Kelmarin, dunia digemparkan dengan berita menyayat hati apabila sekurang-kurangya seramai 10 individu dilaporkan menemui ajal ketika sedang bersujud dalam satu tragedi ngeri melibatkan sebuah masjid di Nigeria.
Selain itu, kejadian sama melibatkan Masjid Pusat Zaria, Kaduna, itu dikenalpasti turut mengakibatkan seramai 30 jemaah lain mengalami kecederaan ekoran dihempap runtuhan masjid berkenaan dan telah dikejarkan ke hospital di Zaria untuk menerima rawatan susulan.
Sewaktu Kejadian, Jemaah Sedang Sujud Ketika Solat Asar – Saksi
Hijabista difahamkan menurut seorang saksi, Mallam Shehu Nagari yang juga metupakan antara jemaah yang terselamat mendedahkan bahawa, kejadian itu berlaku mereka sedang melakukan sujud ketika menunaikan solat Asar.
Jelasnya lagi, sebahagian besar daripada binaan masjid itu runtuh secara tiba-tiba dan menimpa mereka yang sedang berada dalam ruangan solat itu.
“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah yang sedang solat.
“Tetapi, sukar bagi kami untuk melihat dengan jelas. Kerana keseluruhan persekitaran ruang solat masjid dipenuhi debu, sebaik sahaja insiden itu berlaku”, ujarnya.
Artikel berkaitan: Altimet Tunai Tanggungjawab Pertama Sebagai ADUN Lembah Jaya, Ajak Orang Ramai Imarahkan Masjid!
Bagaimanapun, punca bagaimana insiden itu berlaku tidak dijelaskan dengan nyata. Justeru, Hijabista mendoakan agar mereka yang telah kembali ke rahmatullah agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang sedang menerima rawatan susulan.
Malah, ikhtibar yang dapat kita pelajari dari insiden ini adalah ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak mengira waktu.
Kita sebagai hambanya perlu redha dan bersedia dengan setiap ketentuan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang sesuatu dalam kehidupan, namun Allah itu sebaik-baik perancang.
Sumber: Sahara Reporters
Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah, Solat Di Negara ‘Bukan Islam’ Yang Tiada Surau Atau Masjid
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI