Anda masih ingat kepada pemuda Kelantan yang pernah viral kerana muncul membanggakan dalam sebuah rancangan di Korea ? Ya, Khalid namanya. Beliau yang sememangnya fasih berbahasa Korea kerana telah menuntut pengajian dan menetap di sana juga telah berkahwin dengan gadis Korea yang sangat manis orangnya iaitu Lee Seul.
Mereka kini berada di Malaysia bagi menyambut perayaan Syawal di kampung halaman Khalid yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Apa yang lebih menarik adalah penampilan Lee Seul yang bertudung sewaktu menyambut Aidilfitri. Mari kita lihat !
Seronoknya melihat kehidupan mereka ini Ternyata perbezaan budaya tidak meletakkan jurang antara mereka malah membuatkan ikatan mereka makin kuat. Moga perkahwinan mereka terus kekal hingga ke Jannah. Untuk mengetahui lebih lagi mengenai kehidupan mereka, bolehlah mengikuti akaun instagram mereka @karllead_n_leeseul.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penghawa dingin memang sangat selesa terutama sekali apabila ada di rumah. Sangat seronok apabila bekerja di bawah hembusan penghawa dingin. Ramai antara kita yang rasa selesa apabila adanya penghawa dingin. Jadi, pernahkah anda terfikir bahawa penghawa dingin boleh membuatkan kulit dan mengelupas.
Penghawa dingin dapat menyerap segala lembapan di sekekliling dan menyebabkan kulit menjadi kering dan tidak bermaya. Jadi apa yang menyebabkan penghawa dingin boleh mempengaruhi kulit kita? Udara sejuk sememangnya dapat membuatkan kulit kering dan mengelupas. Walaupun penghawa dingin juga bertindak untuk tapi segala kekotoran seperti debu dan asap di sekeliling kita.
Kajian mengatakan kulit yang tampak kering dan juga tidak bermaya, kurang fleksibel, malah tidak dapat memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Dalam pada masa yang jika kulit anda kering dapatkan mata kita mudah gatal dan juga merah-merah. Selain dari kulit yang kering, penggunaan aircond juga menyebabkan:
1. Wajah anda hilang kelembapan semula jadi
Tahukah anda kulit wajah anda akan menghasilkan minyak yang untuk kesihatan kulit kita dan untukmengekalkan keanjalannya. Akan tetapi penggunaan penghawa dingin membuatkan suhu di sekeliling and menjadi rendah dan menyebabkan minyak di kulit anda terbantut.
Kulit anda akan menjadi kering dan tidak bermaya lagi. Apabila kulit anda kering akan menyebabkan kulit tidak sihat dan mengalami dehidrasi.
2. Kulit kering, mengelupas dan nampak lebih tua
Kelembapan di kulit membuatkan ianya menjadi rakan baik buat kulit kita. Tanpa kelembapan ia tidak akan dapat mengekalkan keanjalannya. Tetapi, apabila and aberada di bawah hembusan penghawa dingin, kulit akan jadi sangat kering dan kelembapan akan menghilang. Kondisi akan menjadi lebih teruk jika anda tidak minum air dengan mencukupi. Maka kekurangan air akan menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Ini akan menyebabkan wajah anda nampak lebih berkedut.
3. Kulit jadi rosak
Masalah kulit kering ini sering dikenali atau menyebabkan dermatitis. Jadi untuk individu yang mempunyai penyakit kulit eczema, psoriasis atau rosacea boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. Selain itu juga perubahan suhu membuatkan kulit kering dan mengelupas yang sangat ekstrem. Tambah-tambah lagi apabila keadaan di Malaysia ini panas dan perubahan suhu merupakan sesuatu yang kerap berlaku.
Lindungi kulit anda daripada sejuk pendingin hawa.
Anda tidak perlu menutup peghawa dingin atau kekal duduk di bawah kapas untuk mendapatkan kulit yang cantik dan lembap. Penjagaan yang baik dan betul akan mengekalkan kulit anda sihat walaupun setelah berjam-jam di bawah pendingin hawa. Maka, kulit yang mengering dan mengelupas dapat di atasi dengan baik. Pastikan anda melakukan seperti yang dicadangkan oleh Hello doktor ini:
Pastikan anda minum air yang mencukupi dan pastikan untuk minum lebih daripada 8 gelas setiap hari.
Pastikan anda menggunakan moisturizer untuk kekalkan kelembapan kulit anda.
Pastikan juga untuk rehat sebenatar daripada kesejukan penghawa dingin. Keluar dan dapatkan udara yang segar. Tutuplah penghawa dingin tersebut untuk beberapa jam.
Pastikan anda menggunakan penapis udara atau humidifier untuk membantu meningktkan kualiti udara di dalam rumah anda. Pada masa yang sama alat ini dapat membantu mengekalkan udara di rumah atau tempat kerja anda menjadi terlalu kering.
Elakkan untuk menggunakan sabun yang kasar untuk kulit anda. Sabun jenis ini akan membuatkan kulit kering dan mengelupas.
Jangan sesekali lupa untuk menukar penapis pendingin hawa anda setiap 4 hingga ke 6 minggu.
Akhir kata, bekerja di bawah penghawa dingin sangat seronok tetapi untuk memberikan kulit bernafas sekali-sekala. Pastikan anda biarkan kulit mengering dan juga mengelupas. Untuk mendapatkan kulit yang lembap dan cantik lakukanlah langkah di atas. Siapa lagi yang akan menjaga kulit anda.
Terserlah reaksi teruja Imran Aqil ketika melakukan unboxing kereta elektrik pertamanya. Murah sungguh rezeki Imran Aqil dan isterinya Dahlia Rizal selepas kahwin.
Hampir sembilan bulan mendirikan rumahtangga, pasangan sepadan Dahlia Rizal dan Imran Aqil dilihat semakin murah rezeki.
Setiap kali memuat naik hantaran di Instagram peribadi mereka, terserlah kebahagiaan pasangan terkenal ini.
Malah, ramai yang terhibur dengan content pasangan ini di media sosial yang sering memaparkan gelagat mereka yang suka bergurau dan ‘menyakat’ antara satu sama lain.
Untuk info, Dahlia Rizal dan Imran Aqil mendirikan rumahtangga pada September 2023.
Dahlia Rizal atau nama penuhnya Nur Dahlia Ahmad Rizal yang kini berusia 23 tahun merupakan seorag model tanahair yang namanya sedang meningkat naik.
Manakala Imran Aqil merupakan seorang bekas penyampai radio serta pelakon.
UNBOXING
Baru-baru ini, Imran Aqil ada berkongsi satu hantran ketika membuat video unboxing kereta jenis elektrik pertamanya iaitu BYD Seal berwarna putih.
Hantaran tersebut dikongsi oleh Imran Aqil di TikTok sekaligus mencuri perhatian ramai.
Kejadian seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang maut kerana tersepit apabila kereta dipandunnya remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori tanah di Jalan Bukit Kachi, Changlun semalam memang mengejutkan ramai pihak.
Mangsa, Insyirah Az-Zahra Mohd Jasni,21, dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke kampus UUM di Sintok sebelum kereta Perodua Kenari dipandunya bertembung lori yang dipercayai terbabas ke laluan bertentangan kerana hilang kawalan dalam kejadian kira-kira 2.45 petang.
Lebih menyedihkan, beberapa hari sebelum kejadian, arwah telah memuat naik tweet di laman twitternya yang menunjukkan betapa terujanya arwah untuk menyambut Hari Raya selepas mendapatkan kain songket.
Beruntungnya arwah apabila ramai yang turut serta melakukan solat jenazah buat dirinya.
Netizen juga berasa sebak apabila melihat retweet daripada arwah yang seolah-olah memberi bayangan dia mahu pergi tak lama lagi.
Benarlah tiada syarat untuk mati melainkan hidup. Sememangnya kematian itu tidak mengenal usia dan tidak kira samada kita bersedia atau tidak. Untungnya arwah dijemput Tuhan dalam bulan Ramadhan ini. Rehatlah kamu di sana Insyirah. Moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...