Mawar Fizo Dedah 3 Pesanan PENTING Untuk Bakal Ibu Hasil PERKONGSIAN Berguna Dari Dr Hamid Arshat

Share

Tidak lama lagi pasangan Fizo Omar dan Mawar akan menerima kehadiran cahaya mata sulung dalam hidup mereka. Pasti peminat keduanya tidak sabar untuk menantikan kehadiran si kecil ini. Apatah lagi teman artis lain telah selamat menimang anak pertama mereka. Dalam satu posting dimuat turut, Fizo dan Mawar mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Ramai netizen mengucapkan tahniah setelah mengetahui jantina bayi dikandung Mawar.

@geeboo_organic_naturalbeauty Alolo.. Gegel ya.. Moga selamat ibu dan anak. Aamiin

@kakmaneh_bakes yeay..bby girl..tahniah puan mawar

@jatkdh_02 Baby girl ke mestu lawa mcm ibu dia

@itsmeika_js Wahhh baby girl..mest cute ni..semoga selamat semua nya.

Mawar kini berada pada trimester terakhir kehamilan dan seperti pasangan lain, mereka juga tidak terkecuali membuat rutin check-up di hospital. Seperti yang kita maklum, pasangan ini memang membuat rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat.

Dalam setiap pertemuan pasti akan diselitkan beberapa tip dan panduan

berguna kepada yang pertama kali bergelar ibu dan bapa. Pasangan ini juga tidak terkecuali menerima nasihat berguna daripada pakar sakit puan tersohor ini.

Dalam rutin check-up mereka, Fizo dan Mawar mengucapkan terima kasih kepada Doktor Hamid atas segala perkongsian tip berguna yang diberikan kepada mereka. Malah keterujaan bergelar ibu menyebabkan Mawar turut berkongsi tip yang disampaikan oleh doktor berkenaan di laman Instagramnya yang boleh dijadikan panduan buat mereka di luar sana.

Mawar memberitahu setiap bakal ibu perlu mendidik anak sejak dalam kandungan lagi. Bakal ibu perlu bercakap dengan bayi mereka apa yang kita buat. Misalnya kalau bangun atau mahu tidur, beritahu pada bayi semoga menjadi anak yang soleh/solehah dan mendengar kata

ibu bapa.

Ini kerana menurut Mawar, setiap percakapan itu akan direct pada pendengaran bayi yang di kandung. Oleh sebab itu jika bakal ibu itu mengalami stress, bayi juga akan turut terkena tempiasnya.

Artikel Berkaitan: Kaedah Hamil Melalui IUI Detail Perkongsian Wanita Ini

Juga Mawar mengingatkan agar bakal itu menjaga percakapan mereka dan anggap bayi itu sudah ada depan mata (walaupun masih dalam kandungan). Dan jangan lupa untuk bercerita setiap perjalanan yang dilalui agar bayi itu tahu bagaimana keadaan sebenar ibunya.

Perkongsian Mawar ini juga turut mendapat respon positif dari followernya. Ada yang turut berkongsi pengalaman mendidik bayi melalui tip yang diberikan oleh Doktor Hamid.

@ffaizura76Alhamdulillah..masih sihat lg Prof..sy juga pernah alami mslh yg sama spt mawar..alhamdulillah, slps jumpa Prof sy mengandung..saat tau mengandung rutin sy berubah..msa lebih di beri pd ank dlm kandungan..setiap hari sy mendgr, amalkn surah2 maryam, yusuf n bbrp surah2 lain..no tv no music..sy bnyk berckp dgn baby di dlm perut..alhamdulillah, segalanya di mudahkn..now umur ank sy dh nk masuk 11 thn..n 2 thn lps sy berjumpa prof utk cuba 2nd baby..namun Allah blm nk bg rezeki lg..selain faktor umur..in shaa allah jika kita berusaha, berdoa n bertawakal, pasti akn di izin olehNya..semoga Allah permudahkn segala urusan mawar n suami..aamiin..

 Nampaknya pasangan ini seperti sudah bersedia untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka. Kedua-duanya dilihat sudah bersedia mental dan fizikal untuk menjadi ibu dan bapa kepada ‘anak mami’ yang dikongsi bersama. Walaupun sarat hamil tetapi Mawar tetap nampak comel dan dia juga aktif bekerja menguruskan kerja di butik.

Pastinya ramai tak sabar untuk melihat anak mereka berdua. Mesti akan comel dan cantik seperti ibu dan ayahnya nanti. Admin doakan dipermudahkan urusan kelahiran bayi ini nanti. Semoga segala pesanan dan panduan dari Doktor Hamid Arshad akan terus kekal diingatan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAWAR KARIM

Published by
Siti Zurina