Bekas anggota penyanyi kumpulan Elite Linda Rafar mengakui bahawa kerjaya seni miliknya masih berjalan seperti biasa, walaupun dilihat sering melakukan aktiviti melibatkan keagamaan.

Linda sekaligus menolak dakwaan bahawa kerjaya seni beliau semakin perlahan, walaupun jarang menghiasi kaca televisyen (TV).

Linda Akui Masih Aktif Berlakon Dan Menyayi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Rafar (@lindarafar)

Linda yang juga isteri kepada pelakon, Syed Aiman berkata, dia masih berlakon dan memenuhi undangan nyanyian bersama adiknya, Diana Rafar.

Jelas Linda lagi, dia kini bergiat aktif melakukan kerja-kerja di belakang tabir.

“Saya mengusahakan syarikat produksi, Double Channel. Menerusi syarikat ini, kami akan lancarkan filem Janna Endoro, tahun depan.

“Saya baru selesai penggambaran drama 26 episod, Surat Dari Penjara yang akan ditayangkan, akhir tahun ini.

Ads

“Selain itu, saya masih menyanyi dengan undangan membuat persembahan tidak pernah putus.

“Baru-baru ini, saya jayakan ‘show’ bersama Diana di Johor Bahru. Kami aktif, cuma tidak berkongsi dalam media sosial.

“Mungkin saya tidak mempromosi diri, jadi orang tak tahu,” katanya lapor BH Online.

Artikel berkaitan: Linda Rafar Kongsi Rasa Sebak, Jumpa Diari Arwah Anak Selepas Enam Tahun ‘Pemergiannya’

Ads

Selain itu, Linda turut mengiyakan dia sememangnya turut aktif menghadiri dan menganjurkan kuliah agama. Namun perkara itu tidak membataskan kerjayanya sebagai anak seni.

Ini demikian kerana, Linda menganggap bidang seni merupakan salah satu punca rezeki yang halal.

“Saya banyak terbabit dengan majlis agama, tetapi aktiviti seni masih ada. Saya ambil pendekatan seimbang.

“Secara jujur, saya lebih ke jalan agama, tetapi saya masih melakukan kerja yang mendatangkan rezeki halal,” ujarnya.

Ads

“Saya tahu had dan jaga batasan seperti pemakaian. Itu semua tiada masalah.

“Mungkin orang ingat saya tidak mahu berlakon. Hakikatnya, saya masih Linda Rafar yang dahulu, cuma penampilan saya berbeza,” jelasnya lagi.

Sumber: BH Online & Instagram Linda Rafar

Artikel berkaitan: Sempat Mandikan, Tukar Pakaian & Cadar Putih Layanan Terakhir Linda Rafar Sehari Sebelum Emak Meninggal

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI