Tidak ada ertinya menyambut Syawal tanpa insan tersayang di sisi. Apatah lagi tahun ini pertama kali beraya tanpa kehadiran insan dipanggil suami yang menjadi tempat sebagai dahan tempat bergantung. Tiada lagi tangan untuk disalam memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan.

Bagi kakak sulung pelakon Tilla, Datin Seri Syafiqa Melvin yang kematian suami hampir setahun lalu hanya akan menyambut Syawal secara sederhana.

“Masih Lagi Terkejut & Rasa Dia Masih Ada” – Perasaan DS Syafiqa Melvin Pertama Kali Sambut Syawal Tanpa Suami
Sambut Syawal secara sederhana.

Buat masa ini (ketika artikel ditulis) belum ada persiapan dibuat untuk diri dan keluarganya. Mereka sekeluarga masih bersedih dengan kehilangan insan yang paling disayangi ini, bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Zainal Abidin.

“Sukar untuk saya jelaskan perasaan saya. Walaupun sudah 6 bulan arwah pergi tetapi kesedihannya masih dirasakan hingga kini. Luaran nampak saya okay tetapi dalaman hanya Tuhan yang tahu. Untuk Syawal kali ini saya memang tidak ada buat apa-apa persiapan.

“Masih Lagi Terkejut & Rasa Dia Masih Ada” – Perasaan DS Syafiqa Melvin Pertama Kali Sambut Syawal Tanpa Suami
Walaupun masih bersedih dengan kehilangan arwah suami, DS Syafiqa perlu kuat meneruskan kehidupan demi anak-anak.

“Lagipun, majlis adik Syida hari itu baru berlangsung dan ketika itu kami memang pakai sedondon. Jadi mungkin persalinan itu yang akan dipakai semula untuk Syawal nanti.

Ads

“Saya akan sambut secara sederhana sahaja tahun ini dan akan raikannya di rumah emak di Penang,” tambah Datin Seri Syafiqa yang masih merasakan arwah sentiasa berada di sisi walaupun sudah hampir setahun berlalu.

“Saya masih merasakan kehadirannya. Saya yakin dia ada bersama-sama kami. Selama ini arwah merupakan tunggak keluarga dan apabila kehilangannya dalam masa singkat memang buat kami semua terkejut kerana selama ini dia nampak sihat.

“Hampir 3 bulan juga saya bersedih dengan kehilangannya dan susah untuk cakap mengenai hal ini. Walaupun begitu, saya perlahan-lahan terima takdir dan reda dengan kehilangan arwah. Saya sedar semuanya adalah pinjaman dan janji Allah kita tidak tahu.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqa Melvin (@syafiqamelvin) on

“Saya tahu dia sentiasa ada bersama kami dan hanya Allah yang tahu. Memang saya tak kuat menghadapinya dan bersyukur kerana anak sulung kami lebih kuat menghadapi takdir ini dari saya.

“Walaupun umurnya baru berusia 6 tahun tetapi dia yang menyabarkan saya supaya bertenang dan reda. Dia tahu papanya sudah tiada dan minta sedekahkan Al-Fatihah pada arwah. Allah mudahkan saya bab itu (anak) jika mereka bertanya di mana ayah mereka kini,” jelasnya lagi yang turut bersyukur kerana mendapat sokongan padu daripada adik beradiknya.

Ads
“Masih Lagi Terkejut & Rasa Dia Masih Ada” – Perasaan DS Syafiqa Melvin Pertama Kali Sambut Syawal Tanpa Suami
Dapat sokongan padu adik beradik lain.

Baru-baru ini beliau ada muat turut foto bersama arwah dengan kaspyen memberitahu inilah Ramadan pertama menyambut tanpa kehadiran suami. Dan situasi itu tidak sama seperti sebelumnya.

 

View this post on Instagram

 

First Ramadhan without you… it’s never gonna be the same …time do fly so fast … al fatihah

A post shared by Syafiqa Melvin (@syafiqamelvin) on

Untuk sambutan raya kali ini, mereka sekeluarga bersama adik beradik lain akan menyambutnya di rumah keluarga di Pulau Pinang.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYAFIQA MELVIN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI