selain itu, kaedah eksfoliasi juga memberikan efek menyegarkan pada kulit kepala. Perawatan ini tentu akan sangat berguna bagi anda yang memiliki masalah kelemumur, kulit kepala kering, dan kulit kepala berminyak.
Bagaimana cara eksfoliasi kulit kepala?
Sebagai langkah pertama, mulakan dengan menyikat lembut kulit kepala menggunakan teasing brush atau sikat kecil khusus untuk rambut. Langkah ini berfungsi untuk membersihkan kulit kepala dan memastikannya bebas dari kotoran sebelum anda menggunakan produk eksfoliasi.
Biasanya, produk exfoliant digunakan pada kulit kepala ketika rambut masih dalam keadaan basah. Cara pemakaiannya, hanya perlu menyisir rambut dengan jari sambil memisahkan helaiannya agar tidak kusut satu sama lain.
Lalu aplikasikan exfoliant, dengan menggunakan tangan atau gunakan sikat dan sarung tangan khusus agar pemakaiannya lebih serata. Urut kulit kepala dengan perlahan untuk mengangkat sel kulit mati.
Walau kaedah urutan kulit kepala boleh dilakukan setiap hari atau ketika syampu, sebaiknya produk exfoliant hanya digunakan satu hingga dua kali seminggu. Ini dikeranakan penggunaan produk khusus eksfoliasi yang digunakan akan menyebabkan kulit kepala anda jadi sensitif dan memproduksikan lebih banyak minyak untuk melindungi lapisannya.
Berikut adalah pilihan jenis produk yang boleh Anda gunakan untuk eksfoliasi rambut:
Physical exfoliant
Physical exfoliant merupakan produk exfoliasi yang bersifat kasar dan mengandung partikel berupa butiran-butiran kecil. Tekstur yang dimiliki oleh exfoliant jenis ini terasa kasar. Biasanya, produk ini seperti skrub dan memiliki fungsi untuk mengangkat sel kulit mati.
Cara menggunakannya, anda harus mengurut produk eksfoliasi ini pada kulit tempat tumbuh rambut secara perlahan untuk membuat bekerjanya. Exfoliant ini sesuai digunakan anda yang memiliki kelemumur atau masalah lebihan minyak pada kulit kepala. Namun, produk ini sebaiknya tidak digunakan pada anda yang berkulit sensitif kerana dapat mencetuskan keradangan.
Chemical exfoliant
Chemical exfoliant memiliki kandungan zat kimia aktif sehingga anda tidak perlu mengurut kulit kepala setelah pengaplikasiannya kerana produk jenis ini akan bekerja sendiri. Salah satunya adalah produk eksfoliasi yang mengandung alpha-hydroxy-acid (AHA). AHA bekerja pada kulit kepala dengan melemahkan ikatan di antara sel kulit mati sehingga lapisan luar sel tersebut akan gugur dengan sendirinya.
Masker eksfoliasi dari bahan natural
Anda juga dapat membuat ramuan eksfoliasi untuk kulit kepala sendiri di rumah. Bahan-bahan natural yang digunakan juga tentu akan lebih selamat dan memiliki risiko iritasi minima. Jika anda khuawatir bahan-bahan pada produk eksfoliasi di pasaran akan menyebabkan masalah pada kulit kepala, cara ini boleh anda cuba.
Bahan-bahan:
2 sudu makan gula pasir atau gula perang
2 sudu makan serbuk oatmeal
2 sudu makan hair conditioner
Untuk membuatnya, campurkan ketiga-tiga bahan tersebut. Gunakan pada kulit kepala dan rambut setelah membilas dengan syampu. Urut kulit kepala dengan lembut dan bilas hingga bersih.
Kulit kepala merupakan tempat di mana rambut anda tumbuh. Demi rambut yang sihat, perawatan kulit kepala seperti eksfoliasi perlu anda ambil perhatian. Namun, perlu nasihat pakar dahulu penggunaan exfoliant pada doktor jika anda memiliki masalah kulit tertentu seperti psoriasis. Hentikan perawatan ketika anda mulai mengalami pembengkakan atau iritasi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...