Untuk memiliki bibir yang seksi dan mungil, tidak perlulah mengenakan apa-apa suntikan. Malah, boleh sahaja dilakukan dengan cara yang lebih semula jadi. Semuanya bermula dari rutin penjagaan kecantikan wajah kita. Apa yang paling sinonim dengan solekan di bibir? Sudah pasti lipstik! Lihat saja di dalam tas tangan wanita hari ini, pasti semuanya ada satu atau lebih jenis lipstik untuk digayakan.
Namun, ramai yang salah melakukan teknik yang salah untuk menghasilkan bibir yang mungil! Bukan itu sahaja, tetapi ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Jadi, team Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk menghasilkan solekan bibir yang mungil serta memukau!
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe