Memang rimas dan jadi hilang keyakinan diri bila jerawat tumbuh pada wajah. Mungkin ramai yang ingat bahawa jerawat hanya dihadapi oleh golongan remaja sahaja. Hakikatnya masalah jerawat juga turut dihadapi oleh golongan dewasa.
Sebenarnya jerawat adalah keadaan di mana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa kepada masalah yang teruk. Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan ‘cyst’ adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa.
JENIS-JENIS JERAWAT:
*Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih
*Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah
PERINGKAT-PERINGKAT JERAGAT
Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz. Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari kedai farmasi . Masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatologis.
MITOS BERKAITAN JERAWAT
*Orang dewasa tidak berjerawat
Orang dewasa juga tumbuh jerawat pada umur 30’an, 40’an sehingga 50’an.
*Coklat dan minuman soda penyebab jerawat
Tiada kajian yang benar-benar signifikan mengaitkan keduanya dengan pembentukan jerawat.
*Krim pelindung UV menyebabkan jerawat
Jika alergi pada pelindung matahari berasaskan tindakan kimia, pilih pelindung matahari fizikal seperti zink oksida.
*Peluh penyebab jerawat
Kelenjar peluh berbeza dari kelenjar sebum.
*Jerawat tidak perlu rawatan
Tanpa rawatan sewajarnya akan meninggalkan parut.
*Gunakan pencuci ‘scrub’ untuk menghilangkan jerawat
Memicit/ mencungkil jerawat akan meninggalkan parut.
BAGAIMANA MENGHINDARI JERAWAT?
*Jangan picit jerawat
*Jangan kerap menyentuh muka
*Minum banyak air kosong
*Amalkan makanan seimbang
*Ambil vitamin secara sederhana
*Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
*Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
*Guna alat solek/ produk penjagaan diri ‘bukan-komedogenik’.
Berikut perkongsian Dr Nazelia.
DAH TUA KEREPOT PUN ADA JERAWAT JUGA. TELL ME WHY?
Usia meningkat pun memang akan ada masalah jerawat.
JERAWAT DEWASA (ADULT ACNE) adalah di antara kes masalah kulit yang semakin meningkat di kalangan dewasa terutamanya mereka yang sudah menjengah usia 30 & 40-an. Keadaan ini juga termasuk mereka yang bebas jerawat pada usia remaja, tidak akan terkecuali daripada mengalami masalah jerawat dewasa ini.
Apa yang membezakan jerawat dewasa dan jerawat dari usia remaja? – Jawapannya: LOKASI, LOKASI dan LOKASI
Jerawat remaja biasa tumbuh di sekitar dahi dan kedua-dua pipi tapi jerawat dewasa kebanyakkannya tumbuh di sekitar rahang muka (jawline), leher, dagu dan di sekitar bibir. Jerawat remaja biasanya tumbuh kecil (papular type) dan kelihatan bernanah tetapi jerawat dewasa biasanya tumbuh besar (cystic type), kelihatan sangat merah dan “garang” dan sakit.
Banyak faktor yang menyebabkan jerawat dewasa menjadi “teman setia”:
1. Hormon – faktor hormon adalah penyebab utama masalah jerawat dewasa. Ketidakseimbangan hormon (walaupun tiada masalah bila period) menyebabkan hormon androgen dalam badan meningkat. Hormon testosterone (androgen) menyebabkan peningkatan produksi sebum (minyak) di kelenjar minyak sehingga tersumbat dan seterusnya timbul jerawat. Selain itu, penyakit seperti PCOS (polycystic ovarian syndrome) dan Ovarian Cyst boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon juga.
2. Semak semula diet anda – diet yang mengandungi kadar gula tinggi (high glycemic index) akan merangsang penghasilan Insulin yang boleh merangsang hormon androgen sehingga timbul jerawat yang tidak diingini. Produk tenusu juga mengandungi kadar hormon yang tinggi yang juga boleh merangsang penghasilan Insulin yang banyak. So apa lagi sis, kurang manis dalam makanan, banyakkan manis dalam senyuman ya.
3. Stres – tekanan fizikal dan emosi boleh menyebabkan penghasilan hormon Cortisol yang juga boleh menghasilkan sebum yang banyak. Chill out ye sis. Less stress, less acne, remember that.
4. Kosmetik – sekali lagi doktor hendak tekankan di sini sentiasa berhati-hati dengan skincare dan kosmetik yang anda gunakan. Sentiasa check label produk anda kerana terlalu banyak produk yang mengandungi Tretinoin dan Steroid sekarang ini. Flawless dalam masa 5 hari, lepas sebulan dua guna mula la jerawat naik merayap di muka tu. Hati-hati ya bila gunakan produk perawatn wajah.
Ingat ya, jerawat ini takkan ‘bermastautin’ lama pada wajah. Macam mana pun boleh diselesaikan, cuma perlu cari right product and the right doctor, of course.
Sumber kredit: Facebook drnazelia dan http://www.myhealth.gov.my/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI