Salam Maulidur Rasul 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi buat semua umat islam di seluruh dunia. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad wa alihi washahbihi wasallim. Jom semua, bersempena hari ini iaitu 12 Rabiulawal marilah kita memanjatkan doa dan juga perbanyakkan berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu amalan yang agung dan besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.

Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku” 

Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.

Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.

TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.

Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.
Sumber gambar dari facebook Habib Nael Ben Taher

“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.

“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.

Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.

Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:

1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Ads

2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).

Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.

3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.

4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.

Ads

5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.

6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).

7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).

Ads

8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.

Artikel berkaitan: Sambut Hari Maulidur Rasul, Ini Penjelasan Yang Perlu Kita Ambil Tahu

DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

 

Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.
Sumber gambar dari mstar
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَكْرَمَنَا بِمِيْلاَدِ خَيْرِ اْلأَناَمِ أَرْسَلَهُ رَبُّهُ رَحْمَةً وَقُدْوَةً صَالِحَةً يَقْتَدِىْ بِهِ الْمُؤْمِنُوْنَ. وَيَأْبىَ قُدْوَتَهُ الْجَاحِدُوْنَ الضَّالُّوْنَ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الَّذِىْ بَعَثَهُ الله ُ لِلإِيْمَانِ مُنَادِياً وَإِلَى الشَّرِيْعَةِ الْغَرَّاءِ هَادِيًا وَدَاعِيًا وَبِالْمَعْرُوْفِ ءَامِرًا وَعَنِ الْمُنْكَرِ نَاهِيًا وَنَشَرَ فِى النَّاسِ مَبَادِئَ الْعَدَالَةِ اْلإِجْتِمَاعِيَّةِ وَالْحُرِّيَّةِ وَالْمُسَاوَاةِ وَاْلإِخَاءِ حَتىَّ صَارَ الناَّسُ بَعْدَ ذَلِكَ بِنِعْمَةِ اللهِ إِخْوَانًا. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ الَّذِيْنَ سَلَكُوْا طَرِيْقَهُ وَاتَّبَعُوْا نَهْجَهُ وَهَدْيَهُ.
Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Artikel berkaitan: Rabi’ulawal Bulan Kelahiran Rasulullah SAW Dan Juga Sejarah Islam, Ketahui Dengan Lebih Lanjut

Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul ini, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.
اَللَّهُمَّ إِناَّ نَسْأَلُكَ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِكَ تَهْدِيْ بِهَا قُلُوْبَنَا وَ تَجْمَعُ بِهَا أُمُوْرَنَا وَ تَلُمُّ بِهَا شَعَثَنَا وَ تَرُدُّ بِهَا الْفِتَنَ عَنَّا وَ تُصْلِحُ بِهَا دِيْنَنَا وَ دُنْيَانَا.
Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat memerintah negara kami yang tercinta ini.
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَ اْلإِكْرَامِ
Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.
Alhamdulillah, demikianlah sedikit sebanyak tujuan dan sebab kenapa kita menyambut Maulidur Rasul. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W sempena Hari Keputeraan baginda ini. Semoga kita mencontohi peribadi mulia Rasulullah SAW serta menghayati Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan beroleh syafaat daripada Baginda di Padang Mahsyar kelak. Amin.. 

Sumber info dan gambar: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mstar dan Google 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=G3OzP_np5WQ

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI