Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini, akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Mengulas isu sama, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.
Artikel berkaitan: “Hari Ini, I Choose Myself”… , Cara Berbeza Sharifah Rose Menilai Diri Dari Dipengaruhi Suara Luar.
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Sumber Gambar: Instagram Sharifah Rose
Artikel berkaitan: “Lali Dengan Kecaman, Jadi Improve Selagi Boleh…” – Sharifah Rose Tidak Lupa Asal Usul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.