Umum mengetahui Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya cukup akrab dengan anak-anak tirinya, lebih-lebih lagi dengan dua menantunya pelakon dari seberang isteri kepada Ashraf, Tya Arifin serta Izara Aishah, isteri kepada Adib.
Terdahulu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ada berkongsikan foto bersama dengan kedua-dua menantunya di laman Instagram sewaktu keluar bersama ahli keluarga berjaya undang perhatian ramai.
Kejelitaan Dan Keayuan Wajah Tokti Terserlah Di Usia 45 Tahun!
Manakan tidaknya, menerusi hantaran berkenaan, difahamkan mereka berada di sebuah restoran mewah terletak di ibu negara bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalif. Dan, majlis berkenaan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian adalah penampilan Tokti, di mana netizen tidak dapat menyembunyikan keterujaan melihat keayuan penyanyi 45 tahun itu.
Malah, raut wajah yang kelihatan awet muda dan persis sebaya apabila bergambar bersama kedua-dua menantu tirinya iaitu Tya Arifin dan Izara Aishah.
Ads
Artikel berkaitan: “Dia Dah Siap Bertelekung Sebab Tunggu Waktu Solat” Pereka Fesyen EZUWAN ISMAIL Kongsi Momen…
Team HIJABISTA, sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat penyanyi nombor satu negara itu bersetuju bahawa penyanyi kesayangan mereka ini tak lapuk dek usia.
Ads
Mereka mengatakan ketiga-tiga wanita di dalam gambar berkenaan seakan di lingkungan umur yang sama meskipun usia TokTi jauh lebih berusia.
Di ruangan komen, ramai yang mula membanjiri komen dengan memuji keanggunan Tokti serta kedua-dua menantu tirinya.
Untuk rekod, Datuk Seri Siti Nurhaliza melangsungkan perkahwinan bersama ushaawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada tanggal 21 Ogos 2006, di Masjid Wilayah Persekutuan. Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 6 dan Muhammad Afwa, 3 tahun.
Ads
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Bilqis Abdul-Qaadir adalah pelopor dalam dunia pendidikan Islam dan hak wanita. Namanya disegani dan menjadi sejarah kerana dia merupakan wanita Islam pertama yang bermain bola keranjang NCAA (National Collegiate Athletic Association).
Bilqis Abdul-Qaadir merupakan seorang Hijabi Amerika yang sentiasa mempunyai impian besar untuk bermain bola keranjang profesional. Dia telah menunjukkan beberapa persembahan ‘cemerlang’ sepanjang kerjayanya, serta sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana keazamannya dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam.
Melakar Sejarah di NCAA (National Collegiate Athletic Association)
Menjadi wanita Islam pertama yang berhijab untuk bermain bola keranjang dalam sejarah NCAA adalah peluang yang baik untuk Bilqis mewakili Islam di pentas besar. Namun, Bilqis akui terbeban apabila menjadi ‘spotlight’ dan sorotan ramai. Dia akui bukan mudah untuk memecahkan persepsi masyarakat terhadap wanita berkulit hitam dan beragama Islam.
Dia mendedahkan bahawa menjadi ‘minoriti’ adalah perjalanan yang sangat sukar sukar. Ada ketikanya Bilqis terpaksa meminjam bilik persalinan pasukan lain untuk beribadat. Pun begitu, Bilqis mengakui berbangga dengan keimanan dan pegangannya.
“Menjadi satu-satunya orang Islam adalah sukar. Kami solat lima kali sehari, dan kadang-kadang saya perlu solat semasa latihan atau semasa perlawanan. Ada ketikanya saya terpaksa meminta izin untuk menggunakan bilik persalinan pasukan lain untuk solat. Tetapi saya semakin berbangga dengan iman saya dari semasa ke semasa.” katanya melalui Insider.
Bukan itu sahaja, dia telah diiktiraf sendiri oleh bekas Presiden Barack Obama sebagai ‘inspirasi’ dan dijemput ke Rumah Putih pada 2009. Bahkan, dia merupakan salah seorang daripada 14 orang Muslim Amerika yang dijemput ke ‘percubaan tertutup’ dengan Presiden Obama pada 2015.
Pertahankan hak untuk memakai hijab
Pada 2013, Bilqis menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya ketika dia bersedia untuk bermain di Eropah. Pemakaian hijabnya dikatakan melanggar peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa yang melarang penggunaan penutup kepala tertentu. Oleh itu, dia tidak dapat bermain secara profesional. Pada waktu itu, dia hampir menyerah dan berputus asa.
Bilqis mengambil masa empat tahun dan berjuang untuk menentang undang-undang tersebut sebelum Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa( FIBA) akhirnya meluluskan peraturan baharu yang membenarkan pemain memakai penutup kepala pada 2017.
Bilqis Abdul-Qaadir is the reason women can wear hijabs on FIBA basketball courts, but the four-year fight to get there sidelined her own basketball career
Peraturan baru tersebut telah berjaya membuka mata ramai. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut turut diguna pakai bukan sahaja kepada wanita Islam, tetapi juga kepada lelaki Sikh yang memakai serban dan lelaki Yahudi yang memakai ‘kippah’.
Tambahan itu, hasil perjuangannya, dia turut memenangi anugerah ‘Freedom from Fear (Bebas dari Ketakutan)’ di Kongres Dunia UNI di Liverpool kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam sejarah NCAA serta berani menentang peraturan FIBA .
“Mengetepikan impian bermain secara profesional adalah satu pengorbanan. Dalam kes saya, kadangkala anda boleh melepaskan sesuatu yang anda suka sebagai pertukaran untuk sesuatu yang lebih baik. Sekarang saya melihat buah pengorbanan saya.”’
Sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pemain Gatorade Massachusetts 2009, Western Massachusetts Player of the Year, C-USA Academic Medalist 2010 dan pelbagai anugerah lain.
Kisah perjuangan Bilqis turut difilemkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Life Without Basketball’ yang diiarahkan oleh Tim O’Donnell dan John Mercer pada tahun 2018.
Menggalakkan orang ramai memakai hijab
Hijabista sempat menjengah ke Instagram Bilqis dan mendapati dia masih meneruskan perjuangannya dan menggalakkan orang ramai untuk memakai hijab sempena World Hijab Day. Dia tidak lupa untuk memuji kecantikan dan usaha orang ramai dalam pemakaian hijab.
Bilqis kini merupakan pengarah sukan masjid London dan merupakan pengasas bersama Dribling Down Barriers, sebuah program latihan yang menggalakkan kepelbagaian dalam bola keranjang. Bilqis kekal komited terhadap kepelbagaian dan penyertaan dalam sukan dan sedang giat berusaha untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk gadis dan wanita Islam.
Dia juga merupakan seorang penceramah motivasi yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengejar impian mereka serta menjadi berani mengatasi pelbagai halangan dalam bidang yang diceburi. MasyaAllah, kisah perjuangannya wajar dipuji dan semestinya Bilqis Abdul-Qaadir merupakan pencetus inspirasi buat muslimah!
Jika selama ini ramai yang berkongsi cara untuk turunkan berat badan, tetapi kurang memberi tip bagaimana mahu menaikkan berat badan. Perkongsian di laman twitter ini memberi petua dan rutin pemakanan bagaimana mereka yang bertubuh kurus mahu mendapatkan berat badan ideal.
Dikongsi oleh pengguna laman sosial menggunakan nama akaun @syam131 memberitahu jadual pemakanan serta tip berguna yang boleh diikuti dan dijadikan panduan.
Jadual pemakanan berdasarkan pengalaman sebagai seorang pelajar.
Untuk sarapan pagi, ambil roti wholemeal bersama menega kacang atau telur separuh masak, oat dan juga minuman shake dari pisang.
Walaupun ada pelbagai pilihan tetapi tetap pilih roti bersama mentega kacang adalah yang terbaik.
Manakala untuk makan tengah hari ambil 2/3 mangkuk nasi, sumber protein, buah-buahan dan juga sayuran.
Lebihkan pengambilan nasi dan jika ambil ayam sebagai sumber protein pilih bahagian dada. Kurangkan pengambilan sayuran sebab boleh buat kenyang.
Untuk makan malam pula boleh ambil pemakanan seperti makan tengah hari atau boleh makan di kedai mamak dengan menu pilihan.
Bagi yang suka minum air manis, boleh kurangkan pengambilannya untuk mengelakkan menambahkan kalori.
Apa-apapun pengambilan sarapan pagi sangat penting memandangkan guna banyak tenaga.
Kalau anda seorang yang aktif bersukan, lebihkan pengambilan kalori. dan snack paling senang nak diambil adalah roti bersama mentega kacang.
Dan ini paling penting, paksa diri untuk makan sekurang-kurangnya pengambilan kalori yang mencukupi. Kalau tiada selera, ambil makanan yang boleh naikkan selera atau pengambilan vitamin.
Juga diingatkan jangan sesekali putus asa dan ambil jalan singkat walaupun pelbagai rintangan dihadapi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sesekali anda boleh berkongsi detik di media sosial dalam bentuk kata-kata hikmah Islamik untuk wanita yang membantu mengingatkan sesama muslimah. Kadang-kadang, kata-kata bijak Islam untuk wanita juga boleh menjadi dorongan kepada sesama wanita.
Anda boleh memetik petikan Islam atau mengambil kata-kata bijak Islam untuk wanita dari Al-Quran. Sedang mencari kata-kata bijak islamik untuk wanita?
Pakaian wanita sifat malunya
“Wanita yang berpakaian sopan ibarat mutiara dalam cangkangnya.”
“Kamu dilarang mewarisi wanita di luar kehendaknya. Juga janganlah kamu berlaku kasar kepada mereka, sehingga kamu mengambil sebahagian dari mahar yang kamu berikan kepada mereka, kecuali jika mereka melakukan zina yang terang-terangan. Sebaliknya, tinggallah bersama mereka di atas pijakan. kebaikan dan persamaan. Jika kamu membenci mereka, kamu boleh membenci sesuatu dan Allah akan mendatangkan banyak kebaikan melaluinya.” (Quran 4:19)
“Sebaik-baik perhiasan wanita ialah sifat malunya.” – Fatimah az-Zahra RA
“Gadis boleh menjadi tiket ke Jannah, besarkan mereka dengan baik.”
“Kecantikan wanita tidak terletak pada wajahnya, warna kulitnya, atau hartanya. Kecantikan yang sebenar adalah pada hatinya, keimanannya, ketakwaannya, dan kecintaannya kepada agamanya. Hanya sedikit lelaki yang memahaminya. Malah lebih sedikit wanita yang melakukannya.”
“Janganlah kamu melarang wanita solat di masjid. Padahal solat mereka di rumah lebih baik (bagi mereka).”
“Kesederhanaan adalah mahkota seorang Muslimah. Hijab memaksa lelaki untuk memandang wanita dengan hormat dan bukannya sebagai objek.”
“Islam telah mengangkat darjat wanita dari bawah bumi setinggi-tingginya sehingga syurga terletak di tapak kakinya.”
“Tiada wanita di dunia ini yang lebih cantik daripada seorang muslimah yang berpakaian kerana Allah. Kecantikan terletak pada imannya, bukan wajahnya.”
“Selepas Iman tidak ada pahala yang lebih besar daripada isteri yang solehah.” – Hazrat Umar Farooq RA
“Sekiranya mata wanita menangis kerana lelaki yang menzaliminya, malaikat akan melaknatnya dengan setiap langkah yang dilaluinya.” – Ali bin Abi Talib
“Aib dan kesopanan seorang lelaki adalah kebaikan yang sangat baik, tetapi keaiban dan kesopanan seorang wanita lebih daripada itu.” – Abu Bakar
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap wanitanya.” – Nabi Muhammad SAW
“Islam menganggap lelaki kuat dan wanita lemah lembut dan anggun. Ini bukanlah penghinaan terhadap wanita atau penghinaan kepada lelaki; ia sebenarnya adalah pandangan yang wajar terhadap fitrah mereka.” – Ayatollah Khamenei
“Kesederhanaan ialah bagaimana anda berurusan dengan kecantikan, bukan bagaimana anda mengelakkannya.” – Dr Tariq Ramadhan
Menyangyangi dan dihormati
“Isteri anda sepatutnya menghormati ibu bapa anda, tetapi dia tidak berada di sana untuk berkhidmat kepada mereka dan anda.” – Nouman Ali Khan
“Perempuan yang jahat kepada lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat kepada perempuan yang jahat dan perempuan yang baik kepada lelaki yang baik, dan lelaki yang baik kepada perempuan yang baik.” – QS. An Nur:26
“Hak wanita ke atas lelaki adalah sama seperti hak lelaki ke atas wanita.” – QS. Al Baqarah:228
“Tidak ada wanita di belakang lelaki yang hebat. Dia berada di sebelahnya. Dia bersamanya, bukan di belakangnya.” – Tariq Ramadan
“Kecantikan yang abadi terletak pada kecantikan adab dan ilmu seseorang. Bukan pada wajah dan pakaiannya.” – Buya Hamka
“Wanita yang solehah ialah mereka yang taat (kepada Allah) lagi memelihara diri ketika (suaminya) tiada, kerana Allah telah memelihara (mereka).” – QS. An Nisa:34
“Wanita adalah amanah Allah kepada anda, jangan sakiti mereka dan jangan paksa mereka.” – Ali bin Abi Talib
“Wajah cantik wanita pemikat, wanita cantik dari hati memikat kekasih, perwatakan wanita cantik memikat lelaki.”
“Seluruh dunia adalah rezeki, sebaik-baik tujuan kemaslahatan dunia ialah wanita solehah.”
“Seorang wanita solehah lebih baik daripada seribu lelaki durhaka.” – Nabi Muhammad SAW
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...