Jika semalam telah berlangsung acara berinai antara pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Dan beberapa jam sebelum akad nikah pula diadakan majlis bersiram sebelum keduanya diijabkabul. Petang tadi hanya sekali lafaz, kedua-duanya sah sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menariknya majlis pernikahan ini memilih tema Jawa untuk menyempurnakan adat itu di sebelah pihak pengantin lelaki.
Dalam majlis berkenaan, Mawar menerima wang mas kahwin RM900 beserta tujuh dulang daripada pihak lelaki. Sementara di pihak Mawar turut menyerahkan sembilan dulang kepada pihak Raf. Majlis akad nikah yang ringkas itu turut dimeriahkan
dengan kehadiran 500 tetamu terdiri daripada sanak saudara serta rakan artis dan media.Agak berbeza dengan mempelai lain yang rata-rata memilih kurung moden atau dress di hari bahagia mereka. Tetapi Mawar dan suami sepakat menggayakan persalinan Jawa. Cantik sekali Mawar mengayakan persalinan tradisional Jawa rekaan Cosry dengan kebaya lace serta berkain batik.
Juntaian bunga di kepala melengkapkan lagi penampilan bak Ratu Jawa. Penampilan Mawar sebagai ratu sehari turut terserlah dengan solekan yang menyerlahkan lagi kejelitaan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Saputri Wan Abdul Rashid.
Keduanya turut menerima ucapan tahniah daripada follower yang mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke anak cucu.
@nurfatihaamran Alhamdulillah. Akhirnyaaaa. Tahniah kak mawar
@via_shiemoba Congratulation@mawarashid kekal hingga ke anak cucu
@dygnorzanah Alhamdulillah tahniah smoga kekal hingga ke jannah. Aminnn…
@aqilah.deen Alhamdulillah. Semoga kekal hingga jannah. Aamiin
Sebelum itu, pasangan ini telah bertunang Julai lalu setelah keduanya diperkenalkan oleh rakan baik mereka, Emma Maembong. Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob merupakan adik kepada Datuk Fazley Yaakob ini adalah duda anak dua.
Majlis untuk resepsi pasangan ini nanti akan diadakan pada 1 Disember depan. Admin ucapkan tahniah dan semoga bahagia hingga ke jannah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM, MAWAR RASHID, COSRY & KAKI FOTO