Untuk memiliki bibir yang seksi dan mungil, tidak perlulah mengenakan apa-apa suntikan. Malah, boleh sahaja dilakukan dengan cara yang lebih semula jadi. Semuanya bermula dari rutin penjagaan kecantikan wajah kita. Apa yang paling sinonim dengan solekan di bibir? Sudah pasti lipstik! Lihat saja di dalam tas tangan wanita hari ini, pasti semuanya ada satu atau lebih jenis lipstik untuk digayakan.
Namun, ramai yang salah melakukan teknik yang salah untuk menghasilkan bibir yang mungil! Bukan itu sahaja, tetapi ramai wanita tidak menyedari tentang penggunaan gincu dengan kerap boleh mengakibatkan permukaan bibir menjadi gelap akibat bahan kimia yang terkandung dalam gincu bibir.
Jadi, team Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk menghasilkan solekan bibir yang mungil serta memukau!
1. Khas bagi anda yang sentiasa sibuk melakukan urusan kerja di luar, berhati-hati dengan sinaran UV! Seperti kulit, bibir juga mempunyai tindak balas negatif terhadap sinaran UV. Oleh itu, selalulah menggunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinaran UV. Ia bagi membekalkan lembapan biarpun pada cuaca panas.
2. Ini seringkali dilakukan oleh kita! Jangan basahkan bibir anda dengan lidah. Setiap kali membasahi bibir dengan lidah, air liur yang menempel di permukaan bibir akan meresap dan pelembap semula jadi bibir akan terbawa olehnya. Hasilnya, bibir anda akan bertambah kering.
3. Walau dalam apa situasi sekalipun, usah menggigit bibir walaupun pada ketika anda dalam ketakutan kerana selain membuatkan ia kering, tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas. Jika sukar mengikis tabiat ini, oleskan pelembap bibir sekerap mungkin.
Ads
4. Pasti ramai yang tidak tahu tentang kesan ubat gigi pada bibir, bukan? Sebenarnya, untuk mengelakkan bibir kering dan sentiasa takpak cantik, elakkan menggunakan ubat gigi yang terlalu pedas dan dingin. Walaupun ia untuk gigi, namun jika kerap terkena pada bibir, ia tidak baik untuk kesegaran bibir.
5. Bibir perlu dibebaskan segera daripada sisa-sisa gincu sebaik anda pulang ke rumah. Jangan tidur dengan sisa-sisa lipstik anda pula! Gunakan air atau pencuci solekan untuk membersihkan gincu agar ia benar-benar bersih. Jangan sesekali biarkan ia tanggal sendiri tanpa bilasan sempurna.
6. Anda tidak perlu menggunakan skrub bibir untuk menanggalkan sel kulit mati kerana bibir tidak mengandungi kelenjar minyak dan sel kulit mati akan terlepas dengan sendiri melalui proses semula jadi.
Ads
7. Jika anda mahu mengoles rona gincu yang berbeza pada satu masa, sebaiknya pilih dalam jenama yang sama kerana bahan yang berbeza akan menyebabkan warna dan teksturnya tidak blend sekata. Ia boleh menyebabkan bibir terluka.
8. Kala memilih gincu, pilih gincu berwarna natural gelap seperti coklat jika anda banyak melakukan aktiviti di luar pada siang hari. Ini sebenarnya untuk memberikan keselesaan dan memudahkan anda mengawal warnanya agar tidak tampak sarat kala kesibukan.
9. Sekiranya bibir mengalami masalah alergi atau kegatalan, gunakan pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles rona gincu.
Ads
10. Untuk mengekalkan bibir lembut dan sihat, pilih gincu bibir yang mengandungi pelembap dan bahan anti-oksida seperti vitamin A, E dan C.
Tip Bonus Untuk Bibir Mungil Persis Angelina Jolie!
Untuk mendapatkan bibir mungil persis Angelina Jolie, lakukan gaya bibir rona nude semula jadi. pastikan rona penggaris bibir sepadan dengan ton bibir dan gincu anda. Jadi, garisan yang digaris tadi akan kelihatan semula jadi .
Bermula dari sudut luar hujung dan lukis sepanjang garisan luar bibir. Ia akan memberikan garisan bibir lebih ketara dan tebal.
Jika anda tidak pasti di mana point yang paling tepat untuk menggaris penggaris bibir, atau mungkin bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan garisan yang kemas, cara yang paling mudah adalah dengan senyum. Ia akan menegangkan bentuk bibir dan sekali gus memudahkan proses menggaris garis luar bibir.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wujudnya kelemumur di kepala jangan ambil mudah masalah ini, kalau tak dirawat boleh memudaratkan apatah lagi wanita berhijab. Mengaruk kepala yang tidak gatal, bahkan tak tahu apa puncanya.
Mungkin ada diantara anda ambil mudah dan ada juga mencuba pelbagai syampu. Kerap bertukar syampu bukan solusi terbaik untuk mengatasi masalah kelemumur.
Bawah Bajet Penata Rambut Dedah Rahsia Atasi Kelemumur
Melalui laman sosialnya penata rambut professional yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dan terkenal dari kalangan selebriti, Chez Hamdan bongkar rahsia tip hilangkan kelemumur 99.99% berkesan.
Tonton video berdurasi 2 minit ini ikuti langkah seorang PRO:
Hijabista sendiri mencuba tip ini, setelah mengikut langkah yang disarankan hasilnya nampak dalam tempoh 2 minggu. Mudah sahaja anda hanya perlukan extra virgin coconut oil (beli atas talian atau boleh didapati di drugstore). Ikuti langkah mudah ini:
Minyak kelapa sapukan di kulit kepala
Urut kulit kepala dengan perlahan
Diamkan selama 10 – 15 minit (tujuannya untuk nyahkan kulit mati dengan cara melembapkan)
Syampu seperti biasa
Langkah ini cara anda reset kulit kering dengan melembapkan dengan menggunakan minyak kelapa, bukan menggunakan syampu dengan bahan yang mengeringkan lagi kulit kepala.
Khasiat Minyak Kelapa Untuk Rambut
Minyak kelapa mempunyai kekuatan untuk membuat rambut anda tumbuh lebih panjang, tebal dan lebih sihat. Vitamin dan asid lemak dalam minyak kelapa membantu menyuburkan kulit kepala anda dan menembusi kutikula rambut. Topeng rawatan kira-kira sekali setiap minggu atau dua minggu selama lima hingga 10 minit akan melakukan silap mata.
Memasukkan minyak kelapa ke dalam rutin anda mewujudkan persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan rambut. Vitamin dan asid lemak penting juga membantu menghilangkan sebum dari folikel rambut, yang mempercepat pertumbuhan.
Gunakan minyak kelapa untuk menyelamatkan rambut anda dari kerosakan matahari. Minyak kelapa adalah SPF semula jadi dan akan melindungi rambut dan kulit anda dari sinar matahari yang berbahaya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal Maryan Younarae, wanita Korea yang juga isteri kepada Youtuber terkemuka Durian Kimchi, Ryzal Ibrahim yang telah memeluk Islam dan memutuskan untuk berjinak-jinak mengenakan Hijab setelah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rina.
Terbaharu, Maryam menzahirkan rasa kesal apabila dia disuruh membuka tudung dan bakal menerima bayaran lumayan, bagi tujuan menjayakan sebuah ‘photoshoot’ untuk jenama terkemuka di Malaysia.
Kalau Orang Persoalkan, Cakap Je ‘Photoshoot’ Itu Sebelum Saya Bertudung.
Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, beberapa jam lepas.
Dalam hantaran berkenaan memaparkan gambar dirinya sedang menjalani sebuah pengambaran bagi sebuah produk minuman sambil tersenyum bahagia mengenakan hijab.
“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap, kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung.
“Allahuakhbar saya tak sanggup buat macam tu so saya reject terus,” tegas Maryam menerusi kapsyen pada hantaran tersebut.
Jelas Maryam lagi, dirinya tidak menyangka bahawa jenama berkenaan langsung tidak mempunyai rasa hormat kepada dirinya yang sudah memeluk agama Islam dan berniat mahu menutup aurat dengan sempurna sepenuhnya.
“Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu. Walaupun jenama terkemuka di Malaysia. Mana rasa hormat? Awak ingat duit boleh beli segalanya?
“Awak suruh saya buka tudung sebab jenama besar? Awak nak bayar seratus ribu ke sejuta ke, itu bukan alasan untuk suruh saya buka tudung!,” tegas Maryam.
Malah, Maryam seolah tidak percaya perkara seperti ini berlaku kepada dirinya, walhan sekarang sudah tahun 2023.
Bagaimanapun, Maryam tidak mendedahkan dengan jelas jenama mana yang berani memberi tawaran sedemikian rupa kepadanya.
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya itu ungkapan yang sesuai menggambarkan perjalanan karier anak seni yang juga penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul.
Menurut Aina, bukan mudah untuknya sampai ke tahap ini. Pelbagai liku serta onak duri terpaksa ditempuhinya seorang diri demi mencapai impian menjadi bintang di arena seni.
Antara pahit getir yang kekal terpahat dalam ingatanya sehingga hari ini, adalah menerima hanya RM 50 untuk menyanyikan 20 buah lagu bagi persembahan satu malam.
“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” lapor Utusan Malaysia.
Jelas Aina lagi, perjalanan karier seni nya bermula lambat, ketika usianya 28 tahun, jadi dia tidak punya masa yang ampuh untuk memilih ‘rezeki’ seperti orang lain.
Sehubungan itu, sebarang peluang dan rezeki yang diterimanya digarap dengan sebaik mungkin, walaupun kadangkala tidak terlepas dari menerima kecaman dan kritikan dari wargamaya.
“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” ujar Aina.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...