Pada hakikatnya, kematian merupakan satu ketentuan Allah SWT. Setiap manusia pasti akan akan mengalami kematian, sama ada dalam keadaan biasa, atau dalam keadaan mengejut.
Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
Ads
(Surah al-A’raf: 34)
Kematian mengejut merupakan di antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:“(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.”
Riwayat Imam Ahmad (25556)
Disebut di dalam kitab Fath al-Bari bahawa sebahagian daripada ulama’ salaf tidak menyukai kematian yang datang secara mengejut. Hal ini kerana dikhuatiri ia tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meninggalkan wasiat dan juga bagi mempersiapkan diri untuk bertaubat serta melakukan amal-amal soleh yang lain. Perkara ini dinukilkan oleh Imam Ahmad dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’i.
Imam al-Nawawi menukilkan bahawa beberapa orang daripada kalangan sahabat Nabi SAW dan juga orang-orang soleh meninggal secara mengejut. Imam al-Nawawi berkata, “Kematian mengejut itu disukai oleh para muqarrabin (mereka yang sentiasa menjaga amal kebaikan kerana merasa diawasi oleh Allah).”
Rujuk Fath al-Bari (3/245)
Al-Hafiz Ibnu Hajar kemudian berkata, “Dengan yang demikian, maka kedua pandangan di atas dapat disatukan.”
Ads
Lihat Fath al-Bari (3/255)
Disebut bahawa Luqmanul Hakim pernah memberikan nasihat peringatan kepada anaknya tentang kematian mengejut. Daripada Uthman bin Zaidah, beliau berkata:
Maksudnya: Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya dengan berkata: “Wahai anakku! Janganlah kamu menunda-nunda taubat, sesungguhnya kematian akan datang secara tiba-tiba…”
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (6802)
Akhir kalam, marilah kita sama-sama memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita kematian dalam Husnul Khatimah sebagaimana yang selalu didoakan oleh salafus soleh:
Bulan Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang amat hebat dan besar. Beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian.
Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya. Melalui perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi beliau berkongsi tentang mengapa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah cukup istimewa.
Photo by michael-burrows-from Pexels.
HARI YANG LEBIH BAIK DARI JIHAD
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”(HR al-Bukhari)
Photo by michael-burrows from Pexels.
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari)
Photo by shams-alam-ansari from Pexels.
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Tanpa disedari ramai di kalangan kita yang mengalami kemurungan atau depresi. Ada yang mengalami kemurungan tahap biasa dan ada juga sampai kritikal hingga perlu menjalani rawatan secara berterusan di hospital.
Selain dari menjalani rawatan di hospital, terdapat juga ikhtiar yang boleh dilakukan seseorang yang mengalami kemurungan dengan cara Islam.
perkongsian di laman sosial Facebook dengan cara mengamalkan beberapa ayat Al-Quran yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah ini daripada berlarutan. Juga cara bagaimana seseorang itu boleh belajar melawan kemurungan.
Antara adalah dengan membaca surah Al-Quran dicadangkan, berkawan dengan mereka yang positif dan jangan lupa untuk solat.
Dan ini pula antara ayat-ayat Al-Quran boleh diamalkan sebagai ketahanan diri melawan masalah kemurungan ini.
Jika diamalkan setiap hari, insya-Allah akan membuatkan jiwa kita kuat dan tenang dalam berdepan situasi getir ini.
Turut dikongsi juga adalah doa yang boleh diamalkan ketika bersedih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi mendapat keampunan daripada Allah melalui ibadat puasa, maka puasa perlu dilaksanakan mengikut tatacara yang betul. Harapan kita agar puasa yang ditunaikan ini diterima oleh Allah.
Walau bagaimanapun berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi sebenarnya ianya lebih daripada itu.
Photo by Meruyert Gonullu from Pexels
BERPUASA TETAPI MASUK NERAKA
1. Dalam berpuasa ini, elakkan diri kita dari menyakiti orang lain. Tidak kira samada menyakiti mereka di dalam media sosial, secara verbal atau bertulis. Ini kerana perbuatan tersebut akan mengganggu kualiti puasa seorang muslim.
2. Dalam sebuah hadis, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti jirannya. Sahabat tersebut bertanya:
إِنَّ فُلَانَةَ تُصَلِّي اللَّيْلَ ، وَتَصُومُ النَّهَارَ ، وَفِي لِسَانِهَا شَرٌّ تُؤْذِي جِيرَانَهَا سَلِيطَةٌ ، قَالَ : لَا خَيْرَ فِيهَا ، هِيَ فِي النَّارِ
“(Wahai Rasulullahﷺ), terdapat seorang perempuan yang bangun Qiyamullail dan berpuasa pada siang hari, tetapi dia menyakiti jirannya dengan kata-katanya. Rasulullah lantas bersabda: “Tiada kebaikan di dalam amalannya. Sesungguhnya dia di dalam neraka.” (Musnad al-Bazzar)
3. Ini bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن لم يَدَع قولَ الزور والعملَ به والجهل، فليس لله حاجة أن يدَع طعامه وشرابه “Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang tidak elok malah beramal dengannya serta (tidak meninggalkan) kejahilan, maka tiada gunanya di sisi Allah buat mereka yang meninggalkan makan dan minum mereka itu.” (Sahih al-Bukhari)
4. Hadith ini mengajar kita bahawa, dalam berpuasa, kita bukan sahaja perlu menahan diri dari makan minum, tetapi mengelakkan diri dari menyakiti saudara Muslim kita.
Semoga Allah membimbing kita.
HIJABISTA: Ketika berbuka puasa, tubuh memperoleh semula sumber tenaga dalam bentuk glukosa untuk setiap sel hidup khususnya sistem otak dan saraf. Ruginya bagi sesiapa yang meninggalkan ibadah puasa tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Tak terasa, Ramadan semakin menuju ke penghujung dan Syawal pula bakal menjelang. Inilah masa yang dinanti-nantikan—bukan sekadar untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi...