Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Namanya mula melonjak naik apabila lagu popularnya ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah berada di kemuncaknya, dan ketika itu Amira terus melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan pula.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba, meski sini sudah jarang dilihat menghiasi kaca televisyen, namun Amira sememangnya mempunyai kulit yang cantik ‘flawless’ tanpa sebarang masalah. Justeru, Hijabista merungkai rahsia wanita cantik anak jati Johor ini tentang rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan sehingga kini.
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Artikel berkaitan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.