Setiap umat Islam pastinya ingin menjejakkan kaki di tanah suci, Mekah. Pelakon popular, Syifa Melvin juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan umrah bersama-sama dengan keluarga kekasihnya, pemain bola Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid. Difahamkan, kakaknya Syafiqa Melvin turut menyertai menunaikan ibadah tersebut.
Sepanjang Syifa berada di tanah suci, dia sentiasa berkongsi gambar bersama peminatnya menerusi laman Instagram miliknya. Ternyata, kecantikan yang dimiliki oleh pelakon ini ialah kecantikan yang semula jadi! Tanpa mengenakan sebarang solekan pun, wajahnya tampak berseri dan menawan!
Netizen juga tidak putus-putus memuji kecantikan semula jadi pelakon ini diruangan komen gambar. Ada juga yang turut mendoakan agar perjalanan umrah Syifa Melvin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Team Hijabista juga mendoakan agar umrah yang dilakukan oleh pelakon Syifa Melvin ini diberkati oleh-Nya dan dipermudahkan segala urusannya..InsyaAllah Amin YRB!
Sumber gambar: Instagram Syifa Melvin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadual Padat Dan Sibuk Bekerja, Nabila Razali Pilih Untuk Sentiasa Cergas Dan Sihat. Rahsia Untuk Sentiasa Berseri!
Nama Nabila Razali bukanlah asing dalam industri muzik tanah air. Kekuatan vokal serta melodi lagu yang berbeza (urban) melonjakkan namanya dalam persada seni tanah air. Single Peluang Kedua yang sering kali diputarkan di corong radio menjadi tiket bagi dirinya untuk bertapak lebih kukuh dalam industri ini. Pun begitu, Nabila tidak hanya fokus dalam bidang nyanyian sahaja malah dia juga melebarkan sayap kariernya dalam bidang lakonan.
Pernah membintangi beberapa drama seperti Hikayat Cinta Si Pematah Hati sebagai Wafeen Wardah menjadikan Nabila Razali artis yang versatil. Melangkah lebih tinggi lagi, Nabila juga pernah membintangi sebuah filem bertajuk Keluarga Iskandar The Movie. Walaupun jadualnya padat, namun Nabila masih kekal ceria, aktif dan masih mampu tersenyum di hadapan khalayak Team Hijabista berkongsi rahsia Nabila menjaga kecantikan wajah dan kesihatan.
1. Apakah definisi kesihatan bagi Nabila?
Bagi saya, maksud kesihatan yang baik itu apabila tubuh badan sentiasa mempunyai stamina yang cukup untuk melakuan apa jua aktiviti.
2. Di usia yang muda, bagaimana Nabila mengekalkan momentum untuk melakukan segala aktiviti harian?
Saya mengamalkan pengambilam supplement,vitamin terutamanya vitamin c dan sentiasa minum air sebelum memulakan hari saya. Pengambilan air yang cukup juga menghindari tubuh saya dari dehidrasi.
3. Adakah Nabila mempunyai waktu terluang untuk memanjakan diri? Mungkin ke spa?
Ya. Saya suka pergi ke spa untuk scrub dan massage. Ia membuatkan tubuh saya menjadi segar dan kulit lebih sihat.
4. Mengenai kesihatan kulit, apakah rejim kecantikan yang Nabila amalkan?
Sebagai wanita, kulit antara bahagian yang paling penting bagi saya. Albella Beauty adalah produk kecantikan pilihan saya dan untuk hasil yang terbaik, saya melakukan scrub 3 hari sekali.
5. Bagaimana pula dengan senaman? Adakah Nabila peminat gym?
Oh, saya tidak ke gym tapi saya lakukan senaman ringkas yang tidak memerlukan alatan seperti jogging dan sebagainya bersama rakan-rakan. Selalunya, saya juga akan melakukan aktiviti riadah bersama keluarga. Itu sudah memadai.
6. Selain berjumpadoktor,apakah yang Nabila akan ambil apabila demam panas atau selsema?
Selalunya air honey lemon dan mandi dengan air panas membantu mengurangkan demam atau selsema saya dengan cepat.
7. Bagaimana pula dengan rawatan tradisional?
Bagi saya, rawatan tradisional ada kalanya masih relevan, namun saya lebih suka untuk berhubung dengan doktor sekiranya saya sakit.
8. Kongsikan mengenai amalan diet Nabila.
Diet saya sangat mudah dan ringkas. Saya akan ambil nasi dengan kuantiti yang sedikit berbanding lauk.Apa yang penting,menu saya pasti ada
sayur kerana sayur-sayuran mengandungi banyak khasiat. Oh ya! Saya juga agak cerewet apabila berkaitan dengan daging ayam dan sebagainya kerana saya akan asingkan lemak terdahulu.Saya tidak makan lemak.
9. Kongsikan tip ringkas untuk sentiasa kekal sihat dan cergas.
Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan tubuh badan segar dan sihat.Bahkan kita juga tahu mengenai kebaikan meminum air kosong. Selain itu juga, pemakanan yang seimbang wajib dipraktikkan kerana ia membantu untuk kekal sihat, dan mendapatkan bentuk badan yang ideal.
10. Apakah nasihat Nabila tentang penjagaan kesihatan tubuh badan terutamanya kepada seluruh kaum wanita di negara ini?
Sebagai seorang wanita, kulit adalah antara bahagian paling penting yang harus dijaga dengan betul. Tambahan pula hari ini,keadaan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran alam sekitar terutamanya udara yang semakin meluas mendedahkan kita kepada banyak penyakit kulit. Jadi, jagalah kesihatan, kebersihan dan kecantikan kulit untuk mendapat kelembapan yang cukup serta tona kulit yang sekata.
Sumber gambar: Instagram Nabila Razali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Trik Ini Boleh Bantu Masalah Rambut Sering Terkeluar Dari Tudung. No 4 Paling Penting Untuk Jaga Aurat Hijabi.
Apabila menyarung hijab, benda paling tidak selesa adalah apabila anak rambut mula menjalar keluar dari hijab. Ini berlaku apabila kita memakai hijab untuk satu jangka masa yang lama. Kadang kala kita punya masa untuk membuka hijab dan memperbetulkan ikatan rambut tetapi selalunya masa yang kita ada sangat terhad. Lebih-lebih lagi jika kita mengenakan inner neck yang sudah longgar. Hijabi usah risau kerana ada beberapa trik boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah rambut terkeluar dari hijab dan memastikan aurat tetap terjaga.
1. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah
Hanya mengikat rambut tidak mencukupi untuk mengelakkan anak rambut dari terkeluar. Gunakan klip rambut, bobby pin ataupun cekak getah untuk memastikan rambut sentiasa dalam keadaan rapi. Tapi jangan pin terlalu ketat ya. Sakit nanti!
2. Pakai anak tudung ataupun bandana
Ada juga di antara kita yang tidak biasa memakai anak tudung tatkala berhijab. Bagi anda yang lebih sukakan selendang, pilih anak tudung yang berleher dan pakai cekak getah di dalam agar rambut anda kekal rapi. Jika anda mahu bersukan, penggunaan bandana sangat sesuai. Ia bukan sahaja menyerap peluh, rambut anda tidak akan mudah terlihat jika hijab anda basah. Kalau boleh anda perlu tukar anak tudung yang sudah longgar kerana boleh membuatkan rambut lebih banyak terkeluar.
BACA JUGA: 3. Periksa gaya potongan rambut anda
Jika rambut anda tetap terkeluar walaupun sudah berklip rambut dan beranak tudung, cuba periksa stail rambut anda. Jika rambut anda panjang dan ‘layer’, cuba ikat tocang. Ia mungkin akan membantu sedikit. Sebolehnya elakkan dari rambut anda terkeluar tatkala berhijab. Rambut itu aurat yang wajib ditutup jadi peka akan keadaan hijab anda. Pastikan anda selesa sebelum melangkah keluar dari rumah.
4. Pakai tudung yang disertakan dengan inner neck
Jika anda tidak mahu menggunakan inner neck, boleh terus membeli tudung yang direka dengan menyertakan inner neck sekaligus. Ini memudahkan anda terus menyarung dengan kemas tanpa memikirkan masalah anak rambut yang akan keluar. Biasanya tudung instan begini sangat selesa dan mudah sekali digayakan.
5. Penggunaan inner neck diikat ke belakang
Boleh juga gunakan inner neck yang mempunyai tali di kiri kanan dan boleh diikat dengan kemas di belakang. ada juga tudung yang mempunyai inner neck rekaan begini dan memudahkan penggunanya untuk menggayakan hijab tanpa ada sebarang rambut terkeluar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patulah Berseri #OOTD Memey, Rupanya Bakal Timang Anak Berkat ‘HONEYMOON’ Majlis Persandingan Lalu
Sejak semalam wanita cantik ini dihujani ucapan tahniah dari followernya. Ini gara-gara ucapan sweet suaminya yang mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Walaupun sepatutnya pengumuman dibuat setelah perut besar sedikit, tetapi nampaknya Norman Hakim tidak sabar menghebahkan berita yang tidak dijangka itu. Inilah dinamakan berkat ‘honeymoon’ sekali lagi setelah beberapa bulan majlis persandingan yang lalu.
Sebelum ini memang tular di media sosial betapa ‘sweet’nya cinta mereka. Masih inat lagi di mana Norman Hakim memberi kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki helikopter. Dan September lalu juga menyaksikan mereka bersanding sekali lagi dengan bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany.
Saat itu terpancar kebahagian keluarga ini. Majlis itu turut disambut dengan kehadiran anak-anak mereka (perkahwinan pertama) yang turut merestui majlis persandingan semula itu. Sememangnya keakraban hubungan keluarga ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat luar sana.
Walaupun pernah berlaku kontroversi sebelum itu,tetapi demi anak-anak semuanya sudah dilupakan. Malah hubungan mereka sekeluarga cukup rapat dengan usik mengusik antara satu sama lain.
A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Dan dua hari salu pastinya berita gembira buat Memey dan Norman Hakim dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga mereka. Nampaknya majlis persandingan semula mereka menjadi kerana dalam tempoh bulan madu itu, keduanya bakal dikurniakan zuriat lagi.
Patutlah sebelum itu kika dilihat di laman IGnya, Memey kelihata berseri-seri. Rupa-rupanya seri ibu mengandung. Dia yang sebelum ini tidak lagi berlakon, tetapi lebih senang menguruskan keluarga di rumah. Dalam masa sama, Memey juga turut mengusahakan butik dan dilantik menjadi duta kepada satu produk.
Walaupun tidak terbabit dalam dunia seni secara aktif, wanita cantik ini tetap sibuk dalam urusan seharian. Memey dilihat senang membesarkan dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah. Dia juga dilihat sangat rapat dengan Abby yang dipanggil kakak. Malah anak-anak Norman turut dianggap sebagai anaknya sendiri.
Ternyata hubungan Memey dan Abby memang cukup baik. Di mana ada Memey dan Norman di situlah juga aka nada Abby bersama suaminya. Gurau senda dan usik-mengusik antara mereka adalah ‘real’ dan yang bukan dibuat-buat.
A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on
Sebelum itu, mereka baru sahaja menyambut majlis Maulidur Rasul beserta sambutan hari jadi Abby dengan memanggil pelajar tahfiz di rumah mereka yang memang sebelum ini menjadi rutin bulanan dengan membaca Yasin.
Biarpun tidak berlakon tetapi penampilan Memey tetap dijaga sepenuhnya. Walaupun kadang-kadang foto dimuat turun tanpa mekap, wajahnya tetap cantik dan jelita. Dengan senyuman terpamer di bibirnya menampakkan sifat keibuan dalam dirinya.
Admin doakan kandungan Memey akan selamat hingga saat untuk melahirkan. Moga kehadiran bayi ini nanti memberi rezeki berlipat ganda buat pasangan ‘sweet’ ini.
Jom intai beberapa #OOTD Memey yang sedap mata memandang. Ternyata Memey cukup bijak bergaya dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah walaupun tampil sedikit stailo.
#1. Gandingan Merah & Hitam
#2. Mood Happy
#3. OOTD Hijau
#4. Kelabu Nan Menawan
#5. Hati Tertawan
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MEMEY SUHAIZA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI