Pelakon dan usahawan Izara Aishah tampil memukau dalam sebuah acara yang berlangsung semalam di I-City Mall Shah Alam.
Kelihatan molek berbaju rona merah jambu sedondon bersama dengan hijabnya, kehadiran pelakon yang pernah membintangi drama Vanilla Coklat dan Ombak Rindu The Series itu menjadi perhatian orang ramai di acara jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Isteri kepada Muhammad Adib Khalid itu memuat naik beberapa gambar acara itu menerusi laman Instagramnya dan mendapat perhatian ramai.
Ramai yang teruja melihat gambarnya bersama dengan sepupunya yang kelihatan seiras terutamanya pada bahagian mata. Sudah tidak perlu dipertikaikan lagi tentang kejelitaan Izara Aishah dengan gaya hijabnya yang sentiasa menjadi inspirasi kaum hawa untuk tampil bergaya dan menutup aurat.
Sepupunya juga dikatakan turut memiliki kejelitaan persis Izara biarpun memakai topeng pelitup muka, namun bentuk dan kecantikan mata mereka memang benar-benar sama!
Perkongsian yang mendapat lebih dari 40 ribu tanda suka itu turut mendapat komen positif dari netizen kerana ramai yang teruja melihat kedua-dua wanita ini seperti kembar.
Wah, nampaknya memang satu keluarga Izara memiliki raut wajah yang jelita dan cantik menawan!
Izara Aishah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Muhammad Adib Khalid pada tahun 2017. Turut menjadi menantu kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara dikurniakan cahaya mata sulungnya pada tahun 2020 yang diberi nama Irisa Alaia.
Sumber gambar: Instagram Izara Aishah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.