
Usah jadikan masalah kulit kering anda sebagai penghalang untuk anda bersolek! Pelbagai langkah dan teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk memastikan solekan tampak kemas biarpun anda memiliki kulit yang kering.

Sekiranya anda memiliki kulit wajah yang kering dan mengelupa, apa kata anda cuba lakukan tip mudah ini! Kini masalah kulit wajah kering dan mengelupas bukan lagi masalah utama!

Pengelupasan
Apabila solekan diaplikasikan ke wajah, kulit yang mengelupas akan lebih jelas kelihatan. Skrub bahagian yang kering dengan menggunakan kain pembersih setiap hari atau pupur wajah yang boleh membuang lapisan kulit mati tanpa efek kulit mengelupas. Untuk kesan lebih optimum, buang lapisan kulit mati dengan berus pembersih sonic.
Hidrasi Kulit
Tambah hidrasi kulit, solekan anda pasti lebih bersinar. Gunakan serum atau minyak yang akan meresap secara konsisten ke dalam kulit yang dapat mengimbangi kelembapan kulit.
Bedak Asas Khusus Untuk Kulit Kering
Bedak asas kalis air dan yang mengawal minyak boleh menyedut kelembapan kulit. Cari bedak asas yang dapat menghidrasi kulit anda dan memudarkan efek kulit mengelupas.

Jangan Lupa Concealer!
Pakar berpendapat formula bagi concealer tidak sepatutnya terlalu pekat kerana ianya akan memperlihatkan kulit kering. Jadi pilih concealer cecair dengan refleksi ringan.
Elak Menggunakan Jari
Jari anda akan menyerap pelembap yang disapukan pada wajah! Sukar mendapat kemasan akhir yang rata dan lembut jika anda menggunakan jari untuk menyapu pelembap ke atas kulit yang sangat kering. Gunakan berus sintetik dan kemudian gunakan span Beauty Blender untuk menekan solekan ke wajah agar lebih sempurna.

Jauhi Produk Berasaskan Serbuk
Bedak asas berasaskan serbuk, kompak, dan juga pemerah pipi akan menyerap lembapan kulit dan menjadikan kulit lebih kering. Lebih baik jika anda mencari pemerah pipi yang boleh disapu ke atas solekan tanpa kelihatan berminyak dan kotor. Gunakan span untuk pemerah pipi.
Kuasa Glow
Gunakan pelembab yang lebih gelap dari tona kulit anda. Diikuti dengan krim pemerah pipi berwarna terang untuk menyerlahkan mata dan membuatkan wajah kelihatan kemerah-merahan. Atau gunakan bronzer berasaskan krim yang tidak bertekstur matte, kerana ia akan menampilkan kulit kering.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI