Pelakon yang sedang meningkat naik, Sharifah Rose mendedahkan bahawa dirinya masih belum berpunya. Namun, seperti gadis lain dia juga punya impian untuk mengecap bahagia bersama jejaka pilihan hatinya satu hari nanti.
Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Rose memaklumkan sukar baginya untuk mencapai impian itu ketika ini, akibat kekangan masa dan perlu fokus menguruskan kerjaya hingga tidak sempat memikirkan soal cinta.
Rose Masih Single, Tak Pernah Terlibat Cinta Lokasi
“Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
“Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahupun kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami,” kata Rose.
Tak Menolak Sekiranya Dipertemukan Jodoh Di Usia Muda
Ads
Mengulas isu sama, pelakon berusia 24 tahun itu redha sekiranya ditakdirkan bergelar isteri di usia muda, bagaimanapun lelaki tersebut perlulah menepati ciri-ciri lelaki yang dimahukan.
“Saya terima jika mempunyai jodoh di usia muda. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik.
“Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita,” ujarnya.
Sebagai rekod, Rose pernah menjalin hubungan istimewa bersama Aazief Khalid yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Malangnya jodoh mereka tidak panjang, percintaan mereka putus ditengah jalan dan membawa haluan masing-masing sejak September 2020 lalu.
Setiap tahun ada sahaja rekaan tudung yang tumbuh macam cendawan di pasaran. Tetapi tahun lalu menyaksikan tudung bawal kembali diminati. Ini kerana cara pemakaian yang senang dan user friendly.
Malah seorang hijabi akan kekal cantik dan menawam dengan hanya menggayakan bawal. Terutama bagi mereka yang mempunyai pipi tembam. Di sini ada beberapa tip menggayakan hijab bawal bagi mereka yang berpipi tembam.
Setiap individu mempunyai kecantikan yang berbeza. Ada yang senang mengamalkan perawatan secara moden, dan ada juga yang lakukan secara alami. Namun begitu, tujuannya hanya satu. Untuk kelihatan cantik dan sihat. Fitrah seseorang wanita, yang sukakan dirinya kelihatan cantik dan berhias sempurna.
Bukan untuk menunjuk, sebaliknya itulah kepuasan yang dicari. Hijabista berkongsi cara si cantik Wawa Zainal menjaga kesihatan dan kecantikan wajahnya.
Dia juga kurangkan pengambilan minuman berais dan minuman manis. Manakala bagi penjagaan wajah, untuk elak jerawat timbul, Wawa akan mencuci bersih wajahnya setiap hari setelah disolek tebal.
Selain itu isteri kesayangan Aeril Zafrel dan ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut menjaga kecantikan fizikalnya dengan mengamalkan senaman yang mudah diikuti.
Melakar satu sejarah sebagai pelakon kelahiran Malaysia memenangi trofi Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi menjadi inspirasi buat semua! Beliau telah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik melalui lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.
Bukan sahaja kemenangannya yang menjadi perhatian, malah penampilan wajah aktres berusia 60 tahun itu juga jadi tanda tanya kepada ramai orang tentang rutin kecantikannya.
Menurut Hello Magazine, jurusolek Tan Sri Michelle Yeoh, Sabrina Bedran, menyatakan beliau sangat mementingkan rutin penjagaan kulit. Ternyata ia ternampak jelas pada rupa parasnya yang masih lagi tampak cantik dan karisma.
Katanya, Michelle sering menggunakan dua produk kecantikan yang amat penting. Salah satunya, sheet mask, aktres itu selalu memakai sheet mask lebih kurang sekali dalam sehari untuk mendaparkan kelembapan yang mencukupi pada kulit wajah.
Selain itu, pelakon Crazy Rich Asian ini juga amat mementingkan penggunaan sunscreen. Beliau dikatakan tidak pernah terlepas untuk menyapukan sunscreen terlebih dahulu sebelum pergi kemana-mana.
Bukan sahaja tertumpu kepada penjagaan kulit malah Michelle Yeoh juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Beliau sering melakukan senaman seperti berjalan kaki sejauh empat hingga enam kilometer dan yoga.
Beliau juga sering melakukan gaya pemakanan yang sihat dan menerapkan konsep ‘makan seperti burung’. Michelle akan mengambil bahagian yang sedikit tetapi kerap berbanding perlu makan banyak sebanyak 1 atau 2 kali.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...